Sunday, December 16, 2012

cinta monyet


punya la payah aku nak mengayat.. hampir 2 tahun aku try.. langsung tak kene layan.. sikit pun tak ada tanda2 apa2 respon yg boleh d banggakan.. aku pun dah mula tak memberi kan harapan sangat.. lagi pun SPM dah dekat.. tumpuan lebih terarah kepada SPM..

last day sekolah, tiba2 si sincan (budak junior) dtg kat aku.. bagi satu bungkusan.. kata sincan "*** bagi. dia pesan jgn bukak selagi belum balik rumah. lagi dia pesan jgn bg tau org lain yg dia bagi ni". terkesima kejap aku. perasaan berbunga2 + terkejut + tension.

nak tunggu balik rumah baru boleh bukak?.. nak tunggu berapa minggu lagi tu??.. dalam 2 3 minggu lagi baru SPM abis (aku dok asrama). baru boleh nak tgk apa benda ni?.. ahh!! tensen2.. namun, aku adalah typical lelaki, jadi aku bukak jugak tgk apa kebendanya tu.. hehe

ada kain kaler krim, ada surat, ada kaset (zaman dulu cuma walkmen, tiada mp3 mahupun mp4).. aku bukak surat tu, lebih kurang mcm ni bunyinya.. "kain tu mak yg pilih. dia cakap....(lupa dah). rasanya nak buat baju melayu tahun ni tak sempat, jadi buat tahun dpn je la ye. kaset ni ada lagu2 yg saya suka dgr. kalau awk bosan2 dgr la lagu2 ni ye".. lebih kurang mcm tu la bunyinye.. kot?.. haha..wah, hebat betul aku ni, belum apa2 lagi mak dia pun dah sapot support (jumpa pun tak pernah). cerah masa depan!. haha

tak ingat  dah hari ke berapa SPM, akhirnya aku buat keputusan nak call dia mlm tu. (zaman aku ambik SPM time tu bulan puasa). maka mlm tu lepas smyg terawih, lepas supper. aku pun menuju ke telefon awam kat bawah tangga aspura. dgn bebekalkan beberapa keping duit syiling 50sen & 20sen, dan dgn berdebar2nya aku pun mendail no rumah dia. aku pun tak berapa ingat dah apa yg aku cakap (maklum lah 10 thn lepas punya cerita). yg aku tau aku tak tau nak cakap apa. hantam la labu. haha.. 

tapi yg aku ingat, dia bg tau dia tgh tolong mak dia nak buat ketupat.. dan itu lah kali terakhir aku berhubung dgn dia. dan yg terbaru aku tgk dia dok masak kat dalam tv!.. haha 

last aku sembang dgn ko, ko tgh memasak. dan yg terkini aku dapat tau pasal ko pun pasal masak2 jgk. Haha!

Monday, December 3, 2012

December

huh.. pantas betul masa berlalu.. sepantas aku lari 100m..
sedar tak sedar dah masuk December.. sampai terlupa nak nyanyi national anthem of November, 'November Rain'.. when i look into your eyes, i can see a love restrained..


p/s: gambar takde kene mengena dgn tajuk mahupun isi kandungan karangan

Thursday, November 15, 2012

rindu ku pada mu..

sejak dua menjak berkawan dgn org2 luar ni, baru aku perasan yg malaysia ni sangat kool.. terutamanya kalau d bandingkan dgn jiran2 kita..

kool sbb malaysia ada 'KL'.. kalau filipin dorg ada manila, kalo indon dorg ada jakarta, kalo thai dorg ada bangkok, kalo singapore dorg ada ?? apa dorg ada aa??..

betapa tak kool nye capital city dorg.. nak sebut pn kena sebut nama penuh, terasa mcm skema la plk.. hehe

oh.. betapa rindu ku pada mu.. tanah air ku..

proud to be Malaysian.

Sunday, October 14, 2012

flashback

pada suatu hari, dengan penuh berhati2 dan berdebar2 aku masuk ke sebuah kedai telefon di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota..
sedang otak aku terfikir2 menyusun ayat utk berkomunikasa dgn awek jurujual, tiba2 mamat seblah aku dgn fluent-nya speking dgn awek tersebut.. aku pandang mamat tu kiri kanan, lebar lebuh kurang 2x aku.. tgk atas bawah.. muka mcm dah dekat 40an dah.. kaki ayam!!??

oh, setahun lebih dah aku kat sini.. cepat sungguh masa berlalu..



p/s: base on true story, 1st time keluar ke Port Moresby.

Wednesday, September 19, 2012

lintasan binang

cuma lintasan bintang
cuma lintasan bintang
cuma lintasan bintang
...

Sunday, August 19, 2012

Hari Raya di Perantauan

ini pengalam pertama berhari raya (aidilfitri) jauh dari keluarga. ini jugak pengalamn pertama sambut raya di perantauan, di negara yang islam adalah minoriti. muengharap tahun2 mendatang lebih bnyk pengalam baru yg lebih menatik dapat ditempa.

pagi tadi dalam pkul 6.10 sampai, tinggal lagi 2 saf je nak penuh dah masjid yg kecik tu.. takbir raya pun lain lagu dia. takde la plk mendayu2 mcm kat tmpt kita (takde plk rasa sedih). kat sini ada satu subcon dari pada arab (Lebanon), jd dorg lah yg lead.. muslim yg lain2 plk kebanyakanya org bangla, india, indon.. rasanya dari Malaysia aku sorg je.. sbb sorg lagi (bos aku) balik cuti. pukul 6.40 stat dah solat raya. selesai semua (lps kutbah) dalam pukul 7.

keluar mesjid, rupa2 ramai lagi yg smyg kat luar.. sikit lagi nak sampai kat jalan raya.. selalu smyg jumaat pn tak ramai mcm ni rasanya. jumpa mmber2, semua salam2.. salam2 dan perpeluk2kan.. haha..ini satu pengalam baru, biasanya kat kg setakt salam2 je, paling2 pun cium tangan (org yg lebih tua).. ini ntah bangla2 man semua nak peluk2.. haritu bos aku dah pesan, nasib la kalu dapat yg berpeluh ketiak!.. haha

kesimpulannya, aku takde la rasa sedih pun.. dulu dgr org cerita, mcm mna rock pn ko, kalau dgr takbir mesti nek menitis jgk air mata (bagi perantau).. aku rasa maybe sbb aku belum berfamily.. kalau ada anak bini maybe la sedih jgk kot(?) teringat dorg beraya tanpa ketua keluarga dorg.. atau maybe sbb aku ni seorg manusia tanpa perasaan (suatu ketika dulu aku pernah d label manusia tanpa perasaan oleh mmber)??



Eid Mubarak!

Sunday, June 17, 2012

selamat hari bapa

masa aku umur 5 tahun dulu, time tinggal kat mersing. kali pertama aku menjejakkan kaki ke alam persekolahhan. aku masuk sekolah tadika kemas, taman guru, kg. air merah, mersing, johor.

adalam pemerharian aku, aku tgk bapak budak2 lain hampir semuanya perut besar2 belaka. aku tgk bapak aku.. konfom bapak aku paling hensem.

sangat bersyukur kerana ayah aku bukan setakat hensem, malah seorg yg hebat.

kehebatannya membuatkan aku meletakkan ayah aku sebagai idola aku. cita2 aku hendak menjadi hebat seperti ayah. menjadi bos yg ada bilik sendiri nnt.

selamat hari bapa.