Wednesday, September 29, 2010

jalan-jalan..

dulu2 masa kecik2 mesti selalu main sorok2, tak pun polis n tree (police sentry)..

masa skolah kat dato' keramat dulu, pagi2 sampai sekolah main polis n tree.. siap main dgn budak darjah 6 lagi.. suma main dari darjah 1 sampai darjah 6.. kenangan terindah.. huhu

ini la akibatnye tak pernah main permaianan tersebut masa kecik2 dulu..



dia ingat dia slim sngt nak nyorok balik tracif light tu?..

Tuesday, September 28, 2010

muzik: aku seorang patriotik

tadi dlm kete on the way ke tasek dari sp, aku dgr lagu kat radio.. aku perasan sejak 2 3 thn kebelakangan ni aku alegik dgn lagu indon.. ntah kenapa kalo keluar je lagu dari penyayi negara seberang tu secara otomatik tgn aku terus tukar station radio lain..

suatu ketika dulu aku minat dgr lagu so7.. pastu time 1st year kat upm roomate selalu pasang lagu peterpan.. tapi sejak lambakan lagu2 seberang aku dah naik menyampah!..

pastu kat tv dok bising2 pasal lambakan lagu2 seberang.. lagu tempatan dah tak laku.. industri muzik tempatan tenat.. mcm2 isu timbul kononnya kualiti lagu2 kita tak bagus, setanding dgn dorg..

pada aku semua ni sbnrnya salah media tempatan.. terutamanya radio.. sbb org dgr lagu ni dari radio, kalo hari2 dorg dok pasang lagu indon mmg la org ckp lagu dorg best.. sbbnya lagu dorg dah sebati dgn halwa telinga kita.. lagu yg tak best pun org bleh hafal.. cube tgk lagu myheart, yg ntah apa2.. dia punya lirik langsung out!.. langsung takde seni..

nak contoh mudah tgk je durian, apsal org kita cakap bkn main sedap lagi durian ni, tapi cube bagi kat mat salleh tgk.. jgnkan nak makan, bau durian je dah tak tahan ada yg sampai muntah2.. tapi kita cakap sedap!.. sebabnya dorg tak penah pn jumpe durian n kita mmg dari kecik dah kenal durian.

sbnrnya bkn muzik kita tak best, bkn org kita takde seni.. tgk time muzik indie main kat main stream, terus meletop.. estrange, meet uncle hussein terus menang juara lagu.. sbb utamanya muzik dorg tak d mainkan kat radio.. d sebabkan org skrg dah celik it, dorg post lagu dorg kat myspace.. n itu la sebab dorg boleh keluar dari bwh tanah (under ground) dan berada d laluan utama (main stream).. jadi org yg kat stesen radio pn skrg dah kene mainkn muzik dorg, sbb ada permintaan.. secara tak langsung makcik2 yg kat kg yg tak tau apa2 pasal hujan boleh tau lagu2 dorg..

lagi satu aku skrg ni dah meluat tgk melodi.. dulu ok je, skrg ni aku tgk wartawan dorg plk dok sebok2 nak enterframe.. aku penah tgk ada sekali dorg interview butterfinger time dorg keluarkn album kembali, wartawan dia kerek betul, pastu ada adengan yg d edit mcm menunjukkan dorg betul, butter yg tak betul..
dorg dok ckp pasal masalah lambakan muzik indon, tapi dorg sampai pegi indon buat liputan pasal band kotak.. apsal dorg nak perkenalkan band indon kat cni?.. banyak lagi band2 tampatan yg lagi bagus dari dorg.. ini la yg d katakan kera d hutan d susukan, anak d rumah mati tak makan..


ini sorg brader yg aku respek!.. loque(butterfinger)/monoloque.. aku pernah baca rottw dorg interview dorg pasal album kembali.. dorg ni mmg betul2 memperjuangkan muzik.. memperjuangkan muzik tempatan.. muzik melayu.. aku follow dorg ni start aku form 1 dulu.. cube korg dgr lagu ni, walaupun rock tapi still d selitkan unsur2 melayu.. gua respek lu bro!

Monday, September 27, 2010

berlari ke langit

aku rasa semua org ada cita2.. cita2 yg tinggi melangit yg korg rasa mustahil utk korang capai.. atau lebih tepat lagi d sebut sebagai angan2..

aku ada satu perasaan yg aku nak sngt try drive ferrari, tapi aku tak pkir pun aku nak beli kete ferrari..

aku suke tgk pompuan seksi.. tapi aku tak pkir nak buat bini pompuan seksi ni..

same tak cite ferrari dgn pompuan seksi tu?

apa yg aku cube sampaikan kat sini sebenarnya 2 hari lepas aku nampak fererari tersangkut kat dlm jem.. aku terpkir, abis duit juta2 beli kete mahal2 tp still stuck dlm jem.. sama je dgn org pakai kancil..




kalo aku ada duit juta2 aku beli helikopter je, takyah stuck dlm jem.. kalo nak jln jauh ckit naik jet peribadi.. ini baru betul angan2 mat jenin.. haha

p/s: aku lelaki normal

Saturday, September 25, 2010

public relation


aku rasa kalo ada exam pasal pr time belajar dulu, konfem aku fail!.. gile babi pnye fail.. maybe silap2 markah paper pr aku tu boleh dpt -ve lagi.. huhu

tapi aku tau, semua itu ada hikmahnya.. Allah itu maha adil..

hehe..

Thursday, September 23, 2010

pagi yg ceria

pagi tadi.. time aku nak ambik document yg aku print tetiba ada sorg awek kat opis aku tegur..
"adzmer, ada org kat opis bm nak berkenalan dgn u la", kata dia sambil tersengeh2.. "nnt i email kat u aa, tak bleh ckp skrg nnt org dgr..", sengehan masih d mulut dia..

haha.. tetiba terasa mcm zaman sekolah dulu2 plk..

lepas peristiwa tu entah kenapa aku terasa rajin nak kerja pagi tadi.. takde plk perasaan malas aku mcm biasa.. tapi sayang perasaan rajin hanya utk setengah hari saja, petang aku kembali kepada aku yg asal.. pemalas..

best sungguh pagi tadi!

p/s: apa sebenarnya 'p/s' ni aa??.. peti surat??


Monday, September 20, 2010

jalan2 makan: doli kuey teow goreng

20/7/2010 petang, aku tgk tv 105 cite warung kita.. dia mkn malam kat taiping, nama kedai tu doli. specialty dia kuey teow goreng (ktg). dorg dah stat berniaga ktg sejak berapa puluh tahun tah.. pas tu smpi skrg dorg still masak ktg guna arang.. dorg tak guna dapor gas..

lps je tgk cite tu aku terus save dlm henpon nama kedai tu.. sbb terpkir aku kdg2 akan pegi taiping, jadi mana tau bleh aku cari kedai tu kat sana.. nmpk dlm cite td mcm menarik je..

td dlm pkul 5 aku nak gerak dah dari taiping, nak balik sp dah.. tetiba terasa lapar plk, baru teringat aku tak lunch pun td.. mkn nasi lemak 50sen je dgn mmber pkul 11 pg td.. teringat aku save nama kedai mkn kat dlm henset aku.. apa lagi terus gamin, cari doli..

tgk keluar kat gamin tulis "famous kuey teow goreng".. waa, dlm hati aku terlintas ini mesti popular kedai ni, smpi gamin pun ckp kedai ni famous.. lebih kurg 15 minit sampai la..

masuk kedai dia.. dia punya kusi meja stail kopitiam.. meja marmar bulat, ada jgk la 2 3 bijik meja 4 segi.. hampir separuh kedai tu penuh.. aku oder ktg special dgn nescefe o panas (memandang kan hujan cuaca pun sejuk je)..


kuey teow goreng special

hampeh mahal.. nescefe o panas pun singit dua.. dah la gelas kecik je


mcm besa la.. kalo nak tau sedap ke tak korang kene g try sendiri.. ini bukan laman web utk promosi kedai makan org.. kalo aku dapat komesyen ke royalti ke lain la.. haha


p/s: kalo korg tgk kat profile fb aku..
1. pemalas (tulis nak eja makana ni pn malas, tulis ktg je)
2. pemakan (no komen)

Sunday, September 19, 2010

dok rumah makan: kari ayam

dengan rasa hebatnya aku ingin mempersembahkan..

kari ayam sangukt!



sbnrnye dulu masa aku dok kat puchong dulu, aku penah sekali masak kari ayam ni.. ada sorg mmber aku yg balik lewat (dia smpi rumah tgk2 kitaorg tgh mkn nasi beriani lauk kari ayam).. dia tak caya aku masak kari tu. dia balik2 tanya kitaorg beli kat mana kari tu?.. nasi beriani tu sbnrnya lebih drpd opis, kitaorg meeting pastu ada makan2..

ini kari ayam yg aku masak lebih setahun lepas


jadi rasanya setelah lebih setahun, aku telah berjaya masak kari ayam lagi sekali tadi.. hehe..

nnt nak buat masak lemak cili api plk la.. lagi nak buat kurma ayam.. lagi ayam masak merah.. haha.. aku rasa ini la sudut feminin yg ada dalam diri aku - aku suka main masak2..


p/s: aku tak cakap pun aku masak sedap.. ;p

jalan2 makan: mee udang mak jah



semalam pegi site kat taiping.. tetiba terasa nak singah mkn mee udang.. so apa lagi, sebelum pegi taiping tu singgah jap kat kuala sepetang.

sampai2 tgk tak ramai orang pun.. org still mood raya kot.. aku oder air tembikai dgn mee udang biasa..

ni kali ke 2 aku mkn kat mak jah ni.. dulu 1 st time aku oder special punya, udang dia besar2 ckit dari yg ni..

harga lunch aku hari tu rm 9.. agak2 berbaloi tak aa?

pasal rasa dia aku tak tau nak komen.. kalo nak tau pegi la cuba sendiri.. hehe



Sunday, September 12, 2010

menu raya

mengikut kajian dan pemerhatian aku, menu wajib atau sinonim dgn hari raya:

1. ketupat/ nasi impit
2. rendang
3. lemang/dodol
4. dll

ketupat dgn rendang ni kat mana2 negeri dlm malaysia ni mesti ada tiap2 kali raya. nak2 sekarang ni dah ada ketupat segera yg main rebus je.. tapi aku rasa ketupat dgn nasi impit ni mcm same je.. pada aku la.. hmm

rendang pulak besanya akan menjadi pasangan kepada ketupat ni la, tapi kadang2 org makan jgk dgn kuah kacang je.. kalo ketupat pulut tu org makan mcm tu je pun ada, cuma ketupat nasi kene ada pencicah dia sbb dia tawar..

lemang/dodol ni pulak, pada aku dia cuma popular d sebabkan selalu keluar kat tv je.. jarang dah org buat lemamg/dodol time raya ni.. maybe sbb nak buat dia susah & makan masa.. kalo ada pun yg beli punya.. yg buat sendiri ada jgk, tapi amat lah jarang nak jumpe.. nak2 kat area kelantan ni.. kat negeri lain aku tak tau la.. huhu

hmm.. tapi kat rumah aku ni, menu yg wajib mak aku buat tiap2 raya ialah sate!.. seingat aku dari zaman arwah nenek aku ada lagi, mlm raya mmg aktiviti utama ialah cucuk sate.. skrg ni nenek dah lama takde, mak still buat sate tiap kali raya.. hmm..

tahun ni buat 2kg ayam, 2 kg daging


skrg nak cepat, bakar sate pun guna electric je.

sate ayam & daging yg dah siap aku dgn abg aku cucuk

Monday, September 6, 2010

balik kampung

sejak 2 3 hari ni umat islam suma dah stat balik kg..
tgk status kat fb pun ramai yg ckp dorg dah sampai kg.


hmm.. teringat dulu2 time belajar kat upm, time raya tak penah aku balik kg (kelantan)..
cuti raya balik kk.. raya mmg kat kk.. seingat aku spnjg dok kat kk, sekali je kot aku penah raya kat kelantan huhu.. balik kg je naik flight.. tdo kat apot tu penah la jgk merasa.. hehe..

pastu lepas je family aku pindah balik kg, aku balik kg je tumpang kazen aku.. kalo nak balik kelantan musim2 raya ni konfem jem!.. sebelum nak masuk tol gombak tu je dah jem.. average normal kl - kelantan dalam 6 jam je, boleh jadi 12 jam, kdg2 lebih drpd tu pun ada jgk..

tahun ni aku balik dari kedah ni, tak tau la mcm mna jem dia.. besanya aku balik dalam 4 jam je, ni tak tau la berapa jam nnt.. huhu

lagi 2 3 tahun lagi tak tau plk aku nak balik raya dari mana.. hmm

Wednesday, September 1, 2010

tips2 nak matikan alam kete..

23 august 2010 (isnin)
tengah2 aku kelam kabut nak pegi keje, cari2 kunci dmax tak jumpe.. aku call amin (housemate/roomate/skoolmate/klassmate) tnye mana dia letak kunci kete, sbb dia last guna dmax aku smlm, pegi buang sampah..
dia ckp dia letak kat tempat besa, kat atas rak baju aku.. tapi aku cari2 takde jugak.. tgk2 jam dah dekat 7.45.. pegi keje naik saga je la dulu, ptg nnt baru cari balik..

petang tu kitaorg mengeledah satu rumah.. sambil amin cuba melakonkan balik aksi dia turun dari keta smlm, dia jalan kat mana, dia buat apa.. kitaorg ikut balik jejak dia, but still cannot jumpe ..

24 august 2010 (selasa)
aku call kompeni kete sewa tu, cita pasal kunci hilang then mintak kunci spare.. siap suruh call org tu, pastu org tu suruh call org ni..
last2 dorg ckp esok boleh dapat kunci

25 august 2010 (rabu)
hampir setengah hari berlalu, still tak dapat apa2 berita.. then aku call dorg tnye apa status, dorg ckp kunci courier dari kl smlm, sampai penang harini.. ptg tu baru dorg call balik ckp esok org dia hantar, kebetulan ada staff dorg nak pegi kangar, jadi boleh singah sp kejap hantar kunci kat aku.. janji dalam pukul 10 dorg sampai sp.

26 august 2010 (kamis)
aku pegi kerja dgn penuh harapan.. jam dah pukul 10.. pukul 11.. pukul 12.. tapi masih takde apa2 berita.. last2 aku yg call tnya apa cite?.. tak lama staff dorg tu call aku, ckp dlm pukul 2.30 dorg sampai.. ni yg aku hangin ni.. aku dah la ada keje time tu, aku kat site.. lain kali kalo tak boleh dtg time yg janji tu bg tau la.. takde la org ter tunggu2.. nak buat keje lain pun tak boleh.. last2 aku suruh tggl kunci tu kat budak opis aku.
balik je dari site, dlm pukul 4.30 shanti bg tau kunci spare aku ada kat dia.. hehe.. berbunga2 hati aku.. hehe

mlm tu aku ada majlis berbuka kat kelab cinta sayang.. ingat nak naik dmax la.. sekali tekan2 remote alam tu takde respon.. dah puas aku tekan2 tapi tek jadi pape jugak.. last2 aku decide bukak je pintu guna kunci.. aku masuk anak kunci, takde apa2 bunyi.. aku pusing je anak kunci, kereta menjerit!.. huh! time tu dlm lagi 20 minit nak masuk waktu berbuka kot.. aku terus masuk kete, nak stat tapi tak dapat.. alam masih menjerit2..then aku buka bonet kete.. dlm kepala otak aku nak kene cabut betri ni, baru diam.. amin keluar dari rumah tgk aku terkial2.. dia try nak tolong tapi tak alam tak nak diam jugak.. brader depan rumah pun dtg nak tlg tapi still alam tu menjerit2.. amin dah disconnect betri pun alam tak brenti2 jugak.. pening kejap kitaorg.. lebih kuang 5 minit lps disconnect betri baru alam tu diam..
lagi 5 minit nak berbuka.. aku terpaksa naik saga jugak.. still tak dapat guna dmax walaupun dah ada kunci.. HUH!!

27 august 2010 (Jumaat) - 29 august 2010 (ahad)
aku balik kamping.. berpuasa n berbuka dgn family.. dulu ustat aku ada cakap, kita tgk muka ibu bapa pun dah dapat pahala..

30 august 2010 (isnin)
baru aku dpt berita harini rupa2nya boleh cuti, sepa2 yg keje harini boleh dpt replacement cuti hari lain.. kalo aku tau tak pyh la aku balik mlm2 smlm..

31 august 2010 (selasa)
Merdeka-cuti

1 september 2010 (rabu=harini)
aku dtg opis, anuar guna pc aku.. terpaksa la aku merempat kat mana2 yg kosong.. then aku call org kete sewa tu, cita pasal masalah dmax aku tu.. mula2 dia suruh aku try pusing kunci 5kali.. tapi dia pun mcm tak sure, dia ckp dia cek dulu nnt dia call aku balik.. dlm 15minit dia call aku. dia bg tau dekat dgn wiper tu (sebelah kiri stereng) ada satu button, tekan button tu 4 kali, nnt alam tu akan berenti..
aku pun yg tengah takde keje ni, balik rumah semula.. pegi la try.. mula2 aku sambung connect balik betri kete.. alam tak bunyi, tapi hazard light menyala2.. aku tekan la 4 kali.. still menyala2 lampu.. tak lama alam menjerit2 lagi..aku try sekali lagi, tekan 4 kali, tapi takde apa2 perubahan.. okeh, kali ni aku tekan dgn lebih tenang, tekan dgn sekali..sekali..sekali..sekali..
tet tet.. alam tu brenti!..
pastu aku try stat enjin.. okeh!
denga gembira nya aku drive dmax ke opis.. aku call balik andrew bg tau dia kete dah ok, alam dah tak menjerit2 lagi, kete dah boleh stat.. cuma skrg ni aku nak lock kete kene maually guna kunci, sbb alam aku still tak boleh detact guna remot yg dia bagi tu.. dia pun ckp sementara waktu ni aku kene kunci manually la. aku ok je, asal boleh guna kete ni ok dah la.. hehe
dalam pukul 11.30 andrew call aku, dia ckp try pegi dekat kete, pastu tekan 2 2 button kecik n besar kat remot to dlm masa 5 saat.. nnt alam aku ok.. aku terus turun bwh pegi kat kete.. mula2 try takde apa2 respon pun..dlm 4 5 kali aku try, akhirnya alam aku dah berfungsi dengan jayanya.. yeyy!!


p/s: sesuai tak tajuk karangan aku ni?