Tahun ni merupakan tahun ketiga berturut-turut aku tak balik kampung, juga tahun ketiga berturut-turut beraya kat PNG.
Tapi tahun ni lain sikit, sebab orang muslim yg tinggal kat site cuma beberapa kerat je. Company aku keje bi cuma tinggal 6 org je (5 pak indon + aku).
Entah kenapa raya tahun ni aku rasa agak emosi sikit. Takde la emosi sampai nangis time dengar takbir pagi raya, tapi mcm baru kali ni aku terasa berapa beruntungnya orang-orang yang dapat berada di samping keluarga & orang tersayang di pagi hari raya ni. Mungkin sebab awal tahun haritu aku dah nawaitu nak beraya kat kampung, tapi tak jadi plk.. ataupun mungkin raya kali ni semua ahli keluarga ada (termasuk abg, kakak ipar & 1st cucu for my parent), kecuali aku.
Disebabkan cuma tinggal kami 6 orang je, kami pun bercadang kali nak p solat aidilfitri kat masjid, kat Port Moresby (POM). Kat POM ni cuma ada 1 bijik je masjid. Kalau tak silap masjid ni pun terbina hasil daripada sumbangan kerajaan Arab Saudi & kerajaan Malaysia. Sungguh beruntung siapa la yg mengusahakan sehingga terbinanya masjid ni. 2 tahun lepas kitaorang sembahyang raya kat dalam site je. Ada masjid (blok office) yang didirikan oleh salah satu subcontractor kitaorg (dari middle east). lagi pulak ramai para muslimin kat site (arab, indon, bangla, india, pakistan, dll). Sekarang ni semua sudah demobilized, yang tinggal cuma beberapa kerat je.
Nasib baik construction manager kitaorg (org jepun) dia faham, dia bagi kitaorg halfday pegi POM utk sembahyang raya. Kebanyakan dorang ni pernah keje kat middle east, jadi dorg paham la pasal puasa & aidilfitri ni.
1st time p masjid ni. Tok imam org nigeria. Org local cuma ada beberapa org je. < 20 org kot?.. jemaah majoriti org org indon & bangla kot? Ada jugak mat salleh aku nampak dok saff depan aku. Org malaysia sikit je kot. Aku ada jgk la jumpa org embassy time lepas solat. Total jemaah pagi tu aku rasa tak sampai pun 500 org kot, separuh masjid je rasanya. Aku sembang dgn duta malaysia (entah apa nama dia) lps solat tu, dia ckp skrg ni dah ramai, time solat jumaat ada la dlm 5 saff. Dulu masa dia mula-mula sampai, solat jumaat cuma dalam 2 saff je. Bnyk orang bangla dia ckp, kerja-kerja kat sini.
lepas sembahyang raya tu, kat luar masjid ada kemah diaorang ada buat jamu makan2 sikit. Tak tau la apa yg dorang hidang tapi aku nampak ada bihun goreng. Aku cuma ambik air tin je pastu dok sembang2 dgn budak-budak indon.
Dalam pukul 9 lebih, kitaorang pun bergerak balik site. Lebih kurang pukul 10 macam tu sampai site. Tengah hari tu mmber aku call, ajak dtg bilik, diorang pak-pak indon masak opor ayam. Walaupn aku tak tau apa tu opor ayam, aku anggap itu salah satu hidangan pagi raya, setaraf mcm ketupa, lemang, rendang dll.. huh