Sunday, August 19, 2012

Hari Raya di Perantauan

ini pengalam pertama berhari raya (aidilfitri) jauh dari keluarga. ini jugak pengalamn pertama sambut raya di perantauan, di negara yang islam adalah minoriti. muengharap tahun2 mendatang lebih bnyk pengalam baru yg lebih menatik dapat ditempa.

pagi tadi dalam pkul 6.10 sampai, tinggal lagi 2 saf je nak penuh dah masjid yg kecik tu.. takbir raya pun lain lagu dia. takde la plk mendayu2 mcm kat tmpt kita (takde plk rasa sedih). kat sini ada satu subcon dari pada arab (Lebanon), jd dorg lah yg lead.. muslim yg lain2 plk kebanyakanya org bangla, india, indon.. rasanya dari Malaysia aku sorg je.. sbb sorg lagi (bos aku) balik cuti. pukul 6.40 stat dah solat raya. selesai semua (lps kutbah) dalam pukul 7.

keluar mesjid, rupa2 ramai lagi yg smyg kat luar.. sikit lagi nak sampai kat jalan raya.. selalu smyg jumaat pn tak ramai mcm ni rasanya. jumpa mmber2, semua salam2.. salam2 dan perpeluk2kan.. haha..ini satu pengalam baru, biasanya kat kg setakt salam2 je, paling2 pun cium tangan (org yg lebih tua).. ini ntah bangla2 man semua nak peluk2.. haritu bos aku dah pesan, nasib la kalu dapat yg berpeluh ketiak!.. haha

kesimpulannya, aku takde la rasa sedih pun.. dulu dgr org cerita, mcm mna rock pn ko, kalau dgr takbir mesti nek menitis jgk air mata (bagi perantau).. aku rasa maybe sbb aku belum berfamily.. kalau ada anak bini maybe la sedih jgk kot(?) teringat dorg beraya tanpa ketua keluarga dorg.. atau maybe sbb aku ni seorg manusia tanpa perasaan (suatu ketika dulu aku pernah d label manusia tanpa perasaan oleh mmber)??



Eid Mubarak!