Wednesday, February 22, 2012

mengenang nasib

Kalau yg kita nak mesti susah nak dpt. (kadang2 tak dpt pun). Tapi benda yg kita tak nak senang2 je bleh dapat (kadang2 dtg sendiri bergolek dpn mata). 

Tapi aku tak nak itu, aku nak yg Ini jgk!

Hari tu jumpa boss lama. Tgk keadaan aku skrg ni, kitaorg pn sembang2.. Dia tnya2 pasal masa depan aku.. teringat kata2 dia, "Biasalah mer, dlm dunia ni kita tak boleh nak dpt semuanya. Kdg2 utk dptkn sesuatu kita kene korbankan sesuatu".. 

takkan aku tak boleh dptkan Ini?!!.. 

mcm susah je..

mcm tak boleh je..

huh...

=(

Saturday, February 18, 2012

perjalanan pulang

seminggu sebelum cuti, 2 mlm berturut2 aku mimpi.. mimpi pasal balik.. penangan 5 bulan tak balik, sampai mcm tu sekali aa.. aku rasa aku ni takde la sngt terlampau excited pasal nak balik ni.. sbb aku balik nnt dok lepak kg je.. lepak2, bersenang lenang.. lepas tu, sampai masa balik ke PNG semula.. kerja 6.30am-6.00pm sehari, 7 hari seminggu, smpai cukup 5 bulan, pastu balik kg semula.. masa utk bersenang lenang, bermalas malasan..

tapi d sebbkn org sekeliling, mmber2 yg tolong eksited.. aku pn jd ter eksited pulak nak balik.. ada yg ckp 1st time balik ni yg mmg terkesan.. nnt dah 2nd, 3rd time dah kurang ckit rasa dia.. hmm..aku rasa semua perasaan tu lebih kepada mereka2 yg dah ber keluarga.. kebanyakkan dorg, aku tgk tggl anak bini, p keje 5 bulan, pastu cuti, dpt jumpa 2 mggu je.. ada sorg mmber aku tu, 20 thn lagi tua dari aku.. anak baru sorg, umur 6 thn.. lepas berapa belas tahun kawin baru dpt anak.. aku dgr cite, haritu sehari sebelum dia abis cuti, anak dia demam sbb tau dia nak balik..tak nak mkn sbb bapa dia nak kene balik PNG dah.. sorg lagi mmber aku baru, umur dalam awal 30an, anak 2 org, kecik2 lagi.. sorg tu baru berapa bulan.. balik cuti 2 mggu, pastu nak kene tggl bini dgn anak kecik.. mmg aku rasa org2 mcm ni mmg patut dorg sangat terkesan dapat cuti yg singkat tu.. mcm aku ni..  rilek2 sajaa.. hehe

okeh, sambung cite pasal perjalan pulang.. takde apa yg nak d ceritakan sngt sbnrnya.. cuma nak kongsi sikit gambar2 sepanjang perjalan pulang.


view dari atas katil. baring2 sambil tgk tv. beg dah ready, tggu driver dtg ketuk pintu bilik je.


boarding room at Jackson's airport, Port Moresby. tggu nak naik flight. lepak dgn safety manager salah satu subcon kitaorg, org  singapore. sempoi brader ni.. 
p/s: bro singaporian ni dok sebelah aku, bkn org yg baju hijau tu.. ni pemandangan depan kitaorg.

air niugini from POM - Changi. on d way berjalan nak naik flight.

6 jam dlm flight. tido, bangun, tido balik, bangun balik, tak sampai2 lagi.. org masuk toilet, aku pn nak masuk toilet jgk.

leaving changi airport, heading to klia

good morning malaysia. overnight at klia. next destination.. KB.




sampai!






Wednesday, February 15, 2012

dup dap dup dap..

berdebar2.. sejuk tangan..

apsal lak saspen lebih nih?!!..

rilek sangkut, rileks..

huh!

Tuesday, February 14, 2012

sabar itu sebahagian drpd iman..

dah hampir 5 bulan rasanya.

tak sabar2 nak bertemu.

tiap mlm termimpi2.

bagaimana agaknya kedaan nya?.

Sunday, February 12, 2012

penangan

gile la.. 5 bulan punye penangan.

2 malam berturut2 mimpi.

huh..

Sunday, February 5, 2012

facebooknya, statusnya dan maksudnya

hanya sang bulan setia menemani ku



"tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu", maksudnya.. menderma dgn ikhlas.  ??

tapi pada hemah peribadi saya, ungkapan itu lebih dari sekadar menderma. apa2 sja kebajikan yg kita lakukan hendaklah d lakukan dgn ikhlas. tak mengharapkan balasan, apatah lagi mengharapkan respon dari org lain. jauh sekali mengharapkan pujian, yg mana boleh menumbulkan perasaan riak dalam diri. 

bagaimana utk melakukan kebajikan dgn ikhlas?. berbalik kepada ungkapan d atas. 

maka itu, tak perlulah wujud status fb berbaur seperti ini:


status 1:
"tenang hati selepas solat. alhamdulillah yg Allah krna mmbri peluang utk sujud kdpmu"

status 2:
"Malam ni I rasa I nak stay up late sebab nak buat solat tahajjud. I nak panjatkan doa agar hidup I semakin diberkati Allah. Lepas solat tahajud, I plan nak buat solat taubat. I harap Allah ampunkan dosa dosa I. Lepas solat taubat pulak nanti i nak google apa jenis solat waktu malam lagi. Pendek kata malam ni i nak solat dan beribadat sahajalah."


kalau mcm ni ini bukan setakat tgn kiri tau, org kat Uganda pun boleh tau (bagi mereka yg ada fb).


status 1: memang benar2 wujud, dan aku pun tak tau mcm mna budak ni boleh ada dlm friend list saya? saya pn tak kenal dia. rasanya dia pun tak kenal saya.

status 2: tak pasti akan kewujudan status ini. copy paste drpd org pnye blog. mungkin drpd status rakan tuan empunya blog.


mungkin anda berniat baik, utk mngajak rakan2 lain melakukan ibadat. tp tak perlulah bg tau anda sudah, akan, ataupun sedang beribadat. percayalah jika ada org yg like atau komen, maka akan hilanglah "ikhlas" itu, bertukar kepada "riak".

meskipun ada sesetengah org boleh menerima status fb sebegini, siap boleh like, komen2 lagi.. tetapi bagi saya.. perasaan bercampar baur ketika membacanya. terasa geli bercampur loya ketika membacanya.


maka sahabat2 sekalian, silalah jgn mengepost status anda seolah2 memuji diri sendiri. eh eh silap2, bkn memuji diri sendiri, tp status yg.. emm... berbaur sedemikian (harap anda faham apa yg cuba saya maksudkan). jika tidak, maka penat lah saya, memaki anda 3 hari 3 malam tanpa henti2.



~~~


semalam terbaca dalam blog seorg sahabat, catatannya ringkas, tapi penuh bermakna. amat terkesan ketika membacanya:

"Hidup di dunia umpama tidur, apabila mati baru benar-benar terjaga." pesan ibu. 


huh! ..menusuk kalbu!