Showing posts with label cerita dongeng. Show all posts
Showing posts with label cerita dongeng. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

hilang ingatan

minggu lepas pegi site patrol dengan Pak Jamingan..

minggu ni nak pegi lagi kat site sama lupa plk nama dia..

dalam kepala dok bermain-main, "ishh, tak kan nama dia Pak Banjingan kot?. apa aaa.."

~~


harap maaf, jika berjumpa untuk kali yg kedua (atau mungkin ketiga) masih tidak ingat nama anda.

Wednesday, July 27, 2011

Esok

Esok..

dulu.. time zaman sekolah dulu, time zaman tak berapa nak matang lagi.. aku pernah dapat satu kad dari sorg awek ni.. ehh.. bukan2.. dari sorg kawan perempuan aku ni.. kat kad tu ada tulis mcm ni,

"Semalam kenangan, Hari ini kenyataan, Esok impian".. aku pun tak paham apa motif dia bagi kad, ada tulis bende ni?.. maybe aku ni slow kot.. tak pun sbnrnye aku ni sngt naif, seorg yg suci.. suci drpd hadas kecil dan besar.. hahaha.. stat dah mengarot sangkut!



dulu lagi sekali.. tak ingat time zaman mana.. rasanya time skolah rendah ke skolah tadika.. ada sorg cikgu ni pernah ckp.. dia ckp lebih kurang mcm ni la bunyinye, "Besok tu maksud dia besok-besok la, bukannye esok.. Paham?!"..

harap mana2 mmber2 aku yg skrg ni jd cikgu jgn la korg ajar ilmu sesat kat anak2 murid korg..




hmm.. ntah apa yg aku mengarut ni.. tak boleh nak tdo ni.. bukan tak boleh nak tdo sbnrnye, tapi tak nak tdo.. asyik dok pkir apa la nak jadi esok ni?.. harap esok.. dan juga besok-besok akan ok laa hendaknya..

jom layan vlog mamat ni..

Monday, June 13, 2011

buah

dalam perjalanan ini, ali berjumpa dengan bermacam2 jenis buah..

ada yg bulat, ada yg panjang, ada yg pendek, ada yg bersegi2.. ada yg merah, ada yg hijau, ada yg kuning, ada yg oren.. ada yg tajam, ada yg keras, ada yg lembik, ada yg busuk.. ada yg hodoh d luar, tapi manis d dalam.. ada yg cantik d luar, tapi tawar d dalam.. ada yg busuk baunya, tapi sedap isinya.. dan ada jugak yang cantik d luar, manis isinya.. pendek kata ada berjuta juta jenis buah yang ali jumpa sepanjang dia berjalan..

dalam berjenis2 buah yg ali jumpa sepanjang perjalanan itu, ada pulak beberapa jenis buah yang di gemarinya.. ada yg wangi baunya, ada yg manis isinya, ada yg cantik warnanya, dan bermacam2 lagi.. pendek kata lagi, buah yang baik2 saja yang menjadi kegemaran ali..

di sebabkan ada berbuah2 buah yang d gemari, ali menjadi keliru.. buah mana sebenarnya yang menjadi kesukaan nya?.. dia risau kalau2 ada awek2 meminta biodata dia utk d tulis dalam buku catitan mereka.. "buah kegemaran: ........." apa dia nak isi kat sini?? sampai sekarang ali masih tidak dapat memberikan jawapan yang pasti kepada buah kegemarannya.. dia risau, jika dia memilih buah kuning, dia akan menyesal kerana buah merah adalah sebenarnya lebih sedap.. dan sekiranya dia memilih buah merah, sebenarnya buah oren adalah jauh lebih manis dan sedap.. perkara ini sentiasa berlegar2 di fikiran ali..

pada suatu petang, ali mendapat berita daripada sahabatnya bahawa abu menggemari buah merah, dan tak lama lagi dia akan makan buah merah itu.. ali terkejut mendengar berita itu.. perasaannya bercampur baur.. rasa marah ada, rasa menyesal ada, rasa memberontak ada, rasa rugi ada, rasa nak pukul2 c abu pun ada.. pendek kata lagi sekali, semua perasaan yg tak best ada pada ali sekarang.. nampaknya lepas ni, dia tak berpeluang utk menikmati buah merah itu.. nak buat mcm mna, dia kena terima kenyataan itu.. sbb sebelum ini dia pun tak pernah ckp yang dia menggemari buah merah itu.

setelah lama befikir secara waras dan rasional, ali telah membuat keputusan.. mulai hari ini, ali kena tetapkan pendiriannya.. dia kena pilih buah apa yg menjadi kegemarannya.. sebagai manusia, dia kene membuat keputusan buah mana yg menjadi kegemarannya.. ini kerana buah itu tak akan boleh memilihnya, dia yg perlu memilih buah2 itu.. agar perasaaan takbest seperti ini tak akan berulang lagi kepadanya.

dapatkah ali membuat keputusan yg tepat?.. sama2 kita nantkan sambungannya pada minggu hadapan di episod yg akan datang!

p/s: harap maklum entry kali ni maybe kurang menarik sbb takde gambar.. aku type "buah" kat google, lain2 pulak yg keluar.. hoho!