Showing posts with label flashback. Show all posts
Showing posts with label flashback. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

labuan 2011


tahukah anda, selain pulau pinang, labuan juga dikenali sebagai pulau mutiara.. pulau mutiara laut china selatan.

setelah hampir 7 tahun berlalu, akhirnya aku kembali ke labuan.. sebuah pulau yang penuh dgn kenangan suka duka dalam lipatan hidup aku.. tempat aku transform daripada seorg kanak2 yg comel kpd seorg remaja yg hensem..

namun perjalanan sekembali ku ke labuan tidak lah semudah yg di sangka.. penuh dgn dugaan, halangan dan rintangan..

menurut perancangan asal, bergerak pagi dari kg. smpai dalam pkul 3 4 ptg kat kl. berbuka dan bermalam d rumah mmber. keesokkannya pagi2 lepas sahur atau sahur terus d lcct.. pkul 7.50 pagi flight ke labuan.. jalan2 d labuan, buka puasa d sekolah. esok nya abiskan lagi masa d labuan dgn mmber2.. pusing2 labuan.. lusa 10.15 am flight ke kl.. kesimpulannya 3hari 2mlm d labuan.

dugaan bermula seawal perjalanan ke KL lagi.. dekat2 area gumusang, tetiba kereta aku buat hal.. tarkandas d kawasan jalan yg d kelilingi semak samun dan hutan belantara.. kalo setakat tayar pancik aku tak heran.. ini benda yg mmg org biasa tak boleh nak repair.. kene pegi workshop jgk.. nasib baik la kete masih boleh jln slow2 smpi ke rnr guamusang.. last2 sampai kl dalam pukul 8.30 mlm.. buka pose pun dalam kete je kat area bentong.. beli roti dgn air kat stesen mnyk petronas.. time turun keta kat petronas bentong tu baru aku perasan kat bontot kete aku masih tergantung "on tow"..


keesokkan nya, selepas sahur aku dgn semangat terus pergi mandi.. pakai baju bersiap2.. sedikit eksaited dalam diri.. maklumlah, dah lebih kurang 7 tahun tak ke labuan.. mlm sblum tu pun mmber aku dah call, siap suruh aku tdo awa lgl.. katanya "nnt tak bgn, terlepas flight ko.. jgn ko tak dtg plk tau, aku bkn senang nak dpt cuti ni.." namun....

ini satu lagi perkara yg menyakitkan kati aku untuk d kenang.. akibat lambat sampai ke lcct, aku tak d benarkan checkin, walaupun masih ada 20 minit sebelum masa penerbangan.. situasi ni betul2 menguji tahap kesabaran aku.. abis burn tiket aku beli.. mmg hampeh la airasia ni.. bkn aku sorg je, ada sorg lagi brader same nasib dgn aku.. di bulan ramadan yg mulia ini, mmg pelbagai dugaan yg Allah turunkan utk menguji hambanya...itu sja cara aku memujuk hati yg sakit ketika itu..

balik rumah mmber aku, mmber dari labuan call.. mcm soalan dan perbincangan berlaku.. last2 aku beli jugak tiket esoknya ke labuan.. melayang duit aku beberapa juta rupiah.. sesungguhnya ketika ini aku adalah seorang penganggur yg hensem, lebih anggur drpd biasa.. duit dah la tak berapa nak ada ni.. tp mmber punye pasal.. huhu

esoknya, sebelum sahur aku dah mandi.. bak kata org tua2, taknak pisang berbuah 2 kali.. lepas je sahur terus gerak ke lcct.. terus check in, solat subuh pun kat surau dlm checkin area tu.. hmm.. tak ingat bila last aku naik flight.. rasanya time 1st year keje aku pernah balik kg raya (tak pasti pose atau haji) naik flight, sbb tiket bas dah abis.. itu rasanya last naik burung besi ini.. eksited masih ada sedikit dalam diri, berserta dgn perasaan sakit mengenangkan tertggl flight & abis berjuta2 rupiah beli tiket baru ini..

sampai ke labuan agak lewat ckit dari jadual, akibat kesesakan trafic d runway d kl.. itu yg menyebabkan kami lambat berlepas.. begitu menurut pengunguman oleh en pilot.. sampai di labuan, aku di sambut oleh 2 org mmber aku yg sedia menanti d apot..

masa aku tak banyak d labuan, esok pkul 10 lebih dah flight balik ke KL.. aku cuma da masa lebih kurang 24 jam je kat labuan.. walaupun lebih kurang 7 tahun, tak bnyk perubahan.. menyusuri jalan raya d labuan membuatkan aku tersenyum sendiri.. terkenang kembali pelbagai peristiwa kenangan pahit manis sepanjang lebihkurang 6 tahun aku d sana.. dalam 24jam yg singkat ini, beberapa temapt berjaya aku lawati antaranya hospital labuan, klinik suria, SMSL, UK, balai polis, rumah mmber aku, bazar ramadan, tiara beach resort, McD, dll..

namun semua perubahan atau tidak berubah keadaan d labuan itu sedikit pun tida menarik perhatian aku.. apa yg lebih penting aku dapat berjumpa dgn kawan2.. daripada kwn time form 1, sampai lah kwn time kat U.. semua ada kat sana.. taksangka budak kosmate aku kat UPM dlu skrg dah 2 thn lebuh bermastautin kat labuan.. mmber yg aku sempat kenal setahun pun bejumpa jgk.. junior aku kat skolah & kat U pun ada kat sna jgk.. best2..

satu lagi perkara yg best kali ni aku sempat test drive kete mmber aku, mercedes C230 kompressor coupe.. kete merc 2 pintu.. selama ni dapat naik kete merc pun dah rasa best, ini plk bleh bwk.. kete 2 pintu plk tu.. huhu.. ini yg mmbuatkan aku nak keje kuat, kumpul duit bebanyak, nak beli kete spot sebijik!.. hehe.. utk pengetahuan kat labuan harga kereta lebih murah drpd biasa.. ambik contoh kete lancer gt harga dia lagi murah drpd kete proton isnpira kat semenanjung ni.

..(layan jap lagu cinta kristal versi awie/hantu kak limah balik limah)..

waktu yg singkat d labuan di gunakan sepenuhnya.. mlm tu lebih kurang pukul 3.30 pagi baru balik rumah mmber aku utk tido.. huhu..

nak kata puas tu mmg tipu la.. bkn setakat mmber aku, mak bapak mmber aku pun ckp aku dtg ni kejap sngt.. huhu.. nak buat mcm mna, aku plan 3hari 2mlm, tp dah tertinggal flight.. huhu.. apa pun aku berpegang dgn pepatah yg aku cipta sendiri;

'makan aiskrim semangkuk cukup, jangan smpai setapaware'
-kalo mkn semangkuk tak puas, kita pasti akan cari lagi lain kali.. kalo mkn setapaware konfem muak, lps tu tak nak mkn dah sampai bile2..

picture taken 10 minutes after "please switch off all your electronic device.."


kesimpulan, lain kali aku dtg lagi labuan!..... tp tak tau lagi bila.. maybe lagi 7 tahun??.. huhu

Saturday, July 23, 2011

panggilan misteri


kita2 pukul pukul 3 petang semalam, tiba2 telefon personal aku menjerit.. jeritan yg bisa membuatkan org yg tidak biasa dgn aku biasanya akan terkejut.. ku tatap skrin henset keluar no yg fon.. bermakna aku tak kenal sepa yg call aku ni.. no ber mula 04.. fikirku mungkin panggilan dari SP opis, atau pun BM opis.. mungkin dorg tertukar no kerja dgn no personal aku..

setelah tekan butang hujau, ku letakkan henfon ke telinga ku yg comel.. lalu tergendar la suara gadis d hujung talian..
"helo.. tak kenal ke?.. laa sedara sendiri pun tak kenal ke?.. haaa.. tau pun.. ni jap, pak lang nak ckp.."

di sebabkan pompuan yg cakap aku pun layankn je la.. tapi memula ingatkn betul la kazen aku.. sbb aku pun tak ingat sepa nama kazen aku yg dok kat kedah ni.. skali dia nak pass fon dgn pak lang.. aku ingat kalo ckp dgn paklang maybe aku kenal la kot.. skali ckp je dgn paklang dia ckp slang kedah..

dlm hati dok pikir sejak bila plk aku ada pakcik org kedah ni?.. memula ingatkan pakcik aku yg dari kg dtg kedah.. pas tu paklang tu bg tau dia baru lps operation.. kaki dia kne potong, tumit dia kene buang.. sbb kencing manis.. dah 4 bulan kene tahan wad.. kat ospital Sg Petani.. pastu dai tnye nnt raya balik cni (Kuala Ketil)tak?.. skali lagi dlm hati aku dok ckp sorg2.. "ahh sudah, konfem, sah! salah org ni.. sejak bile plk aku nak balik kuala ketil time raya ni?.. "

aku pun blur2 layan je la paklang tu.. last2 aku sempat ckp dgn dia, "kirim slm la dgn semua org kat sna.. tgk la nnt raya kita jumpa".. haha.. iye2 je mcm aku kenal aku layan dia.. hehe

ptg tu aku call mak aku tnye aku ada sedara mara ke dok kat kuala ketil?.. cite la pasal pangilan misteri tu.. lps abis ketawa2, last2 mak aku ckp lebih kurang sama mcm ayah aku dulu, time dok kat perlis.. ayah aku keluar opis tetiba ada sorg pompuan mengaku adik dia.. adik yg dah lama terpisah.. siap nangis2, peluk2 kaki ayah aku lagi.. ayah aku ckp sejak bile plk dia ada adik pompuan?.. dia ada sorg je adik, tu pun laki, dok kat kg..

kesimpulan: aku = ayah.. ayah aku hensem, aku pun hensem!

Friday, May 27, 2011

pelangi tengah panas



Joanna & Co-aku pelangi

Powered by mp3skull.com
(klik play utk lagu tema)

ada pelangi keliling matahari, tengah hari kat taiping tadi.. biasanya aku nmpk gambar mcm ni kat dlm buku atau news paper je.. sambil aku tgk2 gambar tu aku dok ckp dlm hati, "apa yg menarik sngt?.. biase je.." sekali tadi aku nmpk dgn mata kepala sendiri baru aku terasa sesuatu yg menarik dan luar biasa rupanya.. memula aku dlm kete ternmpk org dok tgk2 atas.. time tu dlm pukul 12 lebih, dekat2 pukul 1 dah.. time tu matahari mmg betul2 atas kepala..

skali aku tgk gamba yg aku ambik ni, nmpk mcm biasa je.. takde apa2 yg interesting pun.. haha..

lagi gambar dari internet:








nak tau lagi pasal 'sun dog' ni.. google sendiri!

Thursday, February 10, 2011

bukan aku


dulu aku belajar kat metrik labuan..

peristiwa 1:
masa 1st day masuk metrik dlu, sorg roomate aku tegur.. dia tnye aku budak silat ke?.. dgn penuh tanda tanya aku jwb, "takde lah".. dia tnye lagi, "taekwando? karate?"..
"ishh, takdelah.. apsal?" aku tnye balik.. dia ckp, dia tgk gaya aku berjalan mcm gaya budak silat..


peristiwa 2:
dulu time kat metrik ramai budak tabligh.. dorg akan round dari bilik ke bilik utk sembang2 hal agama n sambil2 tu ajak utk keluar 3 hari..
suatu hari tu ada sorg budak tabligh tegur aku, dia tnya aku pernah join keluar 3 hari tak?.. aku ckp la tak pernah.. dia mcm tak percaya aku tak pernah keluar 3 hari.. dia ckp rasa mcm pernah tgk aku, mcm familiar je..



*******

kesimpulan 1:
itu baru tgk aku gaya aku berjalan, dah ckp aku terer silat.. agaknye kalo tgk aku berlari mesti org ingat aku ni hang tuah, kalo tgk aku melompat mesti ckp superman.. heheh

kesimpualn 2:
tulus, bersih, suci, murni, kacak dan beriman.... kesimpulan utk wajah aku.. haha

Monday, January 31, 2011

tipu sunat


aku bukanlah pakar agama, tapi aku hampir pasti dalam agama islam tak pernah ada istilah tipu sunat.

perbuatan sunat adalah perbuatan yg di tuntut melakukannya dan mendapat ganjaran pahala.. mana mungkin kita dituntut utk menipu dan mendapat pahala melakukannya.. dua perkara yang bercanggah.

biasanya yang di kaitkan dengan perkataan tipu sunat ini adalah situasi d mana kalo kita bercakap penar akan mendatangkan mudarat kepada org lain atau kepada sesuatu keadaan atau utk menyelamatkan diri sendiri..

jadi aku rasa istilah yang sesuai adalah 'tipu harus'..

namun, ada aku pernah mengalami situasi yg aku boleh terima ia dikenali sebagai tipu sunat.

kejadian berlaku semasa aku darjah 3.. kejadian berlaku d HKL.. sebelum pergi ke hospital pakcik aku pesan, "kalau Dr. tanya darjah berapa, ckp darjah 4 tau".. aku ingat pesan pakcik aku tu.. semasa berjumpa dgn Dr. aku berharap dia tak akan tnya aku darjah berapa, kerana aku tak mahu menipu, aku diajar bahawa tipu itu salah, tipu itu berdosa.. namun Dr. ada jgk tnya dan aku terpaksa menipu dgn mengatakan aku darjah 4.

apa yg menjadikan situasi di sini adalah tipu sunat..



adalah...



time tu aku sembang dgn Dr. yg tengah nak sunatkan aku.




Tuesday, January 25, 2011

ajaran sesat??


petang tadi time driving balik aku terdengar berita dlm radio cakap..

"JAKIM, majlis agama islam pantau sidang parlimen roh"


dulu time belajar dulu aku penah tgk cd pasal ayah pin.. ntah mana dorg dpt cd tu.. time tu terdetik kat dlm hati, mcm mna la org2 ni boleh percaya dgn ayah pin ni.. kita tgk pn dah tau benda ni sesat.. boleh d katakan bende paling basic kita sebagai org islam patut tau, Nabi Muhammad SAW adalah nabi@rasul yg terakhir. lepas dia tak akan ada nabi@rasul lain lagi..

tapi, d sebabkan kita berada d sudut pndngan org ke-3, boleh la kita ckp mcm tu.. cuba kita berada d sudut pnndngan org ke-2. maksud aku org yg d tarbiah/menghadapi ahli2 ajaran mcm ni.. aku boleh konfem, tak mustahil kita pun boleh follow ajaran yg dorg bawak ni..

aku pernah kene sekali dulu.. mmg seminggu dua tu hidup aku tak tenteram.. apa yg dorg cakap tu sebijik, tepat kene kat batang hidung, mmg betul apa yg berlaku kat sekeliling kita, mmg tak boleh nak nafikan.. ditambah plk dorg bukan ckp2 kosong je, siap tunjuk apa yg dorg ckp ada dlm Al-Quran.. kita ni yg baca Al-Quran pun setakat baca je, ntah paham ke tak apa yg kita baca tu (itu pn nasib baik kalo ada baca).. mcm mna nak betah apa dorg ckp..

memula aku dgr dorg cita sumenya betul, mcm kita dgr kuliah subuh@magrib kat mesjid.. smpi last2, dorg ckp kat aku, "aku cita ni semua bkn setakat nak ingat memperingati kat ko pasal bab2 agama ni.. ada hal yg lebih besar sbnrnya aku nak bg tau ni. kalo setakat nak dgr ceramah agama ni baik pegi kat mesjid je".. aku mula dah tak sedap hati dgr dorg ckp mcm tu.

dorg ajak aku jumpa selang 2 hari, dorg akan cita lebih lanjut.. walau dlm keadaan was2, aku g jgk jumpa dorg.. nak tau apa sbnrnya nak disampaikan ni.. aku jumpa kali ni mmg lagi open dorg cita kat aku.. kalo aku nak rumuskan, dorg ckp apa yg kita praktikkan selama ni salah. ustat2 yg jd imam kat mesjid2 tu, yg bagi ceramah2 agama tu semuanya salah. semuanya sesat. tak mengikut ajaran islam yg sebenar.

tapi apa yg dorg ckp tu semuanya ada dlm Al-Quran, dorg bukan ckp bodoh2 je.. dorg bwk terjemahan Al-Quran. tp dorg tak bwk buku, dorg bwk PDA yg ada software terjemah Al-Quran dlm tu.. dia siap bg tau aku lagi, kalo nak belajar, jgn beli "tafsir", beli "terjemah".. sbb kalo tafsir sesuatu ayat tu dah di olah, jadi kalo ko dah tau apa maksud ayat tu boleh la ko baca tafsir. kalo terjemah dia stright terjemah perkataan drpd sesuatu ayat tu sebijik2, baru ko betul2 tau apa maksud sesuatu ayat tu, lps ko tau maksud ayat2 tu baru ko boleh baca tafsir..

aku boleh katakan apa yg dorg sembang kat aku lebih 90% betul.. mmg tak boleh nak d nafikan.. yapi smpi dorg ckp yg ustat2 semua tu tak betul, dorg ckp kat aku jgn tnya ustat2 kat luar sana psl apa yg dorg bg tau aku ni.. bab ni aku dah mcm ragu2 ckit..

dorg ckp arab saudi tu bukan betul2 negara islam yg sebenar.. ada satu negara islam yg sebenar, yg betul2 mengamalkan ajaran&hukum islam 100%. kalo ko pegi sana ko akan rasa lain, akan rasa tenang je.. tapi dorg tak bg tau negara mana.. dorg ckp kat aku tak pyh dok pkir sngt negara mana tu.. tapi kalo betul2 nak tau, join la dorg.. dorg bukan ajar ajaran baru pun, dorg cuma nak ajar Al-Quran je.. sbb nabi pesan selagi kita berpegang pada sunah dan Al-Quran kita takkan sesat smpi bila2..

huh, takut doh kalo aku ingat2 balik.. tp benda ni dah lama dah, rasanya 2 ke 3 tahun lps kot.

p/s: aku kene ni bkn dgn org ayah pin, atau org al-arqam.. bukan jgk org tabligh..

Friday, January 14, 2011

cinta kuda??

masa skolah rendah dulu ada sorg budak pompuan ni..

kulit putih, anak mata dia kaler coklat, rambut dia perang2 ckit..

sekali pandang mcm ada mix org putih dia ni..

tapi dari gaya percakapan dia tak de plk mcm slang org2 melayu konon2nya nak jd omputih (boleh d dapati d bandar2 besar terutamanya d kl)..

nak kata ayu tak jgk, siap main kejar2 dgn kitaorg selambe je (maybe sbb time ni budak2 lagi kot)..

dia selalu cubit2 aku , kadang2 terasa dia mcm nak ngorat aku (perasan lebih)..
*klik play utk lagu tema
Powered by mp3skull.com


tapi aku macho.. buat bodo je..

nama dia nurul huda..

tapi kitaorg ejek dia nurul kuda..

ini kah cinta monyet?.. ke cinta kuda?..



p/s: best tak puisi aku

Thursday, November 4, 2010

banjir

banjir di utara tanah air..

tahun kejadian antara tahun 1988-89.. aku pun tak berapa tau sbb masa tu aku aku kecik lagi.. time ni kitaorg tggl kat kangar, perlis.. apa yg aku ingat aku tengah tdo, tibe2 terasa mcm basah2.. rupanya2 air dah naik.. aku pun tak berapa ingat sbb aku kecik lagi masa tu..



banjir di pantai timur..
kalo ikutkan gambar ni aku rasa lewat 80an.. tempat kejadian rantau panjang, kelantan.. tempat yg paling glamer dgn banjir ni, tgk je thn ni kat kelatan tempat lain tak banjir lagi kat kg ni aku dah banjir dah.. besa la, sebelah je sg. golok..
atau lebih spesifik lagi gambar ni kat tangga rumah atok aku.. arwah tok wan.

Thursday, October 28, 2010

sopan santun


suatu pagi yg hening.. aku driving nak pergi site.. d sebabkan cuaca yg dingin dan nyaman d pagi hari, aku tak bukak ekon, aku buka tingkap utk menikmati udara segar d pagi hari.. sebagai seorang manusia yg menghargai alam sekitar, aku hanya menggunakan ekon kereta sewaktu keadaan benar2 memerlukan seperti tgh hari panas, trafic jem, dll.

sampai kat satu traficlight, lampu merah. kete aku kat depan sekali.. seperti biasa tak lama kemudian mula la ada 2 3moto yg dtg.. ada kat dpn aku ada yg kat sebelah kete aku..

tengah sedap2 aku layan SY, KE, & KRILL kat radio kete aku tetiba ada suatu perasaan dtg dlm diri aku.. suatu rasa yg membuat aku teruja.. rasa ingin melepaskan.. kalo korg rasa mcm aku rasa ni pun korg mesti nak lepaskan jugak.. korg taknak tahan2.. kalo dah lepas baru terasa lega yg teramat sangat.. rasa nak beresin!

@*&^!+$$*&^^%$##!!!!!!!(bunyi aku bersin)..

tetiba makcik yg naik moto yg dok kat sebelah kete aku melatah.. terkejut dia tetiba bunyi aku bersin.. sambil tersengeh2 aku angkat tgn kat makcik tu, "makcikkkk...."..

p/s: kuat sngt ke aku bersin??.. atau sbnrnye makcik tu seorang ajen fbi yg sedang memasang telinga utk cube mengintip gerak geri aku??

Saturday, August 21, 2010

kenangan ramadan: aku kaya


tak silap aku peristiwa ni berlaku pada tahun 1997 atau 1998..

suatu hari tu masa lepas solat terawih kat masjid negeri, sabah.. mcm biasa la, lepas solat tarawih mesti la aktiviti bersalam salaman dgn org sekeliling, ataupun dgn sepa2 saya yg ada kat kiri, kanan, dpn, belakang ataupun yg tetiba menghalang perjalanan kita nak keluar mesjid..

tiba2 sorg pakcik ni taknak lepas tgn aku. siap picit2 lagi tgn aku. aku mula2 ingat pakcik ni mmber ayah aku ke?, bapak mmber aku ke?.. aku pun sengeh2 la sambil tgk muke dia. tapi aku tak dapat cam. siapa org tua ni?.. apsal dia picit2 tgn aku ni? aku ada buat salah ke?..

pastu pakcik tu ckp, "ko akan jadi kaya nnt".. sambil terus berlalu meninggal aku terpinga2 d situ.

tergamam aku sekejap.. otak aku berligat dok pikir , betul ke apa yg aku dgr tu?.. mcm2 aku pikir.. dlm pada tu sempat jgk aku terpkir, terasa mcm taknak pegi sekolah, tak belajar dah.. dok kat rumah je tgk tv, makan, tidur.. last2 dah besar nnt aku jadi org kaya jgk! hahah..

hmm.. betul ke apa yg aku dgr tu?.. atau pun aku je yg perasan.. nth2 org tu ckp lain, aku dgr lain.. maklum lah, time tu kan mcm bising2 ckit org sume dok nak keluar mesjid.. lagi pun time tu aku tak berapa fasih lagi ckp sabah ni..

...


bila aku nak jadi kaya nih??!!!