Sunday, December 16, 2012

cinta monyet


punya la payah aku nak mengayat.. hampir 2 tahun aku try.. langsung tak kene layan.. sikit pun tak ada tanda2 apa2 respon yg boleh d banggakan.. aku pun dah mula tak memberi kan harapan sangat.. lagi pun SPM dah dekat.. tumpuan lebih terarah kepada SPM..

last day sekolah, tiba2 si sincan (budak junior) dtg kat aku.. bagi satu bungkusan.. kata sincan "*** bagi. dia pesan jgn bukak selagi belum balik rumah. lagi dia pesan jgn bg tau org lain yg dia bagi ni". terkesima kejap aku. perasaan berbunga2 + terkejut + tension.

nak tunggu balik rumah baru boleh bukak?.. nak tunggu berapa minggu lagi tu??.. dalam 2 3 minggu lagi baru SPM abis (aku dok asrama). baru boleh nak tgk apa benda ni?.. ahh!! tensen2.. namun, aku adalah typical lelaki, jadi aku bukak jugak tgk apa kebendanya tu.. hehe

ada kain kaler krim, ada surat, ada kaset (zaman dulu cuma walkmen, tiada mp3 mahupun mp4).. aku bukak surat tu, lebih kurang mcm ni bunyinya.. "kain tu mak yg pilih. dia cakap....(lupa dah). rasanya nak buat baju melayu tahun ni tak sempat, jadi buat tahun dpn je la ye. kaset ni ada lagu2 yg saya suka dgr. kalau awk bosan2 dgr la lagu2 ni ye".. lebih kurang mcm tu la bunyinye.. kot?.. haha..wah, hebat betul aku ni, belum apa2 lagi mak dia pun dah sapot support (jumpa pun tak pernah). cerah masa depan!. haha

tak ingat  dah hari ke berapa SPM, akhirnya aku buat keputusan nak call dia mlm tu. (zaman aku ambik SPM time tu bulan puasa). maka mlm tu lepas smyg terawih, lepas supper. aku pun menuju ke telefon awam kat bawah tangga aspura. dgn bebekalkan beberapa keping duit syiling 50sen & 20sen, dan dgn berdebar2nya aku pun mendail no rumah dia. aku pun tak berapa ingat dah apa yg aku cakap (maklum lah 10 thn lepas punya cerita). yg aku tau aku tak tau nak cakap apa. hantam la labu. haha.. 

tapi yg aku ingat, dia bg tau dia tgh tolong mak dia nak buat ketupat.. dan itu lah kali terakhir aku berhubung dgn dia. dan yg terbaru aku tgk dia dok masak kat dalam tv!.. haha 

last aku sembang dgn ko, ko tgh memasak. dan yg terkini aku dapat tau pasal ko pun pasal masak2 jgk. Haha!

Monday, December 3, 2012

December

huh.. pantas betul masa berlalu.. sepantas aku lari 100m..
sedar tak sedar dah masuk December.. sampai terlupa nak nyanyi national anthem of November, 'November Rain'.. when i look into your eyes, i can see a love restrained..


p/s: gambar takde kene mengena dgn tajuk mahupun isi kandungan karangan

Thursday, November 15, 2012

rindu ku pada mu..

sejak dua menjak berkawan dgn org2 luar ni, baru aku perasan yg malaysia ni sangat kool.. terutamanya kalau d bandingkan dgn jiran2 kita..

kool sbb malaysia ada 'KL'.. kalau filipin dorg ada manila, kalo indon dorg ada jakarta, kalo thai dorg ada bangkok, kalo singapore dorg ada ?? apa dorg ada aa??..

betapa tak kool nye capital city dorg.. nak sebut pn kena sebut nama penuh, terasa mcm skema la plk.. hehe

oh.. betapa rindu ku pada mu.. tanah air ku..

proud to be Malaysian.

Sunday, October 14, 2012

flashback

pada suatu hari, dengan penuh berhati2 dan berdebar2 aku masuk ke sebuah kedai telefon di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota..
sedang otak aku terfikir2 menyusun ayat utk berkomunikasa dgn awek jurujual, tiba2 mamat seblah aku dgn fluent-nya speking dgn awek tersebut.. aku pandang mamat tu kiri kanan, lebar lebuh kurang 2x aku.. tgk atas bawah.. muka mcm dah dekat 40an dah.. kaki ayam!!??

oh, setahun lebih dah aku kat sini.. cepat sungguh masa berlalu..



p/s: base on true story, 1st time keluar ke Port Moresby.

Wednesday, September 19, 2012

lintasan binang

cuma lintasan bintang
cuma lintasan bintang
cuma lintasan bintang
...

Sunday, August 19, 2012

Hari Raya di Perantauan

ini pengalam pertama berhari raya (aidilfitri) jauh dari keluarga. ini jugak pengalamn pertama sambut raya di perantauan, di negara yang islam adalah minoriti. muengharap tahun2 mendatang lebih bnyk pengalam baru yg lebih menatik dapat ditempa.

pagi tadi dalam pkul 6.10 sampai, tinggal lagi 2 saf je nak penuh dah masjid yg kecik tu.. takbir raya pun lain lagu dia. takde la plk mendayu2 mcm kat tmpt kita (takde plk rasa sedih). kat sini ada satu subcon dari pada arab (Lebanon), jd dorg lah yg lead.. muslim yg lain2 plk kebanyakanya org bangla, india, indon.. rasanya dari Malaysia aku sorg je.. sbb sorg lagi (bos aku) balik cuti. pukul 6.40 stat dah solat raya. selesai semua (lps kutbah) dalam pukul 7.

keluar mesjid, rupa2 ramai lagi yg smyg kat luar.. sikit lagi nak sampai kat jalan raya.. selalu smyg jumaat pn tak ramai mcm ni rasanya. jumpa mmber2, semua salam2.. salam2 dan perpeluk2kan.. haha..ini satu pengalam baru, biasanya kat kg setakt salam2 je, paling2 pun cium tangan (org yg lebih tua).. ini ntah bangla2 man semua nak peluk2.. haritu bos aku dah pesan, nasib la kalu dapat yg berpeluh ketiak!.. haha

kesimpulannya, aku takde la rasa sedih pun.. dulu dgr org cerita, mcm mna rock pn ko, kalau dgr takbir mesti nek menitis jgk air mata (bagi perantau).. aku rasa maybe sbb aku belum berfamily.. kalau ada anak bini maybe la sedih jgk kot(?) teringat dorg beraya tanpa ketua keluarga dorg.. atau maybe sbb aku ni seorg manusia tanpa perasaan (suatu ketika dulu aku pernah d label manusia tanpa perasaan oleh mmber)??



Eid Mubarak!

Sunday, June 17, 2012

selamat hari bapa

masa aku umur 5 tahun dulu, time tinggal kat mersing. kali pertama aku menjejakkan kaki ke alam persekolahhan. aku masuk sekolah tadika kemas, taman guru, kg. air merah, mersing, johor.

adalam pemerharian aku, aku tgk bapak budak2 lain hampir semuanya perut besar2 belaka. aku tgk bapak aku.. konfom bapak aku paling hensem.

sangat bersyukur kerana ayah aku bukan setakat hensem, malah seorg yg hebat.

kehebatannya membuatkan aku meletakkan ayah aku sebagai idola aku. cita2 aku hendak menjadi hebat seperti ayah. menjadi bos yg ada bilik sendiri nnt.

selamat hari bapa.

Thursday, May 17, 2012

check in

flight bulan 9, dah check-in. dah dapat boarding pass. seat no pun dah ada..

huh, airasia punya penangan..

haha..

Tuesday, May 15, 2012

mai secewen


semalam overtime, smpi pukul 11.30.

pagi ni rasa lesu.. apa patut saya minum utk menyegarkan badan?

a. nescafe
b. tea
c. green tea
d. milo
e. kopi o
f. kopi radix
g. semua di atas

Monday, April 23, 2012

coffee


kalau d ajukan soalan, "coffee or tea?" aku akan jawab "kopi!".

aku pn tak tau kenapa time kecik2 dulu sangat takut kpd kopi. maybe sbb dia kaler hitam?. maybe sbb org ckp rasa dia pahit? atau maybe sbb aku terpengaruh dgn reaksi kakak aku yg agar terover kalau org ofer kopi..

skrg ni, kalau balik kg, mmg mak akan buat kopi utk dia, ayah dgn aku. org lain minum teh o je.. haha

suke kopi sampai lagu coffee pn tersuke jugak;


"I’d rather stay inside than being out tonight
Just sipping coffee and nothing to look forward to
Savoring my solitude
And no one will ever know you the way I do.."


layan d kala sendirian.





Sunday, April 15, 2012

that is the biggest ass I've seen in my life!

1 bulan: what the hell!!

2 bulan, not my taste.

3 bulan, emm..boleeh laa.

4 bulan, not bad.

5 bulan, how come i never realize before? u are miss world!


masa mula2 aku sampai sini dorg cakap kat aku, skrg ko tgk pompuan kat sumpah ko tak lalu. dgn hitam, bdan besar, rambut afro, kadang bau2 badan same je laki dgn pompuan. kalo isap rokok tu, mcm dah sama je laki dgn pompuan. siap dok cangkung tepi jln, jari terselet rokok, mulut berasap.

dorg ckp lagi, tapi dah lama2 ko terkurung kat sini. dgn di kelilingi majoriti lelaki. lama2 yg gemok pn ko nmpk kurus. yg itam ko nmpk putih dah. yg berbau ko bau wangi je. itu tanda2 ko dah nak kene balik. cukup dah 5 bulan kat sini.

p/s: tapi kali ni aku stay smpi 6 bulan++. raya punya pasal.
p/s: semoga diberi kekuatan agar dapat mempertahankan iman aku yg setebal kulit bawang ini

jalan sehala


minggu lepas cuti 4 hari, jumaat smpi isnin. cuti sempena easter day. tapi mcm biasa, aku dgn geng2 kitaorg tetap masuk opis. walau apa pn yg terjadi, walau takde keje sekali pn, department kitaorg tak pernah takde org.

kali ni la aku rasa cuti yg paling bosan dlm hidup aku.

hari selasa semua org masuk keje, dpt cite ada sorg korea mati, time cuti hari tu. deputy safety manager plk tu. mati time dorg pegi keluar picnic kat pantai. ada yg ckp dia mati lemas. ada yg ckp dia lemas sbb mabuk. ada yg ckp lps postmortem takde air pn dlm paru2 jd maybe sbb jantung.

mcm mna kalau jadi kat org terdekat? kalo jadi kat aku?.. ajal maut d tgh tuhan. kalau dah ajal, takkan lewat atau cepat walau pn sesaat. huh!

mode: insaf..

Monday, April 9, 2012

kita selalu terlupa

tiba2 henpon aku hang.. sesuai dgn nama tuannya, 'sangkut'.
tanpa membuang masa terus ku bukak cover belakang, cabut bateri, pasang balik. tekan butang on.
tapi tak ter'on' pn henfom mahal ku itu. almaklum lah, telefon mahal katakan, nak on pun problem. terpaksa ku keluarkan cable usb, lekatkan ke pc terus sambung kan ke henfon.. dalam 2 3 minit terbitlah gambar bateri berserta jalur2 meternya bergerak tanda bateri sedang d cas.. maka terus ku tekan butang on, maka ter'on' lah dia. setelah memasuk kan password yg sungguh mencabar minda, keluar lah gambar org sedang bersalam berserta lagu intronya, "tengtengteng.. tegn.. tengggg.."..

setelah keluar segala gambar2 interface yg sepatutnya, aku pn cuba menekan butang menu, namun dia masih hang lagi. katanya "use keyguard switchscreen or keys to unlock" sambil menunjuk gambar d mana letaknya keyguard itu, menganjing seolah2 aku ni tak tau kat mana. berkali2 ku gerakkan keyguard d bhgn tepi henpon ku, namun tetap tiada apa2 yg berlaku.. "hampeh!" aku menjerit dlm hati.

ku ulangi perbuatan di atas (cabut beteri pasang balik tggu 2 3 minit, on).. namun hasilnya tetap hampa..hampeh. setelah 3 kali tidak berjaya, ku ubah tektik ala2 jose morinho megubah tektik permainan chelsea suatu ketika dahulu. ku bukak bateri, biarkan dia dalam stngah jam, pastu pasang balik. tapi tetap sama. teknik morinho ku tak menjadi nmpknya.. ku bukak lagi bateri, kali ini ku biarkan henpon berbogel seginggalah hampir waktu balik, 6 pm waktu tempatan, bersamaan 4 ptg waktu malaysia.. namun masih tidak membuahkan hasil.

"huh, menyesal aku tak tukar henpon baru time balik cuti haritu". sememangnya aku berhajat membeli henpon baru time balik cuti haritu, setelah d racun oleh bos ku dgn iphone4 nye. kebetulan pulak henpon adik aku rosak, ingat nak bg dia je la hanpon aku ni. tp memandangkn dia pn dah beli henpon baru, dan aku pegi beli jam tgn, maka ku batalkn sja niat ku utk menukar henpon baru.

sampai ke bilik, aku pn sambung kabel charger kat henpon yg hang itu. terus ku ke toilet mengambil wuduk, waktu asar hampir sja habis. kalau time subuh org selalu gelar subuh gajah, tp time asar ni asar gajah jgk kot?  selepas selamat menunaikan kewajipan sebagai seorg hamba kepada yg maha Esa, aku try skali lagi utk on henpon aku. tapi kali ni berbeza ckit. sebelum kutekan butang on, ku lafazkan "Bismillahhirrahmannirrahim"

sekali henfon berfungsi seperti biasa. elok je.


Friday, April 6, 2012

inspektor remos

harini sampai isnin dpn cuti.. easter day katanya.. aku pn tak tau apa tu easter day?.. tapi mcm biasa, aku kerja 10jm sehari, 7 hari seminggu selama 5 bulan tanpa henti.. haha.. 

tengah sibuk2 buat karangan, tetiba ada inspektor remos.. tgn laju je tekan x. hilang semua..

huh, dasar inspektor remos!

p/s: takde remos pun.

Sunday, April 1, 2012

moden

"Koko (bukan nama sebenar) tu takpe, dia dah moden dah. dia dah biasa minum2 ni.."

~ ~

nak moden kene minum2 ke?

kalau tak minum2 ni, mundur ke?

Sunday, March 25, 2012

hantu

dlm sebulan dalam lebihkurang 2 kali aku keje overtime. keje smpi pkul 12 mlm.. pegi ambik sample setiap jam.. pegi wwtp..

tetiba aku terpikir.. sorg2, sunyi2, mlm2 ni.. agak2 mcm mna kalo tibe2 tersempak dgn hantu?!.. tapi, kalo jumpa hantu, mcm mna plk rupa dia aa??.. takkan berbungkus kain kapan mcm pocong kot?.. kat sini manada kain kapan mcm kat tmpt kita.. ke rupa mcm org asli pakai cawat, muka conteng2 tu kot?

hmm.. kalo aku jumpa hantu pn, tp aku tak tau dia tu hantu, jd mcm mna aku nak takut?..  




harap2 dpt ambik gambar hantu..

Tuesday, March 13, 2012

tempat megadu



1. manusia zaman sekarang mempunyai tempat mengadu, iaitu FB.

2. semua masalah (termasuk bukan masalah) akan d kongsi d FB.

3. ianya akan di luahkan di dinding (wall) FB.

4. secara tidak langsung dinding ini boleh d kenali sebagai dinding mengadu.

5. (hampir) semua org akan merapati kekesalan, kemarahan, kegembiraan, ketidakpuasan hati, dan bnyk lagi 'ke'..'an'.

6. dgn berbuat demikian, sedikit sebanyak mereka akan merasa lega (katanya).



hmm..



7. mengikut mereka yg kurang bijak berbahasa inggeris (seperti saya), wall = dinding. dan dinding = tembok

8. dinding (wall) di FB digunakan untuk mengadu atau meratap, = dinding ratapan = tembok ratapan.

9. tembok ratapan = http://id.wikipedia.org/wiki/Tembok_Ratapan

10. inference = secara tak langusng menyerupai amalam org yahudi.

11. sepatutnya, meratapi, merayu kepada yg maha Esa, melalui doa, solat malam, dll (aku bkn ustat, harap maaf jika salah).

12. fnatasi = FB. realiti = tembok ratapan



info tambahan



13. http://blogserius.blogspot.com/2012/03/serius-bodoh-mati-kemalangan-selepas.html

14. agama menganjurkan wasatiah (bersederhana).. berserdehanalah dlm apa2pun.. termasuklah update status FB.

15. saya ada hobi baru. hobi baru saya membaca. termasuklah membaca ratapan org ramai. semasa d skolah rendah dulu, ada tertulis besar2 d bangunan sekolah 'membaca jambatan ilmu'.

Sunday, March 11, 2012

Wednesday, February 22, 2012

mengenang nasib

Kalau yg kita nak mesti susah nak dpt. (kadang2 tak dpt pun). Tapi benda yg kita tak nak senang2 je bleh dapat (kadang2 dtg sendiri bergolek dpn mata). 

Tapi aku tak nak itu, aku nak yg Ini jgk!

Hari tu jumpa boss lama. Tgk keadaan aku skrg ni, kitaorg pn sembang2.. Dia tnya2 pasal masa depan aku.. teringat kata2 dia, "Biasalah mer, dlm dunia ni kita tak boleh nak dpt semuanya. Kdg2 utk dptkn sesuatu kita kene korbankan sesuatu".. 

takkan aku tak boleh dptkan Ini?!!.. 

mcm susah je..

mcm tak boleh je..

huh...

=(

Saturday, February 18, 2012

perjalanan pulang

seminggu sebelum cuti, 2 mlm berturut2 aku mimpi.. mimpi pasal balik.. penangan 5 bulan tak balik, sampai mcm tu sekali aa.. aku rasa aku ni takde la sngt terlampau excited pasal nak balik ni.. sbb aku balik nnt dok lepak kg je.. lepak2, bersenang lenang.. lepas tu, sampai masa balik ke PNG semula.. kerja 6.30am-6.00pm sehari, 7 hari seminggu, smpai cukup 5 bulan, pastu balik kg semula.. masa utk bersenang lenang, bermalas malasan..

tapi d sebbkn org sekeliling, mmber2 yg tolong eksited.. aku pn jd ter eksited pulak nak balik.. ada yg ckp 1st time balik ni yg mmg terkesan.. nnt dah 2nd, 3rd time dah kurang ckit rasa dia.. hmm..aku rasa semua perasaan tu lebih kepada mereka2 yg dah ber keluarga.. kebanyakkan dorg, aku tgk tggl anak bini, p keje 5 bulan, pastu cuti, dpt jumpa 2 mggu je.. ada sorg mmber aku tu, 20 thn lagi tua dari aku.. anak baru sorg, umur 6 thn.. lepas berapa belas tahun kawin baru dpt anak.. aku dgr cite, haritu sehari sebelum dia abis cuti, anak dia demam sbb tau dia nak balik..tak nak mkn sbb bapa dia nak kene balik PNG dah.. sorg lagi mmber aku baru, umur dalam awal 30an, anak 2 org, kecik2 lagi.. sorg tu baru berapa bulan.. balik cuti 2 mggu, pastu nak kene tggl bini dgn anak kecik.. mmg aku rasa org2 mcm ni mmg patut dorg sangat terkesan dapat cuti yg singkat tu.. mcm aku ni..  rilek2 sajaa.. hehe

okeh, sambung cite pasal perjalan pulang.. takde apa yg nak d ceritakan sngt sbnrnya.. cuma nak kongsi sikit gambar2 sepanjang perjalan pulang.


view dari atas katil. baring2 sambil tgk tv. beg dah ready, tggu driver dtg ketuk pintu bilik je.


boarding room at Jackson's airport, Port Moresby. tggu nak naik flight. lepak dgn safety manager salah satu subcon kitaorg, org  singapore. sempoi brader ni.. 
p/s: bro singaporian ni dok sebelah aku, bkn org yg baju hijau tu.. ni pemandangan depan kitaorg.

air niugini from POM - Changi. on d way berjalan nak naik flight.

6 jam dlm flight. tido, bangun, tido balik, bangun balik, tak sampai2 lagi.. org masuk toilet, aku pn nak masuk toilet jgk.

leaving changi airport, heading to klia

good morning malaysia. overnight at klia. next destination.. KB.


video


sampai!






Wednesday, February 15, 2012

dup dap dup dap..

berdebar2.. sejuk tangan..

apsal lak saspen lebih nih?!!..

rilek sangkut, rileks..

huh!

Tuesday, February 14, 2012

sabar itu sebahagian drpd iman..

dah hampir 5 bulan rasanya.

tak sabar2 nak bertemu.

tiap mlm termimpi2.

bagaimana agaknya kedaan nya?.

Sunday, February 12, 2012

penangan

gile la.. 5 bulan punye penangan.

2 malam berturut2 mimpi.

huh..

Sunday, February 5, 2012

facebooknya, statusnya dan maksudnya

hanya sang bulan setia menemani ku



"tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu", maksudnya.. menderma dgn ikhlas.  ??

tapi pada hemah peribadi saya, ungkapan itu lebih dari sekadar menderma. apa2 sja kebajikan yg kita lakukan hendaklah d lakukan dgn ikhlas. tak mengharapkan balasan, apatah lagi mengharapkan respon dari org lain. jauh sekali mengharapkan pujian, yg mana boleh menumbulkan perasaan riak dalam diri. 

bagaimana utk melakukan kebajikan dgn ikhlas?. berbalik kepada ungkapan d atas. 

maka itu, tak perlulah wujud status fb berbaur seperti ini:


status 1:
"tenang hati selepas solat. alhamdulillah yg Allah krna mmbri peluang utk sujud kdpmu"

status 2:
"Malam ni I rasa I nak stay up late sebab nak buat solat tahajjud. I nak panjatkan doa agar hidup I semakin diberkati Allah. Lepas solat tahajud, I plan nak buat solat taubat. I harap Allah ampunkan dosa dosa I. Lepas solat taubat pulak nanti i nak google apa jenis solat waktu malam lagi. Pendek kata malam ni i nak solat dan beribadat sahajalah."


kalau mcm ni ini bukan setakat tgn kiri tau, org kat Uganda pun boleh tau (bagi mereka yg ada fb).


status 1: memang benar2 wujud, dan aku pun tak tau mcm mna budak ni boleh ada dlm friend list saya? saya pn tak kenal dia. rasanya dia pun tak kenal saya.

status 2: tak pasti akan kewujudan status ini. copy paste drpd org pnye blog. mungkin drpd status rakan tuan empunya blog.


mungkin anda berniat baik, utk mngajak rakan2 lain melakukan ibadat. tp tak perlulah bg tau anda sudah, akan, ataupun sedang beribadat. percayalah jika ada org yg like atau komen, maka akan hilanglah "ikhlas" itu, bertukar kepada "riak".

meskipun ada sesetengah org boleh menerima status fb sebegini, siap boleh like, komen2 lagi.. tetapi bagi saya.. perasaan bercampar baur ketika membacanya. terasa geli bercampur loya ketika membacanya.


maka sahabat2 sekalian, silalah jgn mengepost status anda seolah2 memuji diri sendiri. eh eh silap2, bkn memuji diri sendiri, tp status yg.. emm... berbaur sedemikian (harap anda faham apa yg cuba saya maksudkan). jika tidak, maka penat lah saya, memaki anda 3 hari 3 malam tanpa henti2.



~~~


semalam terbaca dalam blog seorg sahabat, catatannya ringkas, tapi penuh bermakna. amat terkesan ketika membacanya:

"Hidup di dunia umpama tidur, apabila mati baru benar-benar terjaga." pesan ibu. 


huh! ..menusuk kalbu!

Sunday, January 29, 2012

Alhamdulillah..

Mlm tadi, dalam pukul 11 lebih (waktu tempatan) tengah syok2 tgk bola, tiba2 henfon menjerit. terkejut jgk aku, "siapa la plk call tgh2 mlm ni?", sambil tgn terus mencapai nokia 1800 kaler hitam..

tgk kat skrin tertera 'Ayah, +60168....',bertambah terkejut lagi sekali. apahal call ni? baru beberapa hari lepas aku call rumah, ada emergancy ke apa ni? hish.. saspen saspen..

"hello?"
"..."
"hello.. Assalamualaikum.."
...

"r u ok?, everything fine there?"
"yes mum.. everything ok here.. why?"
"ohh.. thanks god.. i just read newspaper, and there was.. (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/26/worldupdates/2012-01-26T122846Z_10_TRE80P02X_RTROPTT_0_UK-PNG&sec=Worldupdates)

...


~~~


beberapa hari lepas ada mmber aku msg tnya kabar, dorg ckp tgk kat berita mcm2 bende jadi kat PNG 2 3 hari ni. selain yg di atas, yg d bawah ni jugak.



gambar ni aku dpt dari budak prektikel sini, dia email kat aku.. land slide kat hides.. 



terima kasih la yg sudi tnya kabar tu.. rupa2nya ada jgk org ingat kat aku.. huhu

p/s: perbualan telefon diantara antara emak dgn anak d alih bahasa. bahasa asal adalah bahasa melayu kelantan.

Sunday, January 22, 2012

bahasa jiwa bangsa

aku rasa, aku fasih bercakap slang sabah sbb dulu aku ada awek org sabah.. masa kat U pun org dok ingat aku ni org sabah, sbb aku cakap ada slang2 sabah.. time aku prektikel, kalo aku tak ckp aku org semenanjung konfem dorg ingat aku ni org sabah.. pernah sekali tu kat U, aku naik teksi dapat diskaun sbb driver tu org sabah, dia ingat aku ni prg sabah jgk.. itu la penangan ada awek org sabah.

rasa2nya untuk aku fasih bercakap omputih, adakah aku kene ada awek mat salleh?.. 

p/s: mmber aku (org filipin) nak kenenkan aku dgn kwn dia kat filipin. sekali aku tgk FB dia, profile pic pakai bikini!.. haha

Sunday, January 15, 2012

bulan ditutup awan






malam tu entah kenapa.. pusing ke kanan, tak sedap. pusing ke ke kiri, tak kena. tiarap..mati tak bernafas plk aku nnt. tak boleh nak tdo. macam2 dok berpusing2 d kepala aku. macam2 aku dok pikir.

last2 aku nekad (bukan naked!). aku buat keputusan, aku kena bg tau jugak. selagi aku dok simpan sorang2, selagi tu aku tak tenteram. sbnrnya time new year haritu lagi aku dah ber azam (semua org dok berazam2, aku pun nak jgk). azam aku thn 2012 ni aku tak nak simpan2 lagi, aku nak bg tau!

hari ni (hari tu) dah 9 hari dah lepas thn baru. tampa berfikir panjang aku pun dok cuba mengarang. tulis tu padam, tulis ni padam. selepas ntah berapa puluh kali padam, last2 aku tekan 'send'. terus dapat tido.

huh!.


p/s: bulan ditutup awan, cover version by yuna.


Yuna - Bulan ditutup awan
Powered by mp3skull.com


sama tapi tak serupa

Detik paling menggembirakan bagi seorang lelaki adalah apabila tahu isterinya mengandung.


Detik paling mengecewakan bagi seorang lelaki adalah mengetahui aweknya mengandung. 


Detik paling buruk seorang lelaki adalah tahu gelfrennya mengandung dan dia tak pernah sentuh pun gelfren dia.




p/s: copy paste blog org.

kawan baru.. india

r u also from filipin?

no.. im from malaysia.!

oo.. i thought u from filipin.. i found usualy malaysian dont have beard.. u r diferent..

ooh, really??!

ya!.. emm.. so malaysia also very good in hockey aa.. bla bla bla


~

dunia masih tak kenal org malaysia.. kalau ada kesempatan.. org malaysia kene keluar menjelajah lagi..
jgn takut melangkah.. jauh berjalan, luas pemandangan..

Friday, January 13, 2012

kawan baru.. filipin

fren: r u still single???

sangkut: errmm..  yess.

fren: u dont have any girlfriend?

sangkut: errmm.. aaa..

"plenty!" (bos menyampuk)

fren & sangkut: hahaha..

fren: if in filipin, u can become an actor.

sangkut: really?.. hahah..

fren: ya.. u have the height, look.. u know..

sangkut: haha.. but i dont know acting.. im very bad in acting.

fren: dont worry.. if u dont know u can learn.. every things can be learn.. in filipin everything can be done!

sangkut, bos & fren: hahahahaha...


fren: so do u think want to get marry with malaysian girl?..

sangkut: aaaa...


~


tiba2 terasa mcm nak pegi filipin plk.. haha





Sunday, January 1, 2012

pemuda (petua).. hidung tersumbat

entah mcm mana, secara tak sengaja aku 'terdiscover' cara2 utk menghilagkan masalah hidung tersumbat..

hidung tersumbat, atau lebih dikenali sebagai 'ketat hidung'  di sesetengah tempat d malaysia merupakan masalah yg sering mengganggu kehidupan seharian. Lebih2 lagi jika disertai dengan selsema.. higus meleleh perlahan2 keluar dari lubang hidung tanpa sempat untuk menyedutnya semula ke dalam lubang hidung akibat hidung yg ketat.. keadaan lebih memeritkan apabila anda tidak mempunyai sapu tangan atau tisu, dan anda berada khalayak ramai seperti tgh meeting, dalam lift, dalam lrt, dalam bas, dalam flight, dan lain2 lagi yg di fikirkan sesuai..

berbalik kepada cara2 utk mengatasi masalah ketat hidung, petuanya (pemudanya) mudah saja.. tak perlukan anda makan atau minum benda2 yg pahit & busuk.. tak perlu membaca / menghafal mentera2 yg karut & marut.. tak perlu tunggu berjam2 atau berhari2 utk melihat kesannya..

bahan2nya:
1. dapatkan ketat hidung secukup rasa.
2. secubit selsema.

cara2nya:
1. pumping (tekan tubi) 10 kali.

anda akan dapati hidung tak ketat lagi.. untuk kesan yg lebih best, tambah bilangan tekan tubi..

secara saintifiknya aku merasakan akibat daripada seaman / aktiviti ini secara semulajadi badan anda memerlukan oksign yg lebih daripada biasa, menyebabkan hidung yg ketat menjadi longgar.. mungkin aktiviti tekan tubi boleh d tukar kepada aktiviti lain seperti sit up, lari setempat, lompat bintang, dll (atau lain2 yg d fikirkan sesuai) utk mengesahkan teori aku ini..

~





p/s:  new year 2012??.. apa tu??