hari ni, 2013, dah masuk tahun ke tiga aku kat Papua New Guinea (PNG). tapi mengikut perkiraan jumlah jangka masa aku kat sini.. baru setahun, 3 bulan, 15 hari +-.
sepanjang setahun lebih aku kat sini apa yg aku boleh gambarkan tentang org2 kat sini, majoritinya berkulit sawo matang yg terlebih matang nya. nak kata hitam, takde la hitam mcm negro or afrika tu. tapik kalernya agak sedikit hangus jika dibandingkan degan orang melayu kita. susuk tubuh badan diaorag pulak besar. kerangka badan diaorang lebar. dan hidung pun lebar jgk. rambut kerinting. memang susah nak jumpa yg rambut lurus. lagi satu, tabiat dorg adalah suka makan penang. kat sini dorg panggil 'betel nut'. disebabkn tabiat dorg yg suka kunyah betel nut ni, jadi gigi dorg kaler merah. lagi satu keburukan kunyah betel nut ni, dorg suka ludah merata2, dan bekas ludah tu akan meninggalkan kesan warna merah. kalau pergi town, dekat traffic light, tgk kat atas jalan penuh warna merah2 kesan ludah. hampir kat mana2 korang akan jumpa kesan kaler merah ni. lagi satu, jumpa org jalan kaki ayam tu adalah normal. kadang2 tu pakai selipar sebelah je. tapi bkn lah majoriti yg berkaki ayam, kalau nak buat statistik maybe dalam sepuluh org tu ada 1 atau 2 org yang berkaki ayam.
okeh, berbalik kepada tahun baru 2013. tahun baru ni adalah tahun baru yangg kedua aku sambut kat PNG. tahun 2011, aku sambut kat Kedah. mlm new year tu semua mmber housemate aku keluar. ntah dorg pergi celebrate kat mana? aku sesorg dok kat rumah tgk tv. tahun 2010, rasanya aku kat kl kot. tahun2 sebelum tu entah la tak ingat sudah. tapi aku mmg tak reti nak sambut sngt tahun baru ni. dulu2 biasanya pn tgk bunga api dari rumah je. tgk tv. itu je la aktiviti d mlm new year.
kalau bercerita pasal new year, pasti tak akn terlepas dgn cerita pasal azam. dan sejujurnya, aku tak pernah berazam setiap kali masuk tahun baru. semua org akan ada azam masing2. pada aku, aku cuma nampak tahun baru adalah sama jugak mcm hari2 biasa. mcm ko memasuki hari esok dari pada hari ini. yang berubah hanyalah tarikh. Jadi, jgn lah jadi mcm aku, sambut lah tahun baru dgn azam baru.
okeh, cukuplah sampai disini aku mengarut. cukup sampai disini untuk karangan pertama tahun 2013 ni. tiba2 aku rasa tahun 2013 ni aku rasa mcm lain sikit. sambutan tahun baru kali ni walau pn mcm kebiasaannya, aku keseorangan. secara fizikalnya aku berseorangan, tapi sebenarnya pertukaran tahun 2012 ke 2013 aku tidak berseorangan. ada jgk org yg sudi meneman, mendengar aku mengarut. terima kasih kerasa sudi melayan. semoga nnt kita boleh bertemu..physically.
No comments:
Post a Comment