Monday, April 9, 2012

kita selalu terlupa

tiba2 henpon aku hang.. sesuai dgn nama tuannya, 'sangkut'.
tanpa membuang masa terus ku bukak cover belakang, cabut bateri, pasang balik. tekan butang on.
tapi tak ter'on' pn henfom mahal ku itu. almaklum lah, telefon mahal katakan, nak on pun problem. terpaksa ku keluarkan cable usb, lekatkan ke pc terus sambung kan ke henfon.. dalam 2 3 minit terbitlah gambar bateri berserta jalur2 meternya bergerak tanda bateri sedang d cas.. maka terus ku tekan butang on, maka ter'on' lah dia. setelah memasuk kan password yg sungguh mencabar minda, keluar lah gambar org sedang bersalam berserta lagu intronya, "tengtengteng.. tegn.. tengggg.."..

setelah keluar segala gambar2 interface yg sepatutnya, aku pn cuba menekan butang menu, namun dia masih hang lagi. katanya "use keyguard switchscreen or keys to unlock" sambil menunjuk gambar d mana letaknya keyguard itu, menganjing seolah2 aku ni tak tau kat mana. berkali2 ku gerakkan keyguard d bhgn tepi henpon ku, namun tetap tiada apa2 yg berlaku.. "hampeh!" aku menjerit dlm hati.

ku ulangi perbuatan di atas (cabut beteri pasang balik tggu 2 3 minit, on).. namun hasilnya tetap hampa..hampeh. setelah 3 kali tidak berjaya, ku ubah tektik ala2 jose morinho megubah tektik permainan chelsea suatu ketika dahulu. ku bukak bateri, biarkan dia dalam stngah jam, pastu pasang balik. tapi tetap sama. teknik morinho ku tak menjadi nmpknya.. ku bukak lagi bateri, kali ini ku biarkan henpon berbogel seginggalah hampir waktu balik, 6 pm waktu tempatan, bersamaan 4 ptg waktu malaysia.. namun masih tidak membuahkan hasil.

"huh, menyesal aku tak tukar henpon baru time balik cuti haritu". sememangnya aku berhajat membeli henpon baru time balik cuti haritu, setelah d racun oleh bos ku dgn iphone4 nye. kebetulan pulak henpon adik aku rosak, ingat nak bg dia je la hanpon aku ni. tp memandangkn dia pn dah beli henpon baru, dan aku pegi beli jam tgn, maka ku batalkn sja niat ku utk menukar henpon baru.

sampai ke bilik, aku pn sambung kabel charger kat henpon yg hang itu. terus ku ke toilet mengambil wuduk, waktu asar hampir sja habis. kalau time subuh org selalu gelar subuh gajah, tp time asar ni asar gajah jgk kot?  selepas selamat menunaikan kewajipan sebagai seorg hamba kepada yg maha Esa, aku try skali lagi utk on henpon aku. tapi kali ni berbeza ckit. sebelum kutekan butang on, ku lafazkan "Bismillahhirrahmannirrahim"

sekali henfon berfungsi seperti biasa. elok je.


Friday, April 6, 2012

inspektor remos

harini sampai isnin dpn cuti.. easter day katanya.. aku pn tak tau apa tu easter day?.. tapi mcm biasa, aku kerja 10jm sehari, 7 hari seminggu selama 5 bulan tanpa henti.. haha.. 

tengah sibuk2 buat karangan, tetiba ada inspektor remos.. tgn laju je tekan x. hilang semua..

huh, dasar inspektor remos!

p/s: takde remos pun.

Sunday, April 1, 2012

moden

"Koko (bukan nama sebenar) tu takpe, dia dah moden dah. dia dah biasa minum2 ni.."

~ ~

nak moden kene minum2 ke?

kalau tak minum2 ni, mundur ke?

Sunday, March 25, 2012

hantu

dlm sebulan dalam lebihkurang 2 kali aku keje overtime. keje smpi pkul 12 mlm.. pegi ambik sample setiap jam.. pegi wwtp..

tetiba aku terpikir.. sorg2, sunyi2, mlm2 ni.. agak2 mcm mna kalo tibe2 tersempak dgn hantu?!.. tapi, kalo jumpa hantu, mcm mna plk rupa dia aa??.. takkan berbungkus kain kapan mcm pocong kot?.. kat sini manada kain kapan mcm kat tmpt kita.. ke rupa mcm org asli pakai cawat, muka conteng2 tu kot?

hmm.. kalo aku jumpa hantu pn, tp aku tak tau dia tu hantu, jd mcm mna aku nak takut?..  




harap2 dpt ambik gambar hantu..

Tuesday, March 13, 2012

tempat megadu



1. manusia zaman sekarang mempunyai tempat mengadu, iaitu FB.

2. semua masalah (termasuk bukan masalah) akan d kongsi d FB.

3. ianya akan di luahkan di dinding (wall) FB.

4. secara tidak langsung dinding ini boleh d kenali sebagai dinding mengadu.

5. (hampir) semua org akan merapati kekesalan, kemarahan, kegembiraan, ketidakpuasan hati, dan bnyk lagi 'ke'..'an'.

6. dgn berbuat demikian, sedikit sebanyak mereka akan merasa lega (katanya).



hmm..



7. mengikut mereka yg kurang bijak berbahasa inggeris (seperti saya), wall = dinding. dan dinding = tembok

8. dinding (wall) di FB digunakan untuk mengadu atau meratap, = dinding ratapan = tembok ratapan.

9. tembok ratapan = http://id.wikipedia.org/wiki/Tembok_Ratapan

10. inference = secara tak langusng menyerupai amalam org yahudi.

11. sepatutnya, meratapi, merayu kepada yg maha Esa, melalui doa, solat malam, dll (aku bkn ustat, harap maaf jika salah).

12. fnatasi = FB. realiti = tembok ratapan



info tambahan



13. http://blogserius.blogspot.com/2012/03/serius-bodoh-mati-kemalangan-selepas.html

14. agama menganjurkan wasatiah (bersederhana).. berserdehanalah dlm apa2pun.. termasuklah update status FB.

15. saya ada hobi baru. hobi baru saya membaca. termasuklah membaca ratapan org ramai. semasa d skolah rendah dulu, ada tertulis besar2 d bangunan sekolah 'membaca jambatan ilmu'.

Sunday, March 11, 2012