Sunday, April 24, 2011

berasid??

mcm biasa la.. hari minggu ni aku suka beli surat kabar.. maybe influence from my ayah.. dlu2 time kecik2, time zaman dok kat rumah dulu, kalo weekend je mesti ayah beli suratkabar lebih dari satu.. smpi skrg kot rasanye.. maybe jgk kerana aku ni 'suka membaca'..

tgh dok belek2 metro ahad terbaca satu berita pendek pasal 'Air ECPI selamat'.. cite lebih kurg mcm ni la.. ada org tulis dalam blog yg air ECPI ni tak selamat, sbb dia berasid dan boleh menyebbkan kanser.. pastu Dr. Amir (ntah la sepe dia ni, owner ECPI ni kot) ni menafikan la cite dlm blog tu, ckp sume tu tak betul, etc.. sesape yg tak tau air ECPI ni sila google..


walaupun aku pun tak pernah minum air ni, aku ada ternmpk iklan2 dia, dan pernah jgk nmpk org minim.. tak silap kat RnR higway pun ada jgk jual air ni.. apa yg menarik perhatian aku pasal berita ni adalah org yg tulis blog pasal air ECPI tu 'berasid'..

aku rasa daripada dia tulis air ECPI berasid, baik dia tulis pasal air coca cola..aku rasa ramai org pernah dpt email, atau terbaca kat mana2 pasal air coke ni boleh d buat cuci toilet la, boleh hilangkn kesan karat la, boleh reputkn tulang la, etc.. tp hakikatnya masih ramai org minum..

bulan 11 thn lepas aku ada g training pasal scheduled waste mgmt.. ada sekali tu trainer tu tnye kitaorg berapa pH coke?.. last2 dia bg tau pH coca cola = 2! kalo tak caye g beli kertas litmus try tets.. hehe.. tiba aku teringat zaman sekolah dulu, terbayang asid hidroklorik (HCl), asid sulfurik (H2SO4) yg dok dalam balang kat makmal tu.. huhu



smpi harini aku dah tak minum coke dah.. minum air mineral bagi bagus.. lagi murah.. hohoho!

Wednesday, April 20, 2011

langgar lari.. lagi.. dan lagi..

semakin hampir dgn satu simpang 4 bertrafic light, aku memijak padel minyak dengan lebih kuat supaya kereta halaju & pecutan kereta bertambah.. agar sempat aku masuk simpang ke kanan itu sebelum lampu hijau bertukar merah.. hampir sahaja aku d traficlight itu ada sebuah motor ntah dari mana terus melanggar isyarat lampu merah dekat lorong dia..

aku betul2 dekat simpang tu, ada sebijik lagi motor main langgar je lampu merah tu.. nasib baik aku sempat mengelak dan brake.. kereta sedikit terbabas dari laluan asal.. nasib tak langgar motor yg berenti kat lorong bertentangan.. pemboceng motor yg statik itu memandang tepat ke mata aku.. mungkin dia marah sbb aku hampir2 melanggar dia.. tapi salah motor yg satu lagi tu la sbb dia p langgar lampu merah..

dalam kereta aku berenti kat tgh2 simpang 4 tu, trafic light bertukar warna.. turn lorong lain plk bergerak.. dgr bunyi hon2 dari kereta lain sbb aku memblok jalan.. tak sempat aku nak gerak tiba2 satu kereta langgar aku.. hampeh!


***************

aku teruskan perjalanan.. terasa kereta aku dah tak stabil.. lagi laju bawak lagi kuat goyang.. stering lurus, tapi kereta bergerak ke kiri.. mungkin sifat semula jadi aku, semakin aku marah semakin kuat aku pijak padel minyak.. kereta dah tak berapa betul pun aku tak peduli!!.. marah memikarkan penunggang motor yg langgar je lampu merah..

tiba2, kereta hilang kawalan.. terbabas lorong sebelah, datang kereta dari belakang.. jantung aku berdegup kencang..


***************

jantung aku masih berdegup kencang.. walaupun aku telah terjaga.. "hampeh pnye pompuan, dah tau lampu merah brenti la!", aku teruskan maki hamun (dalam hati) kepada wanita yg melanggar lampu merah dalam mimpi tadi..

tgk jam pukul 2 pagi.. "ciss.. pokemon pnye pompuan, kacau tdo aku je!"



Friday, April 15, 2011

puisi wanita

ko try bacakan kat pompuan, konfem dia cair..

seorang wanita umpama,
sekuntum bunga di taman,
segar mewangi di pelusuk dunia,
setulus kasih sesuci embun,

lembut wanita kerana tutur katanya,
mesra wanita kerana senyumannya,
cekal wanita kerana beraninya,
patuh wanita kerana setianya,
sabar wanita kerana imannya,
kasih wanita kerana belaiannya,
lemah wanita kerana air matanya,
ikhlas wanita kerana simpatinya,
dendam wanita kerana cemburunya,
sayang wanita kerana sifat keibuannya,

tanpa wanita lelaki lemah,
kerana wanita lelaki kalah..


**************


aku tak tau la mana asal benda ni, tapi aku dapat benda ni pun drpd ex aku (maybe dia yg buat sendiri kot??).. masa dia bagi tu aku pun tak tau apsal dia bagi aku.. kalo dia bagi benda makannan ke, boleh mkn jgk.. sbb time tu tgh kapel pnye pasal aku terima la dgn gembiranya.. hehe..

time orentasi kat U dlu... aku tak berapa ingat, apsal aku kene denda.. dan denda dia aku kene buat puisi pasal perempuan, dan sorg lagi bdk pompuan tu kene buat puisi pasal lelaki.. kot?.. kalo tak silap la.. kebetulan plk awek aku time tu baru je bagi kat aku benda ni.. apa lagi, senang je la nak setelkan denda aku tu.. sekali aku baca kat dpn sume org mlm tu, yg fesi pompuan yg konon2nye ganas, yg selalu dok terjerit2, dok maki hamun org, dok marah2 org.. tu terus dia ckp suka aku pnye puisi ni.. siap mintak copy dgn aku kot kalo tak silap?.. terus aku rasa tak ganas langsung dorg ni!.. haha


p/s: siang tadi baru abis audit.. walaupun skor ok, tp bnyk finding related dgn aku.. tersa tak best sungguh hari ini..

Tuesday, April 12, 2011

duri-durian

rasanya sekarang dah masuk musim durian.. bnyk dah org jual durian kat tepi2 jalan tu.. weekend haritu aku pergi jusco pun dah berbau durian dah..

d sebabkan banyak dah org yg menjual durian, maka yang org yg dtg beli durian pun banyak la.. dari dalam kereta aku perhatikn gelagat org jual beli durian ni.. tapi ada satu situasi ni yg menarik perhatian aku.. smpai sekarang aku masih berlegar2 d benak fikiranku..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku ni tak biasa bawak moto.. lesen moto pun takde.. jadi aku tak tau la sngt.. selamat ke tidak..

beberapa hari lepas, aku nampak ada pakcik ni beli durian.. tak tau la berapa kilo, tp rasanye ada la dlm 4 5 bijik kot.. durian tu takde la besar sngt, muat dalam satu plastik besar..

tp apa yg menarik perhatian aku, bungkusan durian tu d letakkan dalam bakul motor tu (pejam mata, cuba bayangkan).. tadi time balik kerja pun ada jgk terselisih dgn sorg lagi letak bungkusan durian kat dlm bakul motor.. kalo durian tu betul2 dalam bakul takpe jgk.. ini dah tak muat bakul tu (pejam mata lagi, cuba bayangkan lagi sekali)..

aku terfikir, kalo la.. tgh syok2 pakcik tu bwk moto, sambil terbayang2 balik rumah nnt nak makan durian tu.. tiba2 ada kucing melintas.. mmg dia terkejut dan terus dia emergency brake..


huh!.. tak dpt aku bayangkan.. duri-durian tu kene kat mane..

ouch!




p/s: jaga telur2 anda daripada telur tiruan..

Saturday, April 9, 2011

kerusi panass..


gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut bontot berapi.

kalo ini bukan setakat bontot berapi, silap2 boleh meletop!


jantung hati

1st time dgr lagu ni kat tv.. tak ingat rancangan apa tah, dlm rancangan tu tilu sebagai artis jemputan, dan dorg d interview.. last2 dorg pun peform la satu lagu.. memula ingatkan mira nak nyayi lagu yg d tujukan khas utk aku tu (http://kapalalu.blogspot.com/2010/10/diamdiam.html)..

sekali dorg main lagu ni..





lagi time dorg peform kat xfm macbeth secret show : http://www.youtube.com/watch?v=LUrNtl7QoYU

tetiba terasa jiwang...

layan sehhh!

p/s: makan nasi berulamkan jantung pisang, berlaukkan hati lembu..
jantung hati ku..

Thursday, April 7, 2011

bila nak kawin??

sebagai seorg lelaki hensem lagi begaya, soalan yang tak lepas dek org2 tua kat kampung, mahupun kwn lama, bila berjumpa,

"bila nak kawin?"


agak2 lepas dah kawin, ada tak org masih nak tnya soalan ni..

"bila nak kawin.... lagi?"

hahaha!

Friday, April 1, 2011

alien??

siang tadi dapat email video ni dari member..


video


video

apa bende tu aa?