Sepanjang hidup aku yg menghampiri 3 series ni, ada beberapa
perkara / peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan yang sampai hari ni aku
masih ingat.
*****
1st puasa.
Kalau tahap ingatan aku masih betul, aku rasa aku mula puasa
penuh (penuh satu hari, bukan satu bulan) masa aku kat tadika kemas. Aku ingat
masa nak pegi tadika, mak aku bagi bekal kek letak dalam beg aku. Dia cakap,
“ni ada kek, kalo tak tahan makan la kek ni”. Tapi aku tak makan pun. Balik
rumah pun aku tak makan sampai waktu berbuka. Itu yg aku ingat peristiwa 1
puasa penuh aku. Hari2 biasa cuma puasa separuh hari je, tapi hari tu aku puasa
cukup satu hari. Sebab tu sampai hari ni kalau aku tgk ada org dah tua bangke
pun tak reti nak puasa, tak tahan lapar, aku rasa mcm "engko ni dgn budak tadika pn kalah". 1990.
*****
Aku kaya.
Suatu malam masa solat terawikh kat masjd negeri sabah, mcm
biasa lepas habis solat semua Jemaah akan saling bersalam salaman antara satu
sama lain, tak kira kenal ke tidak. Tiba-tiba sorang pakcik ni time salam dia
picit-tangan aku. Mula-mula aku ingat pakcik ni aku kenal, tapi lepas aku perati muka dia baik-baik, tak
kenal pun. Aku pun senyum sengeh kerang busuk sambil tengok muka dia. Lepas dia
lepas je tangan aku, dia cakap “suatu hari nanti ko akan jadi kayai”, dan terus berlalu pergi.
Aku terkesima. Tersedar dari lamunan aku cuba cari pakcik tu, tapi tak nampak
dah, tenggelam dek lautan manusia menuju keluar masjid. Esoknya aku cerita
dekat mak pasal kejadian mlm tu. Sambil jemur kain (ke angkat kain??) mak pun cerita, masa dia
kecik dulu ada jugak cerita lebih kurang mcm ni. Sorg nenek bagi tau kat sorang
budak, “ko akan jadi kaya”. Budak ni pun gembira tak terkira, terus berlari ke
rumah, menuju ke bilik, diambil tabung dan dipecahkan tabung tu. Abis tuit
tabung tu dibelanja. Maka betul lah apa yg nenek tadi tu bagi tau, budak tu
telah pun jadi kaya dgn duit tabungnya itu. p/s: masa ni aku baru je tggl kat sabah, maybe apa yg pakcik tu cakap lain, aku dgr lain. tak berapa fasih lagi slang sabah. 1998.
*****
Ramadan sedih.
Sebelum ni ayah selalu smart kalo pegi masjid. Pegi smyg kat
masjid mesti ada baju khas, tak pakai baju ni utk hari2 biasa. Kalo smyg
terawih mesti 20rakaat sampai habis. Tapi bulan ramadan kali ni, ayah p smyg pakai baju
kemeja dgn sluar slack (baju kerja) je. Smyg pun setakat 8 rakkaat je. Satu
hari ternampak ayah dari jauh, terasa sedih pulak. Aku dgn baju melayu, kain
pelikat tgk ayah dok smyg witir lepas 8 rakaat terawih. Lepas tu ayah terus
blah.. tiba-tiba terasa sebak, sbb aku tau ayah terkejar-kejar, nak jaga mak
kat hospital. Tahun ni kitaorg beraya kat hospital. 2001.
*****
Masjid ke masjid
Entah kenapa tiba-tiba tahun ni aku semangat betul nak pergi terawih.
Tahun lepas rasanya aku pergi terawih 2@3 kali je kot? Mungkin tiba-tiba timbul
kesedaran dalam diri (sbb dah tua). Tahun ni je, 9 hari puasa dah 9
masjid/surau aku p terawih kat sekitar sg.petani ni. ada masjid BN, ada masjid Pas, ada yg baca laju, ada yg baca pelahan, ada yg buat 4rakaat+ceramah+4rakaat, ada yg
buat witir 3 rakaat 1 salam, ada yg imam terawih budak je lagi (budak tahfiz rasanya) & macam-macam lagi. Bulan puasa ni jgk aku resign
keje lama aku sbb aku dpt offer nak pergi Papua New Guinea. Jadi lagi 2nd half Ramadan tahun ni aku smyg masjid/surau kat kg je. Haa! Baru aku ingat
kenepa aku semangat nak terawih. Sbb aku terpkir mgkn tahun2 depan aku tak
berpeluang utk solat terawih lagi. Betul la orang cakap, kita akan menghargai
sesuatu itu apabila kita kehilangannya.2011.
*****
PS2 & TV
Tahun ni aku dapat housemate baru. Actually dia ni kosmate aku time
study dulu jgk, Cuma dulu dia dok kat site, skrg dia dah balik opis, jadi dia tggl dgn aku la. Jadi takde la baru berkenalan. Masa ni aku bujang
lagi (eh, skrg pn bujang lagi) dok rumah sewa sorg2 je (sblum dia masuk). Disebabkan kitaorg masing2
bujang, maka makan utk berbuka bukanlah masalah. Org lelaki (terutamanya bujang)
tak cerewet sngt bab makan2 ni. Hampir setiap hari kitaorg buka puasa kat
masjid berdekatan dgn rumah. Dan hampir setiap hari jugak kitaorg berterawih
kat masjid tu. Disebabkan bulan puasa adalah bulan tak banyak aktiviti yg boleh
dilakukan, maka housemate aku ni rasa boring kat ruamh, sehinggalah dia mengcadangkan
kitarg kongsi beli ps2. Zaman ni ps2 dah murah dah, RM300 dah boleh dapat dah
+10cd. Jadi kitaorg tong-tong RM150 sorg. Sampai rumah dah tak sabar nak main,
sekalinya tak boleh. Sbb tv kitaorg (tv mmber aku) tv lama. Takde port AV. Disebabkan tak boleh blah dgn situasi tu, esoknya kitaorg tong2 pulak beli tv. harga pun lebih kurang RM300 jgk rasanya, tv besar gedabak. Seksa nak mengagkut pegi tingkat 3. Maka semenjak hari tu kitaorg pegi masjid utk buka puasa dgn solat magrib je. lps tu dok rumah main ps2 je kejenye. 2008.
*****
No comments:
Post a Comment