Tuesday, June 21, 2011

gadis itu..

aku kah telah mengecewakan hati seorg gadis?..
ke gadis itu mengecewakan hatinya sendiri?


aku kah yg bersalah?..
ke dia yg sengaja membuatkan supaya aku rasa bersalah?

**********

mengembara ke lautan hindi, takkan berjumpa pelakon hindi.
berjalan beribu batu, tak semestinya bejalan atas batu.


malam masih muda, tak bermakna kalo aku tak tido aku kan kekal muda.
malam ni tido lewat tak bermakna esok aku bangun lewat.

Thursday, June 16, 2011

Wednesday, June 15, 2011

malang tidak berbau.. rezeki ada bau ke?

Asma'.. anak mmber baik aku kat skolah dulu.. "sori ab aku tak tau nak letak gmbar apa kali ni.. aku promot anak ko yg cute tu kat cni.. hehe"


semenjak kebelakangan ni... lebih kurang dalam 2 3 bulan kebelakangan ni, aku terasa tekanan tempat kerja.. kalo d pkir2kan balik bukannya apa pun.. maybe sikap aku yg sentiasa slow n steady tu yg memakan diri.. kerja yg dah berapa bulan pun still tak bleh nak setel2 lagi.. skali dgr ada org kena warning letter baru terasa tekanan semakin memuncak..

sedar tak sedar date line dah nak sampai dah.. lagi hari audit pun dah sampai dah.. tu yg sampai... 'belajar mengikat tali gantung'.. tak lama lps tu.. 'cuba meletakkan kepada d tali gantung'.. lebih kurang mcm tu la kalo nak d umpamakan..

tapi nasib baik 'tali gantung tu putus'.. maka takde la aku mati.. hehe.. sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. huhu..

dan dalam masa sebulan ni, tgh aku dok pening2 keje dgn keje ni, bnyk plk offer keje aku dapat.. satu dah aku tolak, ada dua lagi offer yg dtg.. itu belum lagi offer dari company yg aku apply..

pastu tiba2 ada plk junior(awek)ni rajin dok kontek (chating) aku.. sebelum ni time kat skolah dulu rasanya tak pernah nak bertegur sapa pun.. hartu sorg awek opis taiping rajin dok chating2 aku.. budak tu dah diam dah, ini bdk ni plk.. aku tgk fb dia ada je gmbr2 dia dgn balak dia.. ni siap tak bg aku tdo dulu, suruh tggu dia balik rumah dlu nak chating dgn aku.. apa kes bdk ni?.. chating la dgn balak ko tu.. hoho.. aku nak usha bdk lain, bdk lain plk dok usha aku.. haha..

kesimpulannya, jgn katakan malang.. rezeki, ajal maut, jodoh.. semua tu tak berbau.. semuanya sudah tertulis.. tapi maybe jodoh tu ada bau kot.. kalo dia pkai mnyk wangi, wangi la bau dia.. kalo tak, hapak la bau dia.. hoho..


Monday, June 13, 2011

buah

dalam perjalanan ini, ali berjumpa dengan bermacam2 jenis buah..

ada yg bulat, ada yg panjang, ada yg pendek, ada yg bersegi2.. ada yg merah, ada yg hijau, ada yg kuning, ada yg oren.. ada yg tajam, ada yg keras, ada yg lembik, ada yg busuk.. ada yg hodoh d luar, tapi manis d dalam.. ada yg cantik d luar, tapi tawar d dalam.. ada yg busuk baunya, tapi sedap isinya.. dan ada jugak yang cantik d luar, manis isinya.. pendek kata ada berjuta juta jenis buah yang ali jumpa sepanjang dia berjalan..

dalam berjenis2 buah yg ali jumpa sepanjang perjalanan itu, ada pulak beberapa jenis buah yang di gemarinya.. ada yg wangi baunya, ada yg manis isinya, ada yg cantik warnanya, dan bermacam2 lagi.. pendek kata lagi, buah yang baik2 saja yang menjadi kegemaran ali..

di sebabkan ada berbuah2 buah yang d gemari, ali menjadi keliru.. buah mana sebenarnya yang menjadi kesukaan nya?.. dia risau kalau2 ada awek2 meminta biodata dia utk d tulis dalam buku catitan mereka.. "buah kegemaran: ........." apa dia nak isi kat sini?? sampai sekarang ali masih tidak dapat memberikan jawapan yang pasti kepada buah kegemarannya.. dia risau, jika dia memilih buah kuning, dia akan menyesal kerana buah merah adalah sebenarnya lebih sedap.. dan sekiranya dia memilih buah merah, sebenarnya buah oren adalah jauh lebih manis dan sedap.. perkara ini sentiasa berlegar2 di fikiran ali..

pada suatu petang, ali mendapat berita daripada sahabatnya bahawa abu menggemari buah merah, dan tak lama lagi dia akan makan buah merah itu.. ali terkejut mendengar berita itu.. perasaannya bercampur baur.. rasa marah ada, rasa menyesal ada, rasa memberontak ada, rasa rugi ada, rasa nak pukul2 c abu pun ada.. pendek kata lagi sekali, semua perasaan yg tak best ada pada ali sekarang.. nampaknya lepas ni, dia tak berpeluang utk menikmati buah merah itu.. nak buat mcm mna, dia kena terima kenyataan itu.. sbb sebelum ini dia pun tak pernah ckp yang dia menggemari buah merah itu.

setelah lama befikir secara waras dan rasional, ali telah membuat keputusan.. mulai hari ini, ali kena tetapkan pendiriannya.. dia kena pilih buah apa yg menjadi kegemarannya.. sebagai manusia, dia kene membuat keputusan buah mana yg menjadi kegemarannya.. ini kerana buah itu tak akan boleh memilihnya, dia yg perlu memilih buah2 itu.. agar perasaaan takbest seperti ini tak akan berulang lagi kepadanya.

dapatkah ali membuat keputusan yg tepat?.. sama2 kita nantkan sambungannya pada minggu hadapan di episod yg akan datang!

p/s: harap maklum entry kali ni maybe kurang menarik sbb takde gambar.. aku type "buah" kat google, lain2 pulak yg keluar.. hoho!

Tuesday, June 7, 2011

lagu layan..

"..sama sekampuang hai sedang di rindu,
ini kan lagi jauh di mata.."


P Ramlee - Nak Dara Rindu

Powered by mp3skull.com


bila dgr lagu ni teringat scene p.ramlee nyayi sambil main gitar kat tepi tingkap.. ajis dgn sudin masing2 layan jee.. sudin tak tahan terus p cari eton.. penangan dgr lagu jiwang p.ramlee.. haha.. try search kat u tube.. hehe

one of my faveret song by P.Ramlee.. irama yg tenang, lirik yg indah.. sejuk telinga mendengar.. mcm d tiup angin ekon kereta.. ahhh.. uhhh.. huii!

p/s: tak tau nak tulis apa, tapi still nak menulis jugak..