Wednesday, February 19, 2014

Sydney
























Hujung bulan lepas aku cuti. Tapi sebelum balik kampung bercuti, aku mengada-ngada p singah Sydney. Konon-kononnya nak p melancong la. Nak jugak merasa perasaan bercuti kat tempat orang. Alang-alang aku dah kat Papua New Guinea, sebelah je dengan Australia ni. Bak kata org putih, now or never. Mungkin lepas ni kontrak aku tak akan di extend lagi. Lepas abis projek kat sini, balik kampung tanam anggur la dulu kot?.. huhu 

Pengalaman yang agak menarik jugak la. Satu pengalaman baru jalan-jalan sorang-sorang kat negara orang. Cuaca time aku pegi tu memang best, tak terlampau panas, tak terlampau sejuk. Orang-orang kat sana adalah sangat multicultural. Bukan setakat orang putih je, orang cina, india, arab.. pendek kata macam-macam wajah ko boleh jumpa. Tapi diaorang punya slang tetap standard orang aussie.

Aku pergi tanpa sebarang rancangan yang teliti. Aku just berjalan-jalan ke mana yang aku rasakan aku nak pergi. Aku sorang-sorang, jadi takde siapa yang boleh menghalang atau memaksa aku melainkan diri aku sendiri. Best, tapi kadang-kadang rasa jugak bosan. Aku pun cuma singgah je, bukannya pegi bercuti. 2 hari je untuk berjalan-jalan.

No comments:

Post a Comment