Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

dok rumah makan: kari ayam

dengan rasa hebatnya aku ingin mempersembahkan..

kari ayam sangukt!



sbnrnye dulu masa aku dok kat puchong dulu, aku penah sekali masak kari ayam ni.. ada sorg mmber aku yg balik lewat (dia smpi rumah tgk2 kitaorg tgh mkn nasi beriani lauk kari ayam).. dia tak caya aku masak kari tu. dia balik2 tanya kitaorg beli kat mana kari tu?.. nasi beriani tu sbnrnya lebih drpd opis, kitaorg meeting pastu ada makan2..

ini kari ayam yg aku masak lebih setahun lepas


jadi rasanya setelah lebih setahun, aku telah berjaya masak kari ayam lagi sekali tadi.. hehe..

nnt nak buat masak lemak cili api plk la.. lagi nak buat kurma ayam.. lagi ayam masak merah.. haha.. aku rasa ini la sudut feminin yg ada dalam diri aku - aku suka main masak2..


p/s: aku tak cakap pun aku masak sedap.. ;p

jalan2 makan: mee udang mak jah



semalam pegi site kat taiping.. tetiba terasa nak singah mkn mee udang.. so apa lagi, sebelum pegi taiping tu singgah jap kat kuala sepetang.

sampai2 tgk tak ramai orang pun.. org still mood raya kot.. aku oder air tembikai dgn mee udang biasa..

ni kali ke 2 aku mkn kat mak jah ni.. dulu 1 st time aku oder special punya, udang dia besar2 ckit dari yg ni..

harga lunch aku hari tu rm 9.. agak2 berbaloi tak aa?

pasal rasa dia aku tak tau nak komen.. kalo nak tau pegi la cuba sendiri.. hehe



Sunday, September 12, 2010

menu raya

mengikut kajian dan pemerhatian aku, menu wajib atau sinonim dgn hari raya:

1. ketupat/ nasi impit
2. rendang
3. lemang/dodol
4. dll

ketupat dgn rendang ni kat mana2 negeri dlm malaysia ni mesti ada tiap2 kali raya. nak2 sekarang ni dah ada ketupat segera yg main rebus je.. tapi aku rasa ketupat dgn nasi impit ni mcm same je.. pada aku la.. hmm

rendang pulak besanya akan menjadi pasangan kepada ketupat ni la, tapi kadang2 org makan jgk dgn kuah kacang je.. kalo ketupat pulut tu org makan mcm tu je pun ada, cuma ketupat nasi kene ada pencicah dia sbb dia tawar..

lemang/dodol ni pulak, pada aku dia cuma popular d sebabkan selalu keluar kat tv je.. jarang dah org buat lemamg/dodol time raya ni.. maybe sbb nak buat dia susah & makan masa.. kalo ada pun yg beli punya.. yg buat sendiri ada jgk, tapi amat lah jarang nak jumpe.. nak2 kat area kelantan ni.. kat negeri lain aku tak tau la.. huhu

hmm.. tapi kat rumah aku ni, menu yg wajib mak aku buat tiap2 raya ialah sate!.. seingat aku dari zaman arwah nenek aku ada lagi, mlm raya mmg aktiviti utama ialah cucuk sate.. skrg ni nenek dah lama takde, mak still buat sate tiap kali raya.. hmm..

tahun ni buat 2kg ayam, 2 kg daging


skrg nak cepat, bakar sate pun guna electric je.

sate ayam & daging yg dah siap aku dgn abg aku cucuk