Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

surat cinta dari polis




dalam aku dok berangan2 nak berjimat-jimatan dalam bulan ni, time la pulak dtg surat saman.. ingat saman ekor dah takde dah.. itu pasal aku sambil driving sambil berangan2 bawak kete F1..
kakak aku dok bising apsal aku bawak laju sngt, "mcm org nak hantar bini beranak kat hospital je bwk laju2 ni!"..

memandangkan surat saman ni dialamatkan kat rumah kampung halaman aku, nampaknya lps ni time balik kampung pasti akan terima bebelan pasal pemanduan berhemah.. abis pecah tembelang dgn parents, suke bwk kete laju2.. huhu

p/s: walaupun kereta aku bukanlah kereta special atau kete mahal, tapi aku sentiasa nmpk kete aku lebih cantik daripada kete2 lain.. best broooo..

Thursday, May 12, 2011

terlalu lama memandu



selepas selesai aktiviti menapau nasi, aku pun berjalan menuju ke arah kereta.. sedang aku berjalan sambil menjinjing plastik tapau nasi aku dengan penuh sopan santun, tetiba terdengar bunyi kereta dari arah belakang..

tindakan reflek, kepala aku bergerak ke arah sedikit kanan..

aku sendiri pelik kenapa aku bergerak sedemikian?..

"hahaha..!", aku ketawa dlm hati..

rupa2nya aku nak tgk side miror..



Wednesday, April 20, 2011

langgar lari.. lagi.. dan lagi..

semakin hampir dgn satu simpang 4 bertrafic light, aku memijak padel minyak dengan lebih kuat supaya kereta halaju & pecutan kereta bertambah.. agar sempat aku masuk simpang ke kanan itu sebelum lampu hijau bertukar merah.. hampir sahaja aku d traficlight itu ada sebuah motor ntah dari mana terus melanggar isyarat lampu merah dekat lorong dia..

aku betul2 dekat simpang tu, ada sebijik lagi motor main langgar je lampu merah tu.. nasib baik aku sempat mengelak dan brake.. kereta sedikit terbabas dari laluan asal.. nasib tak langgar motor yg berenti kat lorong bertentangan.. pemboceng motor yg statik itu memandang tepat ke mata aku.. mungkin dia marah sbb aku hampir2 melanggar dia.. tapi salah motor yg satu lagi tu la sbb dia p langgar lampu merah..

dalam kereta aku berenti kat tgh2 simpang 4 tu, trafic light bertukar warna.. turn lorong lain plk bergerak.. dgr bunyi hon2 dari kereta lain sbb aku memblok jalan.. tak sempat aku nak gerak tiba2 satu kereta langgar aku.. hampeh!


***************

aku teruskan perjalanan.. terasa kereta aku dah tak stabil.. lagi laju bawak lagi kuat goyang.. stering lurus, tapi kereta bergerak ke kiri.. mungkin sifat semula jadi aku, semakin aku marah semakin kuat aku pijak padel minyak.. kereta dah tak berapa betul pun aku tak peduli!!.. marah memikarkan penunggang motor yg langgar je lampu merah..

tiba2, kereta hilang kawalan.. terbabas lorong sebelah, datang kereta dari belakang.. jantung aku berdegup kencang..


***************

jantung aku masih berdegup kencang.. walaupun aku telah terjaga.. "hampeh pnye pompuan, dah tau lampu merah brenti la!", aku teruskan maki hamun (dalam hati) kepada wanita yg melanggar lampu merah dalam mimpi tadi..

tgk jam pukul 2 pagi.. "ciss.. pokemon pnye pompuan, kacau tdo aku je!"



Monday, March 28, 2011

tahukan anda?..





tahukah anda..

1. apa fungsi button kat bwh cermin pandang belakang?
kalo time driving mlm2, tetiba ada kete belakang tak sedar diri dok bagi high-beam.. utk mengelakkan mata korg buta dek silau, tekan(atau tarik) button tu.. konfem tak silau dan boleh nampak kete belakang tu.. lps dia potong korg, korg bagi balik high-beam kat dia.. hohoho!




2. nak isi minyak belah kiri ke kanan kete?..


ada sesetengah kete ada anak panah tunjuk nak isi minyak belah kanan ke kiri? cthnye myvi, kalo tgk kat sebelah gambar meter minyak ada tunjuk arrow ke kiri, maksudnya nak isi minyak sila ke kiri kereta anda.. tapi tak semua kereta ada indicator mcm ni.







satu lagi cara tgk exzos kete.. kalo ekzos kat kanan, minyak isi belah kiri. kalo ekzos belah kiri, isi minyak belah kanan.. jadi kalo smpai petrol pump, turun kete pastu p blakang kete tgk kat mne ekzos kete korg, pastu tau la nak isi mnyk belah mana.. haha!


Thursday, March 24, 2011

emosi pemandu hensem & hebat.. aktiviti ketika bosan memandu

terdapat beberapa faktor yg boleh menyebabkan seseorg itu bosan ketika memandu antaranya:


1. memandu terlalu lama ;
2. memandu perlahan terlalu lama (jem) ;
3. sunyi (driving sorg2) ;
4. jalan yg terlalu lurus (highway) ; dan
5. lain - lain lagi (sila pkir sendiri)..

berikut beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk menghilangkan rasa bosan ketika memandu :



a) berlakon
selain daripada menyayi (melalak), tahukan anda bahawa anda juga boleh berlakon dalam kereta?.. kaedah ini dipercayai boleh membantu menghilangkan rasa bosan anda ketika memandu..

caranya mudah sja, dgr lagu dlm radio tu pastu cuba lakonkan tiap2 lirik yang dinyayikan oleh penyayi.. kalo penyayi tu sebut 'kau' atau 'kamu', korg tunjuk ke arah pemandu kereta yg berada d sebelah korg.. kalo dia sebut 'pipi', korg pun pegang pipi korg dgn gaya menggoda sekali.. kalo penyayi tu sebut 'terbang', korg pun buat la gaya mengepak2 kan sayap.. nescaya tak akan bosan atau mengantuk lagi ketika memandu.




b) tukar kaki
rutin biasa pemanduan, kete manual: kanan utk minyak dgn break, kiri utk clutch.. kete auto: gune kaki kanan je.. cuba ubah penggunaan kaki utk tekan padel yg lain.. kaedah ini bukan sahaja mmbuatkan anda hilang mengantuk, malah kalo mmber korg tgh tdo kat seat sebelah nescaya dia pun takjadi tdo..

aku pernah try sekali.. time dari t'ganu nak balik kl, drive kete manual.. tau la lalu LPT time bukan cuti skolah ni, mmg lenggang jalan.. mmber kat sebelah tdo.. aku bosan tak tau nak buat apa, aku cuba nak tekan minyak gune kaki kiri.. time tgh speed dalam 100km/j++ kot rasanye.. sekali tak sampai rupanya, aku tertekan brake.. tekejut mmber tgh tdo kat seblah.. tak pasal terus dia ofer nak drive.. hehe



c) satu tangan
bukan driving yg mcm biasa, sebelah tgn pegang stering, sebelah lg pegang gear@hand brek.. tapi driving gune satu tangan je.. sebah tangan lagi rilek je.. agak menarik utk di cuba, nak2 kalo korg drive kete manual..

tgn kiri dok rilek je atas hand rest tu, tgn kanan pengan stering, pastu tgn kanan lepas hand break, pastu tgn kanan jgk masuk gear, pastu tgn sama jgk tekan signal, tgn sama jgk tekan waiper, dll.. aku dah try sekali, menarik!.. hehe


*nota: sila ambil perhatian, jika kemalangan berlaku akibat daripada mengikut aksi2 di atas sila tanggung sendiri. pihak kami tidak akan bertanggungjawab. sebarang surat menyurat tidak akan d layan. sekian.

Saturday, March 5, 2011

toll gate girl


semalam aku lalu tol juru arah selatan dlm pukul 10 lebih. smpai area tol booth aku nampak dari jauh tgn awek yg bagi tiket.. "yes!! aku berada d lorong yg betul, d jalan yg benar, d jalan yg menuju kebenaran", aku bermonolog dalaman.

sampai turn aku seperti biasa, aku yg terkenal dgn berbudibahasa memberi salam kepada org d dalam sangkar tol tersebut.. sekali awek cun la pulak.. aku pun terus merenung tepat ke mata dia. dia tidak berpaling, juga terdiam memandang tepat ke mata ku. namun aku pasti dia tidak dpt memandang tepat ke mata ku, seperti mana aku memandang matanya.. sbb aku pakai spek itam.

huh.. taksempat nak sembang2 sbb ada kete kat belakng.. jgn risau wahai awek tol, akan aku lalu lagi lorong tersebut pada mggu hadapan, dan aku pasti akan cuba berpura2 peramah bila berjumpa dgn mu wahai toll gate girl..

aku rasa dia terpesona dgn kehenseman aku kot.. d tambah pulak dgn spek hitam ray ban uptown aku tu..


Wednesday, March 2, 2011

spare tyre




keseronokan memandu ku tergangu oleh satu bunyi dentuman yg agak kuat.. ku sangkakan sesuatu objek keras telah ku terlanggar tanpa disedari.. oleh kerana bunyi datang dari arah belakang kereta ku, terlintas jgk d benak fikiran aku adakah spoiler kereta aku tercabut?.. jelingan pada cermin pandang belakang mengasahkan sang spoiler masih setia memeluk bonet kereta ku ibarat 'aur dgn tebing, isi dengan kuku' yg sentaisa bersama dan tak mungkin berpisah..

oleh kerana aku sorang yg sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berprangsangka buruk terhadap org lain, ku andaikan tiada apa2 yg berlaku, mungkin batu2 yg entah darimana datangnya menghentam bhgn bwh kereta ku.. ku cuba sambung keseronokan memandu dgn menekan padel minyak.. namun penekanan padel minyak ku tersendak dek suatu bunyi asing.. seperti bunyi kapalterbang/jet pejuang tak jauh daripada ku.. "ngongggggggg.." ku perlahankan suara jeritan radio, semakin jelas bunyi asing itu kedengaran..

"sah, bunyi itu dtg dari kereta aku".. ku petik suis lampu signal, aku bertukar dari lorong paling kanan ke lorong paling kiri seterusnya menuju ke lorong kecemasan.. setelah kereta dalam keadaan pegun, ku petik pula suis signal kecemasan yg bertanda segitiga utk memberitahu pengguna lebuh raya yg lain bahawa aku dalam kecemasan, sila jgn langgar aku.

aku gagahkan diri, keluar dari kereta.. menuju ke belakang kereta.. henpon ku keluarkan lalu ku nyalakan lampu dan ku arahkan cahaya putih itu ke arah tayar.. flat.. hahaha.. aku ketawa d dalam hati.. ketawa tanpa perlu lawak daripada peserta raja lawak, ketawa tanpa perla geletak d celah ketiak ku.. ketawa tanda hampa..


..........

layan awek chating kat fb jap.. hehe

..........

sambung..


otak ku ligat berfikir, seperti menjawab soalan bahasa melayu pmr 2000.. apa tindakan terbaik yg harus aku lakukan?

sila pilih langkah yg paling sesuai untuk d lakukan dlm situasi sekarang:

A) call talian bebas tol plus highway 1800 88 000, suruh dorg tukarkan tayar kete.
B) call mmber yg ada dekat2 area ni, mintak tolong.. atau mintak simpati.
C) buat mcm iklan pewangi kete dlm tv tu.. koyak lengan baju, pastu tunjuk ketiak ku yg putih.. nnt tak smpi 5 saat ada la 3-4 org mamat2 yg konon2nye hensem tolong tukarkan tayar.
D) tukar sendiri.

aku hampir2 pasti utk memilih jawapan (C), namun setelah aku buat semak semula sebelum mengsubmit kertas jawapan d atas, aku telah tukar jawapan ku kepada (D).

bukak bonet belakang penuh barang2.. 1 beg baju, 1 beg laptop, 1 beg recycle utk soping weekend, 1 kotak air meneral 500ml, 4 pasang kasut bersama 1 pasang stokin, 1 safety helmet, 3 reflecting vest, surat kabar lama, pisau dapur.. ??

setelah alih kan semua barang2 ke tampat duduk belakang baru la boleh bukak bhgn tmpt tayar spare.. berjaya keluarkan tayr spare, kerja ku beralih kepada keluarkan tyar yg pancit plk.. tgh aku syok buat kerja terpkir plk tntg keselamatan diri.. dah la kete, lori, moto yg lalu semenye laju2.. rasanya ada aku pernah terbaca dalam 4 5 kes pasal org mati kene langgar kat emergancy lane ni, org tgh tukar tyar mati kene langgar.. dah la tgh2 mlm, dah la kat tepi highway ni, dah la aku takde warning signage (yg segi tiga merah tu).. aku putuskan untuk mengenakan reflecting vest supaya pengguna lain dapat menyedari akan kewujudan aku d tepi highway tu.. baju tshirt hitam, seluar pendek askar, sandal dan reflecting vest kuning merupakan uniform aku pada ketika itu.. nasib baik je aku tak paki safety helmet sekali..

rasanya tak sampai 20 minit aku dah masuk dlm kete.. sambil minum air mineral, sambil lap2 peluh jantan yg masih membasahi dahiku yg licin ini d samping menikmati hembusan angin aircond kereta yg sejuk.. siap kerja2 menukar tayar spare aku.. huh.. terima kasih kepada ayah yg mana suatu ketike dahulu telah mengarahkan aku dgn abg ku utk ikut dia tukar tayar kete unser suatu ketika dahulu.. rasanya time aku ambik lesen kete kira-kira 8 tahun lepas pun dorg tak ajar cara2 tukar tayar kete.. dia cume pangil 2 3 org volintier utk tukar tyar, yg lain2 sekadar pemerhati sahaja.. pernah sekali tu time kitaorg satu family keluar beridah d bandar kk, tetiba tayar kete pecah, terlanggar suatu bende tajam.. take team aku dgn ayah rasanya tak sampai 10 minit siap kitaorg tukar tayar.. mcm pit crew f1 rasanya time tu.. hehe

setelah semuanya ok aku sambung perjalanan.. tak semena mena lampu signal kete aku plk tetiba tak menyala.. sepnjg hujung mggu lepas aku driving dlm kesesakan kl tanpa lampu signal.. hebat!



**********



td sampai rumah dalam pukul 9.00pm, tengah aku arrange barang dari blkg pikap ku masuk dlm kete tetibe terdengar bunyi.. "ssssssssssttttttt..." ku cari darimana datangnya bunyi itu.. aku aku tunduk ke bawah bunyi semakin kuat.. ku raba2 tayar kete yg besar itu tapi tak temui apa2.. org selalu berkata naluri keibuan selalunya tepat.. sekali lagi ku raba2 tayar yg besar itu akhirnya tapak tangan kanan ku terasa pancutan angin yg kuat daripada tayar itu.. terdapat paku d situ.. rasanya baru je kene paku ni, sbb tayar tak berubah bentuk lagi.. masih bulat seperti donat big apple.. "ahhh, persetankan semua ini. aku dah penat, aku nak masuk mandi, pastu nnt mlm nak kene tulis blog pasal tayar pancit ni".. bentak hati kecil ku.

picture taken at 12 midnight.. totally flat.. mcm mna nak g keje esok ni..


p/s: tahukan anda:
kalo telefon number beginning with '1800' = talian bebas tol - free of charge
kalo telefon number beginning with '1300' = talian cekik darah - try tgk iklan2 ringtone ke service apa2 ke semuanya stat dgn no ni.

Wednesday, September 1, 2010

tips2 nak matikan alam kete..

23 august 2010 (isnin)
tengah2 aku kelam kabut nak pegi keje, cari2 kunci dmax tak jumpe.. aku call amin (housemate/roomate/skoolmate/klassmate) tnye mana dia letak kunci kete, sbb dia last guna dmax aku smlm, pegi buang sampah..
dia ckp dia letak kat tempat besa, kat atas rak baju aku.. tapi aku cari2 takde jugak.. tgk2 jam dah dekat 7.45.. pegi keje naik saga je la dulu, ptg nnt baru cari balik..

petang tu kitaorg mengeledah satu rumah.. sambil amin cuba melakonkan balik aksi dia turun dari keta smlm, dia jalan kat mana, dia buat apa.. kitaorg ikut balik jejak dia, but still cannot jumpe ..

24 august 2010 (selasa)
aku call kompeni kete sewa tu, cita pasal kunci hilang then mintak kunci spare.. siap suruh call org tu, pastu org tu suruh call org ni..
last2 dorg ckp esok boleh dapat kunci

25 august 2010 (rabu)
hampir setengah hari berlalu, still tak dapat apa2 berita.. then aku call dorg tnye apa status, dorg ckp kunci courier dari kl smlm, sampai penang harini.. ptg tu baru dorg call balik ckp esok org dia hantar, kebetulan ada staff dorg nak pegi kangar, jadi boleh singah sp kejap hantar kunci kat aku.. janji dalam pukul 10 dorg sampai sp.

26 august 2010 (kamis)
aku pegi kerja dgn penuh harapan.. jam dah pukul 10.. pukul 11.. pukul 12.. tapi masih takde apa2 berita.. last2 aku yg call tnya apa cite?.. tak lama staff dorg tu call aku, ckp dlm pukul 2.30 dorg sampai.. ni yg aku hangin ni.. aku dah la ada keje time tu, aku kat site.. lain kali kalo tak boleh dtg time yg janji tu bg tau la.. takde la org ter tunggu2.. nak buat keje lain pun tak boleh.. last2 aku suruh tggl kunci tu kat budak opis aku.
balik je dari site, dlm pukul 4.30 shanti bg tau kunci spare aku ada kat dia.. hehe.. berbunga2 hati aku.. hehe

mlm tu aku ada majlis berbuka kat kelab cinta sayang.. ingat nak naik dmax la.. sekali tekan2 remote alam tu takde respon.. dah puas aku tekan2 tapi tek jadi pape jugak.. last2 aku decide bukak je pintu guna kunci.. aku masuk anak kunci, takde apa2 bunyi.. aku pusing je anak kunci, kereta menjerit!.. huh! time tu dlm lagi 20 minit nak masuk waktu berbuka kot.. aku terus masuk kete, nak stat tapi tak dapat.. alam masih menjerit2..then aku buka bonet kete.. dlm kepala otak aku nak kene cabut betri ni, baru diam.. amin keluar dari rumah tgk aku terkial2.. dia try nak tolong tapi tak alam tak nak diam jugak.. brader depan rumah pun dtg nak tlg tapi still alam tu menjerit2.. amin dah disconnect betri pun alam tak brenti2 jugak.. pening kejap kitaorg.. lebih kuang 5 minit lps disconnect betri baru alam tu diam..
lagi 5 minit nak berbuka.. aku terpaksa naik saga jugak.. still tak dapat guna dmax walaupun dah ada kunci.. HUH!!

27 august 2010 (Jumaat) - 29 august 2010 (ahad)
aku balik kamping.. berpuasa n berbuka dgn family.. dulu ustat aku ada cakap, kita tgk muka ibu bapa pun dah dapat pahala..

30 august 2010 (isnin)
baru aku dpt berita harini rupa2nya boleh cuti, sepa2 yg keje harini boleh dpt replacement cuti hari lain.. kalo aku tau tak pyh la aku balik mlm2 smlm..

31 august 2010 (selasa)
Merdeka-cuti

1 september 2010 (rabu=harini)
aku dtg opis, anuar guna pc aku.. terpaksa la aku merempat kat mana2 yg kosong.. then aku call org kete sewa tu, cita pasal masalah dmax aku tu.. mula2 dia suruh aku try pusing kunci 5kali.. tapi dia pun mcm tak sure, dia ckp dia cek dulu nnt dia call aku balik.. dlm 15minit dia call aku. dia bg tau dekat dgn wiper tu (sebelah kiri stereng) ada satu button, tekan button tu 4 kali, nnt alam tu akan berenti..
aku pun yg tengah takde keje ni, balik rumah semula.. pegi la try.. mula2 aku sambung connect balik betri kete.. alam tak bunyi, tapi hazard light menyala2.. aku tekan la 4 kali.. still menyala2 lampu.. tak lama alam menjerit2 lagi..aku try sekali lagi, tekan 4 kali, tapi takde apa2 perubahan.. okeh, kali ni aku tekan dgn lebih tenang, tekan dgn sekali..sekali..sekali..sekali..
tet tet.. alam tu brenti!..
pastu aku try stat enjin.. okeh!
denga gembira nya aku drive dmax ke opis.. aku call balik andrew bg tau dia kete dah ok, alam dah tak menjerit2 lagi, kete dah boleh stat.. cuma skrg ni aku nak lock kete kene maually guna kunci, sbb alam aku still tak boleh detact guna remot yg dia bagi tu.. dia pun ckp sementara waktu ni aku kene kunci manually la. aku ok je, asal boleh guna kete ni ok dah la.. hehe
dalam pukul 11.30 andrew call aku, dia ckp try pegi dekat kete, pastu tekan 2 2 button kecik n besar kat remot to dlm masa 5 saat.. nnt alam aku ok.. aku terus turun bwh pegi kat kete.. mula2 try takde apa2 respon pun..dlm 4 5 kali aku try, akhirnya alam aku dah berfungsi dengan jayanya.. yeyy!!


p/s: sesuai tak tajuk karangan aku ni?