Saturday, March 23, 2013

remaja

"zaman remaja merupakan zaman kecelaruan identiti"

merujuk kepada ayat diatas, maka terbuktilah ianya benar.~sambil membelek-belek gambar-gambar lama.

oh bertapa bercelarunya identiti aku suatu ketika dahulu.. 



********


pertambahan umur membuatkan kita merenung kembali apa yang telah kita peroleh sepanjang tahun-tahun yang lepas. Sambil merencana untuk menempuhi masa hadapan, jangan lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Nya selama ini.



p/s: akukah yang tidak remaja lagi?

Saturday, January 26, 2013

Argo-go??

memula tgk cerita ni (Argo), aku tertido. Sbb slow sngt. dvd yg mmber aku bg tu gambar dia clear, tapi dia punye subtitle ntah apa2 yg la. lain yg org ckp, lain yg dia tulis. tukar subtitle bahasa melayu, lagi la jahanam. p/s: kalo tgk dvd cite omputih, aku suka on subtitle bahasa omputih. al maklumlah, aku tak berapa pandai sngt cakap omputih. maybe itu pun antara penyebab aku terlelap masa awal2 cerita ni-sbb subtitle mengarut2.

malam esok aku sambung tgk cite agro. cerita ni pasal 6 org amareka terkandas kat Iran. time to org iran mmg anti gile kat org amerika. kalau jumpe konfem2 dorg kene bunuh. jadi ada lah misi utk menyelamatkan 6 org ni. d pendek kan cerita, seperti yg aku jangkakan, 6 org amerike ni berjaya keluar dari iran dgn selamat.

walau pun aku dah boleh agak mesti dorg selamat, tapi aku tetap jgk berdebar2 & saspen sepanjang tgk cerita ni. aku rasa perasaan berdebar2 ni sbb aku mcm boleh terasa perasaan 6 org tu. duduk kat negara asing yg keadaan sekeliling huru hara, jauh dari family. huh.. disebabkan aku tertarik dgn cerita ni aku pun google la nak tgk samada cerita ni kisah betul ke (base on true story)? apasal aku tak pernah dgr pun tajuk cerita ni, cita baru ke ni?.. 2 3 mggu lps tu cerita ni menang award kat golden globe award. oh..

beberapa hari lepas tu..

tengah aku dgn bos aku having dinner, tiba2 ada mmber kitaorg dtg bg tau, ada org mati kat bilik. sakit jantung. dgr cerita org call dia tak angkat phone, pastu dorg decide pecah pintu bilik dia. tgk2 dah keras kat atas katil. si mati merupakan warganegara philippin, berumur 46 (kalau tak silap). dgr cite lagi, mlm sbelum kejadian dia ada call bini dia bg tau sakit dada. abg dia pn ada keje kat sini jgk, tapi abg dia pn tak tau kat mana bilik dia - punya la tak rapat dorg adik beradik ni.
p/s: abg dia dulu kerja position aku skrg ni. tp sbb ada kes, dia kene pindah dept lain, and aku skrg berada disini.

beberapa hari lepas tu pulak..

kecoh pasal gas plan kat algeria kene hijack dgn terrorrist. aku tgk gambar dalam paper site kat algeria tu mcm kat site aku ni je. ini yg mmbuatkan aku lagi interested nak follow cerita ni. mula2 dorg cakap ada 2 org malaysia kat sana.. 2 3 hari lps tu konfom yg 5 org malaysia ada kat sana, 3 org dah berjaya d kesan lagi 2 org masih hilang. lps tu konform sorg tu dah meninggal, sorg masih hilang. semalam aku baru tau rupa2nya yg hilang tu adik sorg brader kat sini. brader ni client kitaorg (Exxon), dorg ckp skrg dia dah balik sbb kes adik dia hilang tu.

pagi tadi aku jumpa mmber kat pantry time buat air, sembang2 dgn dia pasal kes kat algeria tu, sbb dia dulu pernah kerja algeria sebelum dtg sini. lps tu dia bg tau dah konfem dah. dah jumpa da adik brader tu. konfem meninggal. aku bukak paper online takde pn lagi update pasal cerita ni.


huh..



Tuesday, January 1, 2013

2013

hari ni, 2013, dah masuk tahun ke tiga aku kat Papua New Guinea (PNG). tapi mengikut perkiraan jumlah jangka masa aku kat sini.. baru setahun, 3 bulan, 15 hari +-.

sepanjang setahun lebih aku kat sini apa yg aku boleh gambarkan tentang org2 kat sini, majoritinya berkulit sawo matang yg terlebih matang nya. nak kata hitam, takde la hitam mcm negro or afrika tu. tapik kalernya agak sedikit hangus jika dibandingkan degan orang melayu kita. susuk tubuh badan diaorag pulak besar. kerangka badan diaorang lebar. dan hidung pun lebar jgk. rambut kerinting. memang susah nak jumpa yg rambut lurus. lagi satu, tabiat dorg adalah suka makan penang. kat sini dorg panggil 'betel nut'. disebabkn tabiat dorg yg suka kunyah betel nut ni, jadi gigi dorg kaler merah. lagi satu keburukan kunyah betel nut ni, dorg suka ludah merata2, dan bekas ludah tu akan meninggalkan kesan warna merah. kalau pergi town, dekat traffic light, tgk kat atas jalan penuh warna merah2 kesan ludah. hampir kat mana2 korang akan jumpa kesan kaler merah ni. lagi satu, jumpa org jalan kaki ayam tu adalah normal. kadang2 tu pakai selipar sebelah je. tapi bkn lah majoriti yg berkaki ayam, kalau nak buat statistik maybe dalam sepuluh org tu ada 1 atau 2 org yang berkaki ayam.

okeh, berbalik kepada tahun baru 2013. tahun baru ni adalah tahun baru yangg kedua aku sambut kat PNG. tahun 2011, aku sambut kat Kedah. mlm new year tu semua mmber housemate aku keluar. ntah dorg pergi celebrate kat mana? aku sesorg dok kat rumah tgk tv. tahun 2010, rasanya aku kat kl kot. tahun2 sebelum tu entah la tak ingat sudah. tapi aku mmg tak reti nak sambut sngt tahun baru ni. dulu2 biasanya pn tgk bunga api dari rumah je. tgk tv. itu je la aktiviti d mlm new year.

kalau bercerita pasal new year, pasti tak akn terlepas dgn cerita pasal azam. dan sejujurnya, aku tak pernah berazam setiap kali masuk tahun baru. semua org akan ada azam masing2. pada aku, aku cuma nampak tahun baru adalah sama jugak mcm hari2 biasa. mcm ko memasuki hari esok dari pada hari ini. yang berubah hanyalah tarikh. Jadi, jgn lah jadi mcm aku, sambut lah tahun baru dgn azam baru.

okeh, cukuplah sampai disini aku mengarut. cukup sampai disini untuk karangan pertama tahun 2013 ni. tiba2 aku rasa tahun 2013 ni aku rasa mcm lain sikit. sambutan tahun baru kali ni walau pn mcm kebiasaannya, aku keseorangan. secara fizikalnya aku berseorangan, tapi sebenarnya pertukaran tahun 2012 ke 2013 aku tidak berseorangan. ada  jgk org yg sudi meneman, mendengar aku mengarut. terima kasih kerasa sudi melayan. semoga nnt kita boleh bertemu..physically.




Sunday, December 16, 2012

cinta monyet


punya la payah aku nak mengayat.. hampir 2 tahun aku try.. langsung tak kene layan.. sikit pun tak ada tanda2 apa2 respon yg boleh d banggakan.. aku pun dah mula tak memberi kan harapan sangat.. lagi pun SPM dah dekat.. tumpuan lebih terarah kepada SPM..

last day sekolah, tiba2 si sincan (budak junior) dtg kat aku.. bagi satu bungkusan.. kata sincan "*** bagi. dia pesan jgn bukak selagi belum balik rumah. lagi dia pesan jgn bg tau org lain yg dia bagi ni". terkesima kejap aku. perasaan berbunga2 + terkejut + tension.

nak tunggu balik rumah baru boleh bukak?.. nak tunggu berapa minggu lagi tu??.. dalam 2 3 minggu lagi baru SPM abis (aku dok asrama). baru boleh nak tgk apa benda ni?.. ahh!! tensen2.. namun, aku adalah typical lelaki, jadi aku bukak jugak tgk apa kebendanya tu.. hehe

ada kain kaler krim, ada surat, ada kaset (zaman dulu cuma walkmen, tiada mp3 mahupun mp4).. aku bukak surat tu, lebih kurang mcm ni bunyinya.. "kain tu mak yg pilih. dia cakap....(lupa dah). rasanya nak buat baju melayu tahun ni tak sempat, jadi buat tahun dpn je la ye. kaset ni ada lagu2 yg saya suka dgr. kalau awk bosan2 dgr la lagu2 ni ye".. lebih kurang mcm tu la bunyinye.. kot?.. haha..wah, hebat betul aku ni, belum apa2 lagi mak dia pun dah sapot support (jumpa pun tak pernah). cerah masa depan!. haha

tak ingat  dah hari ke berapa SPM, akhirnya aku buat keputusan nak call dia mlm tu. (zaman aku ambik SPM time tu bulan puasa). maka mlm tu lepas smyg terawih, lepas supper. aku pun menuju ke telefon awam kat bawah tangga aspura. dgn bebekalkan beberapa keping duit syiling 50sen & 20sen, dan dgn berdebar2nya aku pun mendail no rumah dia. aku pun tak berapa ingat dah apa yg aku cakap (maklum lah 10 thn lepas punya cerita). yg aku tau aku tak tau nak cakap apa. hantam la labu. haha.. 

tapi yg aku ingat, dia bg tau dia tgh tolong mak dia nak buat ketupat.. dan itu lah kali terakhir aku berhubung dgn dia. dan yg terbaru aku tgk dia dok masak kat dalam tv!.. haha 

last aku sembang dgn ko, ko tgh memasak. dan yg terkini aku dapat tau pasal ko pun pasal masak2 jgk. Haha!

Monday, December 3, 2012

December

huh.. pantas betul masa berlalu.. sepantas aku lari 100m..
sedar tak sedar dah masuk December.. sampai terlupa nak nyanyi national anthem of November, 'November Rain'.. when i look into your eyes, i can see a love restrained..


p/s: gambar takde kene mengena dgn tajuk mahupun isi kandungan karangan

Thursday, November 15, 2012

rindu ku pada mu..

sejak dua menjak berkawan dgn org2 luar ni, baru aku perasan yg malaysia ni sangat kool.. terutamanya kalau d bandingkan dgn jiran2 kita..

kool sbb malaysia ada 'KL'.. kalau filipin dorg ada manila, kalo indon dorg ada jakarta, kalo thai dorg ada bangkok, kalo singapore dorg ada ?? apa dorg ada aa??..

betapa tak kool nye capital city dorg.. nak sebut pn kena sebut nama penuh, terasa mcm skema la plk.. hehe

oh.. betapa rindu ku pada mu.. tanah air ku..

proud to be Malaysian.

Sunday, October 14, 2012

flashback

pada suatu hari, dengan penuh berhati2 dan berdebar2 aku masuk ke sebuah kedai telefon di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota..
sedang otak aku terfikir2 menyusun ayat utk berkomunikasa dgn awek jurujual, tiba2 mamat seblah aku dgn fluent-nya speking dgn awek tersebut.. aku pandang mamat tu kiri kanan, lebar lebuh kurang 2x aku.. tgk atas bawah.. muka mcm dah dekat 40an dah.. kaki ayam!!??

oh, setahun lebih dah aku kat sini.. cepat sungguh masa berlalu..



p/s: base on true story, 1st time keluar ke Port Moresby.