Sunday, February 5, 2012

facebooknya, statusnya dan maksudnya

hanya sang bulan setia menemani ku



"tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu", maksudnya.. menderma dgn ikhlas.  ??

tapi pada hemah peribadi saya, ungkapan itu lebih dari sekadar menderma. apa2 sja kebajikan yg kita lakukan hendaklah d lakukan dgn ikhlas. tak mengharapkan balasan, apatah lagi mengharapkan respon dari org lain. jauh sekali mengharapkan pujian, yg mana boleh menumbulkan perasaan riak dalam diri. 

bagaimana utk melakukan kebajikan dgn ikhlas?. berbalik kepada ungkapan d atas. 

maka itu, tak perlulah wujud status fb berbaur seperti ini:


status 1:
"tenang hati selepas solat. alhamdulillah yg Allah krna mmbri peluang utk sujud kdpmu"

status 2:
"Malam ni I rasa I nak stay up late sebab nak buat solat tahajjud. I nak panjatkan doa agar hidup I semakin diberkati Allah. Lepas solat tahajud, I plan nak buat solat taubat. I harap Allah ampunkan dosa dosa I. Lepas solat taubat pulak nanti i nak google apa jenis solat waktu malam lagi. Pendek kata malam ni i nak solat dan beribadat sahajalah."


kalau mcm ni ini bukan setakat tgn kiri tau, org kat Uganda pun boleh tau (bagi mereka yg ada fb).


status 1: memang benar2 wujud, dan aku pun tak tau mcm mna budak ni boleh ada dlm friend list saya? saya pn tak kenal dia. rasanya dia pun tak kenal saya.

status 2: tak pasti akan kewujudan status ini. copy paste drpd org pnye blog. mungkin drpd status rakan tuan empunya blog.


mungkin anda berniat baik, utk mngajak rakan2 lain melakukan ibadat. tp tak perlulah bg tau anda sudah, akan, ataupun sedang beribadat. percayalah jika ada org yg like atau komen, maka akan hilanglah "ikhlas" itu, bertukar kepada "riak".

meskipun ada sesetengah org boleh menerima status fb sebegini, siap boleh like, komen2 lagi.. tetapi bagi saya.. perasaan bercampar baur ketika membacanya. terasa geli bercampur loya ketika membacanya.


maka sahabat2 sekalian, silalah jgn mengepost status anda seolah2 memuji diri sendiri. eh eh silap2, bkn memuji diri sendiri, tp status yg.. emm... berbaur sedemikian (harap anda faham apa yg cuba saya maksudkan). jika tidak, maka penat lah saya, memaki anda 3 hari 3 malam tanpa henti2.



~~~


semalam terbaca dalam blog seorg sahabat, catatannya ringkas, tapi penuh bermakna. amat terkesan ketika membacanya:

"Hidup di dunia umpama tidur, apabila mati baru benar-benar terjaga." pesan ibu. 


huh! ..menusuk kalbu!

No comments:

Post a Comment