Sunday, October 27, 2013

hilang entah ke mana

semalam idea mencurah2 macam air hujan (shower) nak post, sampai je time dok depan pc.. semuanya hilang entah kemana.. huh

 

Sunday, July 21, 2013

Pengalaman Ramadan

Sepanjang hidup aku yg menghampiri 3 series ni, ada beberapa perkara / peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan yang sampai hari ni aku masih ingat.

*****

1st puasa.
Kalau tahap ingatan aku masih betul, aku rasa aku mula puasa penuh (penuh satu hari, bukan satu bulan) masa aku kat tadika kemas. Aku ingat masa nak pegi tadika, mak aku bagi bekal kek letak dalam beg aku. Dia cakap, “ni ada kek, kalo tak tahan makan la kek ni”. Tapi aku tak makan pun. Balik rumah pun aku tak makan sampai waktu berbuka. Itu yg aku ingat peristiwa 1 puasa penuh aku. Hari2 biasa cuma puasa separuh hari je, tapi hari tu aku puasa cukup satu hari. Sebab tu sampai hari ni kalau aku tgk ada org dah tua bangke pun tak reti nak puasa, tak tahan lapar, aku rasa mcm "engko ni dgn budak tadika pn kalah". 1990.

*****

Aku kaya.
Suatu malam masa solat terawikh kat masjd negeri sabah, mcm biasa lepas habis solat semua Jemaah akan saling bersalam salaman antara satu sama lain, tak kira kenal ke tidak. Tiba-tiba sorang pakcik ni time salam dia picit-tangan aku. Mula-mula aku ingat pakcik ni aku kenal, tapi lepas aku perati muka dia baik-baik, tak kenal pun. Aku pun senyum sengeh kerang busuk sambil tengok muka dia. Lepas dia lepas je tangan aku, dia cakap “suatu hari nanti ko akan jadi kayai”, dan terus berlalu pergi. Aku terkesima. Tersedar dari lamunan aku cuba cari pakcik tu, tapi tak nampak dah, tenggelam dek lautan manusia menuju keluar masjid. Esoknya aku cerita dekat mak pasal kejadian mlm tu. Sambil jemur kain (ke angkat kain??) mak pun cerita, masa dia kecik dulu ada jugak cerita lebih kurang mcm ni. Sorg nenek bagi tau kat sorang budak, “ko akan jadi kaya”. Budak ni pun gembira tak terkira, terus berlari ke rumah, menuju ke bilik, diambil tabung dan dipecahkan tabung tu. Abis tuit tabung tu dibelanja. Maka betul lah apa yg nenek tadi tu bagi tau, budak tu telah pun jadi kaya dgn duit tabungnya itu. p/s: masa ni aku baru je tggl kat sabah, maybe apa yg pakcik tu cakap lain, aku dgr lain. tak berapa fasih lagi slang sabah. 1998.

*****

Ramadan sedih.
Sebelum ni ayah selalu smart kalo pegi masjid. Pegi smyg kat masjid mesti ada baju khas, tak pakai baju ni utk hari2 biasa. Kalo smyg terawih mesti 20rakaat sampai habis. Tapi bulan ramadan kali ni, ayah p smyg pakai baju kemeja dgn sluar slack (baju kerja) je. Smyg pun setakat 8 rakkaat je. Satu hari ternampak ayah dari jauh, terasa sedih pulak. Aku dgn baju melayu, kain pelikat tgk ayah dok smyg witir lepas 8 rakaat terawih. Lepas tu ayah terus blah.. tiba-tiba terasa sebak, sbb aku tau ayah terkejar-kejar, nak jaga mak kat hospital. Tahun ni kitaorg beraya kat hospital. 2001.

*****

Masjid ke masjid
Entah kenapa tiba-tiba tahun ni aku semangat betul nak pergi terawih. Tahun lepas rasanya aku pergi terawih 2@3 kali je kot? Mungkin tiba-tiba timbul kesedaran dalam diri (sbb dah tua). Tahun ni je, 9 hari puasa dah 9 masjid/surau aku p terawih kat sekitar sg.petani ni. ada masjid BN, ada masjid Pas, ada yg baca laju, ada yg baca pelahan, ada yg buat 4rakaat+ceramah+4rakaat, ada yg buat witir 3 rakaat 1 salam, ada yg imam terawih budak je lagi (budak tahfiz rasanya) & macam-macam lagi. Bulan puasa ni jgk aku resign keje lama aku sbb aku dpt offer nak pergi Papua New Guinea. Jadi lagi 2nd half Ramadan tahun ni aku smyg masjid/surau kat kg je. Haa! Baru aku ingat kenepa aku semangat nak terawih. Sbb aku terpkir mgkn tahun2 depan aku tak berpeluang utk solat terawih lagi. Betul la orang cakap, kita akan menghargai sesuatu itu apabila kita kehilangannya.2011.

*****

PS2 & TV

Tahun ni aku dapat housemate baru. Actually dia ni kosmate aku time study dulu jgk, Cuma dulu dia dok kat site, skrg dia dah balik opis,  jadi dia tggl dgn aku la. Jadi takde la baru berkenalan. Masa ni aku bujang lagi (eh, skrg pn bujang lagi) dok rumah sewa sorg2 je (sblum dia masuk). Disebabkan kitaorg masing2 bujang, maka makan utk berbuka bukanlah masalah. Org lelaki (terutamanya bujang) tak cerewet sngt bab makan2 ni. Hampir setiap hari kitaorg buka puasa kat masjid berdekatan dgn rumah. Dan hampir setiap hari jugak kitaorg berterawih kat masjid tu. Disebabkan bulan puasa adalah bulan tak banyak aktiviti yg boleh dilakukan, maka housemate aku ni rasa boring kat ruamh, sehinggalah dia mengcadangkan kitarg kongsi beli ps2. Zaman ni ps2 dah murah dah, RM300 dah boleh dapat dah +10cd. Jadi kitaorg tong-tong RM150 sorg. Sampai rumah dah tak sabar nak main, sekalinya tak boleh. Sbb tv kitaorg (tv mmber aku) tv lama. Takde port AV. Disebabkan tak boleh blah dgn situasi tu, esoknya kitaorg tong2 pulak beli tv. harga pun lebih kurang RM300 jgk rasanya, tv besar gedabak. Seksa nak mengagkut pegi tingkat 3. Maka semenjak hari tu kitaorg pegi masjid utk buka puasa dgn solat magrib je. lps tu dok rumah main ps2 je kejenye. 2008.

*****




Sunday, May 12, 2013

Sakit

Suatu hari pada tahun 2001, entah mcm mna tiba-tiba aku jatuh sakit. Masa tu aku tggl kat asrama kat Labuan. Tak silap aku masa tu tengah sebok-sibuk pemilihan rugby wakil sekolah. Aku sempat join 2 3 kali je kalo tidak mesti aku boleh ikut budak2 lain pegi semenanjung!. Lepas pegi klinik pun badan aku masih lemah. 2 3 hari aku tak pergi sekolah. Badan makin mengurus, mata merah, kulit pun semacam ada bintik-bintik merah. Mula-mula aku ingat demam biasa je, tapi lepas 2 3 hari takde apa-apa perubahan, malah tahap kesihat aku rasakan makin merosot, aku rasakan ini sesuatu yang lebih teruk dari demam biasa.

Masa ni jugak la 1st time mmber aku memperkenalkan aku dengan susu. Dia dtg melawat aku kat dorm, pastu bagi aku air kotak susu dutchlady dgn biskut jacob. Dia cakap kalau dia demam mak dia bagi dia minum susu, utk bagi tenaga sebab tak lalu makan. Sebelum-sebelum tu memang aku tak suka minum susu, tapi sekarang hari-hari minum susu. Terima kasih sahabat.

Last-last cikgu suruh bagi aku balik. Nasib baik aku ada duit lebih, dan aku ada MAS student card. Boleh dapat diskaun ckit, tak sampai RM 50 harga tiket LBU-KBI (harga zaman tu). Tapi time tu badan aku lemah sangat sangat. Dalam fikiran aku nak sampai rumah secepat mungkin. Tapi, sampai airport, cek-cek flight full. Org kaunter checkin suruh aku tggu, waiting list. Kalau ada kosong baru la aku boleh balik. Aku duduk sambil tunggu kat kerusi kat apot tu menunduk je kepala, tongkat kepala kat kerusi depan. Nak angkat kepala, nak duduk tegak pun tak larat. Sekali ada kosong. Nasib baik.

Sampai je rumah, aku tgk mak aku rilek je. Mcm tak risau pun aku ni sakit teruk ke, apa ke. Mak aku masak air barli, suruh aku minum. dia cakap panas dalam ni kot. Pastu macam biasa buat nasi air, walaupun aku tak berapa suka sangat nasi air mcm abg dgn ayah aku. Esoknya terus aku rasa badan aku segar. Hairan bin ajaib!

Aku rasa, sebenarnya aku sakit sebab lama tak balik tgk mak kot?.

Selamat Hari Ibu.

Sunday, April 28, 2013

undi selamat dunia akhirat

dulu-dulu org pas cakap, kalau undi pas masuk syurga. undi umno/bn haram.

baru-baru ni bn/umno pulak cakap haram undi pas.

jadi, apa yg patut kita pangkah kalau 2 2 pun saling haram mengharamkan.

setelah lama berfikir dalam bilik termenung, akhirnya aku mendapat ilham. untuk selamat, tak berdosa dan boleh masuk syurga.

disebabkan kita akan mengundi parlimen dan dun. jadi satu ko pangkah bn, satu lagi ko pangkah pas. maka dgn ini ko akan selamat dunia akhirat. haha

selamat mengundi!!

p/s: aku baru balik mengundi kat malaysian high commission. undi anda (dan aku) rahsia.. hehehe


Monday, April 15, 2013

makan malam

Dekat site aku ni ada lebih kurang 10,000 manusia tggl kat sini. Dalam lebih kurang 10,000 manusia ni, ada lebih kurang 30 je warga Malaysia. Dalam lebih kurang 30 warga Malaysia ni, cuma 2 orang (bos aku & aku) je yg dapat jemputan makan malam anjuran kedutaan Malaysia di Papua New Guinea ni. Aku pun hairan jugak kenapa aku boleh terpilih untuk di jemput ke majlis makan-makan ni. Rasa macam org penting pulak. haha.
Aku rasa sebenarnya sebab bos aku ni rajin kontek orang kedutaan ni. Masa aku mula-mula sampai sini dulu pun dia bawak aku pegi sana, hantar borang, daftar kat kedutaan ni. Lepas tu jumpa la staf-staf (Malaysian (2 org je pun)) kat sana, sembang-sembang sambil minum kopi.  

Berbalik kepada acara makan-makan malam tu, sambil makan-makan, ada 6 org panel yg bagi ucapan. Diaorang cerita pengalaman  tinggal kat PNG ni. Panel pertama tinggal kat sini dah 30 tahun (kot? aku lupa dah, yg aku ingat anak pompuan dia yg bagi ucapan, wakil kat mak yang dia takde kat sini). Yang ke 2, 25 tahun  kot? Yang ketiga 20 tahun kot? Panel yang ke 4, 15 tahun dah dok kat sini. Brader ni aku aku ingat sbb dia dok satu meja dgn aku. Lagi 2 orang panel lepas tu aku tak tau, sebab aku dah balik. Takde pasal aku nak dok sana lama-lama dengar cerita korang, kami punya tujuan nak pegi makan free je.. hehe


walaupun ejaan nama aku salah... boleh laa.. huhu


Datin Seri Blanche Olbery = Duta Malaysia ke Papua New Guinea & Solomon Island
dalam atur acara ucapan dia 5 minit je, tapi dia p bantai sampai setengah jam.. saya lapar mak datin oii.. hehe..  


dapat la cendera hati.. kelender



Satu bende je yang aku tak paham. Majlis anjuran, jabatan kerajaan Malaysia, para jemputan pun semua rakyat Malaysia, tempat pun kat restoran org Malaysia, panel jemputan pun org Malaysia.. tapi kenapa nak jugak barbahasa orang putih? kata Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan... duta jepun yang dok kat KL tu pun berbahasa melayu kalau berucap dalam majlis rasmi anjuraan kerajaan Malaysia..



Sunday, April 7, 2013

pening kepala

terlampau banyak sangat cakap-cakap politik,

maki memaki, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah,

semuanya semakin berleluasa di sana sini, di mana mana,

pening kepala..

Saturday, March 23, 2013

remaja

"zaman remaja merupakan zaman kecelaruan identiti"

merujuk kepada ayat diatas, maka terbuktilah ianya benar.~sambil membelek-belek gambar-gambar lama.

oh bertapa bercelarunya identiti aku suatu ketika dahulu.. 



********


pertambahan umur membuatkan kita merenung kembali apa yang telah kita peroleh sepanjang tahun-tahun yang lepas. Sambil merencana untuk menempuhi masa hadapan, jangan lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Nya selama ini.



p/s: akukah yang tidak remaja lagi?

Saturday, January 26, 2013

Argo-go??

memula tgk cerita ni (Argo), aku tertido. Sbb slow sngt. dvd yg mmber aku bg tu gambar dia clear, tapi dia punye subtitle ntah apa2 yg la. lain yg org ckp, lain yg dia tulis. tukar subtitle bahasa melayu, lagi la jahanam. p/s: kalo tgk dvd cite omputih, aku suka on subtitle bahasa omputih. al maklumlah, aku tak berapa pandai sngt cakap omputih. maybe itu pun antara penyebab aku terlelap masa awal2 cerita ni-sbb subtitle mengarut2.

malam esok aku sambung tgk cite agro. cerita ni pasal 6 org amareka terkandas kat Iran. time to org iran mmg anti gile kat org amerika. kalau jumpe konfem2 dorg kene bunuh. jadi ada lah misi utk menyelamatkan 6 org ni. d pendek kan cerita, seperti yg aku jangkakan, 6 org amerike ni berjaya keluar dari iran dgn selamat.

walau pun aku dah boleh agak mesti dorg selamat, tapi aku tetap jgk berdebar2 & saspen sepanjang tgk cerita ni. aku rasa perasaan berdebar2 ni sbb aku mcm boleh terasa perasaan 6 org tu. duduk kat negara asing yg keadaan sekeliling huru hara, jauh dari family. huh.. disebabkan aku tertarik dgn cerita ni aku pun google la nak tgk samada cerita ni kisah betul ke (base on true story)? apasal aku tak pernah dgr pun tajuk cerita ni, cita baru ke ni?.. 2 3 mggu lps tu cerita ni menang award kat golden globe award. oh..

beberapa hari lepas tu..

tengah aku dgn bos aku having dinner, tiba2 ada mmber kitaorg dtg bg tau, ada org mati kat bilik. sakit jantung. dgr cerita org call dia tak angkat phone, pastu dorg decide pecah pintu bilik dia. tgk2 dah keras kat atas katil. si mati merupakan warganegara philippin, berumur 46 (kalau tak silap). dgr cite lagi, mlm sbelum kejadian dia ada call bini dia bg tau sakit dada. abg dia pn ada keje kat sini jgk, tapi abg dia pn tak tau kat mana bilik dia - punya la tak rapat dorg adik beradik ni.
p/s: abg dia dulu kerja position aku skrg ni. tp sbb ada kes, dia kene pindah dept lain, and aku skrg berada disini.

beberapa hari lepas tu pulak..

kecoh pasal gas plan kat algeria kene hijack dgn terrorrist. aku tgk gambar dalam paper site kat algeria tu mcm kat site aku ni je. ini yg mmbuatkan aku lagi interested nak follow cerita ni. mula2 dorg cakap ada 2 org malaysia kat sana.. 2 3 hari lps tu konfom yg 5 org malaysia ada kat sana, 3 org dah berjaya d kesan lagi 2 org masih hilang. lps tu konform sorg tu dah meninggal, sorg masih hilang. semalam aku baru tau rupa2nya yg hilang tu adik sorg brader kat sini. brader ni client kitaorg (Exxon), dorg ckp skrg dia dah balik sbb kes adik dia hilang tu.

pagi tadi aku jumpa mmber kat pantry time buat air, sembang2 dgn dia pasal kes kat algeria tu, sbb dia dulu pernah kerja algeria sebelum dtg sini. lps tu dia bg tau dah konfem dah. dah jumpa da adik brader tu. konfem meninggal. aku bukak paper online takde pn lagi update pasal cerita ni.


huh..



Tuesday, January 1, 2013

2013

hari ni, 2013, dah masuk tahun ke tiga aku kat Papua New Guinea (PNG). tapi mengikut perkiraan jumlah jangka masa aku kat sini.. baru setahun, 3 bulan, 15 hari +-.

sepanjang setahun lebih aku kat sini apa yg aku boleh gambarkan tentang org2 kat sini, majoritinya berkulit sawo matang yg terlebih matang nya. nak kata hitam, takde la hitam mcm negro or afrika tu. tapik kalernya agak sedikit hangus jika dibandingkan degan orang melayu kita. susuk tubuh badan diaorag pulak besar. kerangka badan diaorang lebar. dan hidung pun lebar jgk. rambut kerinting. memang susah nak jumpa yg rambut lurus. lagi satu, tabiat dorg adalah suka makan penang. kat sini dorg panggil 'betel nut'. disebabkn tabiat dorg yg suka kunyah betel nut ni, jadi gigi dorg kaler merah. lagi satu keburukan kunyah betel nut ni, dorg suka ludah merata2, dan bekas ludah tu akan meninggalkan kesan warna merah. kalau pergi town, dekat traffic light, tgk kat atas jalan penuh warna merah2 kesan ludah. hampir kat mana2 korang akan jumpa kesan kaler merah ni. lagi satu, jumpa org jalan kaki ayam tu adalah normal. kadang2 tu pakai selipar sebelah je. tapi bkn lah majoriti yg berkaki ayam, kalau nak buat statistik maybe dalam sepuluh org tu ada 1 atau 2 org yang berkaki ayam.

okeh, berbalik kepada tahun baru 2013. tahun baru ni adalah tahun baru yangg kedua aku sambut kat PNG. tahun 2011, aku sambut kat Kedah. mlm new year tu semua mmber housemate aku keluar. ntah dorg pergi celebrate kat mana? aku sesorg dok kat rumah tgk tv. tahun 2010, rasanya aku kat kl kot. tahun2 sebelum tu entah la tak ingat sudah. tapi aku mmg tak reti nak sambut sngt tahun baru ni. dulu2 biasanya pn tgk bunga api dari rumah je. tgk tv. itu je la aktiviti d mlm new year.

kalau bercerita pasal new year, pasti tak akn terlepas dgn cerita pasal azam. dan sejujurnya, aku tak pernah berazam setiap kali masuk tahun baru. semua org akan ada azam masing2. pada aku, aku cuma nampak tahun baru adalah sama jugak mcm hari2 biasa. mcm ko memasuki hari esok dari pada hari ini. yang berubah hanyalah tarikh. Jadi, jgn lah jadi mcm aku, sambut lah tahun baru dgn azam baru.

okeh, cukuplah sampai disini aku mengarut. cukup sampai disini untuk karangan pertama tahun 2013 ni. tiba2 aku rasa tahun 2013 ni aku rasa mcm lain sikit. sambutan tahun baru kali ni walau pn mcm kebiasaannya, aku keseorangan. secara fizikalnya aku berseorangan, tapi sebenarnya pertukaran tahun 2012 ke 2013 aku tidak berseorangan. ada  jgk org yg sudi meneman, mendengar aku mengarut. terima kasih kerasa sudi melayan. semoga nnt kita boleh bertemu..physically.