tiba2 henpon aku hang.. sesuai dgn nama tuannya, 'sangkut'.
tanpa membuang masa terus ku bukak cover belakang, cabut bateri, pasang balik. tekan butang on.
tapi tak ter'on' pn henfom mahal ku itu. almaklum lah, telefon mahal katakan, nak on pun problem. terpaksa ku keluarkan cable usb, lekatkan ke pc terus sambung kan ke henfon.. dalam 2 3 minit terbitlah gambar bateri berserta jalur2 meternya bergerak tanda bateri sedang d cas.. maka terus ku tekan butang on, maka ter'on' lah dia. setelah memasuk kan password yg sungguh mencabar minda, keluar lah gambar org sedang bersalam berserta lagu intronya, "tengtengteng.. tegn.. tengggg.."..
setelah keluar segala gambar2 interface yg sepatutnya, aku pn cuba menekan butang menu, namun dia masih hang lagi. katanya "use keyguard switchscreen or keys to unlock" sambil menunjuk gambar d mana letaknya keyguard itu, menganjing seolah2 aku ni tak tau kat mana. berkali2 ku gerakkan keyguard d bhgn tepi henpon ku, namun tetap tiada apa2 yg berlaku.. "hampeh!" aku menjerit dlm hati.
ku ulangi perbuatan di atas (cabut beteri pasang balik tggu 2 3 minit, on).. namun hasilnya tetap hampa..hampeh. setelah 3 kali tidak berjaya, ku ubah tektik ala2 jose morinho megubah tektik permainan chelsea suatu ketika dahulu. ku bukak bateri, biarkan dia dalam stngah jam, pastu pasang balik. tapi tetap sama. teknik morinho ku tak menjadi nmpknya.. ku bukak lagi bateri, kali ini ku biarkan henpon berbogel seginggalah hampir waktu balik, 6 pm waktu tempatan, bersamaan 4 ptg waktu malaysia.. namun masih tidak membuahkan hasil.
"huh, menyesal aku tak tukar henpon baru time balik cuti haritu". sememangnya aku berhajat membeli henpon baru time balik cuti haritu, setelah d racun oleh bos ku dgn iphone4 nye. kebetulan pulak henpon adik aku rosak, ingat nak bg dia je la hanpon aku ni. tp memandangkn dia pn dah beli henpon baru, dan aku pegi beli jam tgn, maka ku batalkn sja niat ku utk menukar henpon baru.
sampai ke bilik, aku pn sambung kabel charger kat henpon yg hang itu. terus ku ke toilet mengambil wuduk, waktu asar hampir sja habis. kalau time subuh org selalu gelar subuh gajah, tp time asar ni asar gajah jgk kot? selepas selamat menunaikan kewajipan sebagai seorg hamba kepada yg maha Esa, aku try skali lagi utk on henpon aku. tapi kali ni berbeza ckit. sebelum kutekan butang on, ku lafazkan "Bismillahhirrahmannirrahim"
sekali henfon berfungsi seperti biasa. elok je.
di mulakan dengan bismillah~..
ReplyDeletedi sudahi dengan alhamdulillah..
suda baca alhamdulillah??
hihihi
alhamdulillah.. nasib baik ada yg tlg ingatkan.. hah
ReplyDelete