Friday, July 4, 2014

Back to the Future

Jawapan kepada soalan daripada diri sendiri kira-kira 3 4 tahun lepas (Soalan)

InsyaAllah, masuk tahun ni dah 3 tahun TAK BALIK!

Sunday, March 2, 2014

antara bulan dan api


night time noise monitoring.
mula2 smapai kat site, terkesima sekejap dengan panorama ini. kebetulan mlm tu bulan penuh, kitaorang p buat noise monitoring sebab masa tu flaring baru-baru je stat. jadi api dia agak besar, bunyi pun agak kuat jgk la. 
pertembungan 3 cahaya. Bulan, Flare, dan lampu kereta.

p/s: aku tukang ambik gambar. dlm gambar tu mmber aku (orang kerala, india) tengah tgh reading kat noise level meter.

Sunday, February 23, 2014

meditation room


Suatu hari tu kecoh satu negara sbb ada org cina buat upacara sembahyang diorang (budha) kat dalam surau kat area sebuah chalet d terengganu. Selepas diselidik, orang-orang (cina) tu merupakan warga singapura dan pengusaha chalet tu pun orang (melayu) singapore jugak (kalau tak silap aku la).

Pengalaman aku pegi singapore (singgah airport je), kat aport dorang tak ada surau, yg ada cuma prayer room je. masa mula2 aku nak travel pegi PNG dulu, ayah aku dah pesan, "nnt kat changi takde surau, yg ada cuma prayer room je", pesan ayah yg mana bermaksud jgn tinggal solat!.

1st time aku transit kat changi, nak p solat jamak masuk2 je prayer room tgk ada makcik dok ambik wuduk. kesian plk aku tgk makcik tu, mcm serba salah plk. dah tempat wuduk cuma 1 je. maksudnya area wuduk tu tu campur laki dgn pompuan, takde asing2.

Lepas-lepas pada tu mmg tak jumpa dah kelibat org pompuan kat surau (tgh wuduk) tiap kali aku singah Changi, cuma yang terbaru kali ni aku p prayer room, sekali tgk ada org putih dok dalam tu. Orang pompuan. Aku masuk letak beg, tengaok sorg ddk kat atas kerusi, sorg dok kat bawah. Ntah la apa dorang dok buat? Duduk diam2 je kat situ. Ada sorg mamat tgh solat kat saff depan. 2 org minah salleh ni dok kat belakang. Macam pelik pulak rasanya. Aku pun keluar balik nak ambik wuduk, kebetulan ada sorg brader (airport staff kot?) baru lepas berwuduk. Dia masuk je tgk 2 org minah salleh ni dia pun bg tau, suruh dia dok kat sebelah sana (tempat perempuan-sebelah tabir), kat sini bahagina lelaki. "Oh, yeke? Sori2 kami tak tau. Terima kasih lah ye", kata salah sorg omputih tu dalam bahasa org putih. Lps tu aku tgk dorang bukannye pegi kat sebelah tu, dorang terus keluar blah dari situ.


pandangan dari luar kat tempat ambik wuduk. tempat pompuan kat sebelah sana sebelah tabir nuh.


Pada aku, yang mula2 aku terlintas dalam kepala otak bila dgr cerita org budha sembahyang dalam surau ni.. "dah org islam sendiri tak p solat kat dlm surau, tu yg org lain p sembahyang kat situ". pastu nak bising2 pulak.

Jadi rajin2 kan lah diri solat jemaah di surau atau pun masjid.. muhasabah diri..


Wednesday, February 19, 2014

Sydney
























Hujung bulan lepas aku cuti. Tapi sebelum balik kampung bercuti, aku mengada-ngada p singah Sydney. Konon-kononnya nak p melancong la. Nak jugak merasa perasaan bercuti kat tempat orang. Alang-alang aku dah kat Papua New Guinea, sebelah je dengan Australia ni. Bak kata org putih, now or never. Mungkin lepas ni kontrak aku tak akan di extend lagi. Lepas abis projek kat sini, balik kampung tanam anggur la dulu kot?.. huhu 

Pengalaman yang agak menarik jugak la. Satu pengalaman baru jalan-jalan sorang-sorang kat negara orang. Cuaca time aku pegi tu memang best, tak terlampau panas, tak terlampau sejuk. Orang-orang kat sana adalah sangat multicultural. Bukan setakat orang putih je, orang cina, india, arab.. pendek kata macam-macam wajah ko boleh jumpa. Tapi diaorang punya slang tetap standard orang aussie.

Aku pergi tanpa sebarang rancangan yang teliti. Aku just berjalan-jalan ke mana yang aku rasakan aku nak pergi. Aku sorang-sorang, jadi takde siapa yang boleh menghalang atau memaksa aku melainkan diri aku sendiri. Best, tapi kadang-kadang rasa jugak bosan. Aku pun cuma singgah je, bukannya pegi bercuti. 2 hari je untuk berjalan-jalan.

Thursday, January 2, 2014

Samson

hai samson..
apa awak panggil saya tadi?.. nama saya bukan samson. awak salah orang kot?
saya tak tau nama awak, saya baca tulisan kat baju awak tu je la.

SAMSUNG - jersy Chelsea

p/s: Chelsea menang lagi smlm

Sunday, October 27, 2013

hilang entah ke mana

semalam idea mencurah2 macam air hujan (shower) nak post, sampai je time dok depan pc.. semuanya hilang entah kemana.. huh

 

Sunday, July 21, 2013

Pengalaman Ramadan

Sepanjang hidup aku yg menghampiri 3 series ni, ada beberapa perkara / peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadan yang sampai hari ni aku masih ingat.

*****

1st puasa.
Kalau tahap ingatan aku masih betul, aku rasa aku mula puasa penuh (penuh satu hari, bukan satu bulan) masa aku kat tadika kemas. Aku ingat masa nak pegi tadika, mak aku bagi bekal kek letak dalam beg aku. Dia cakap, “ni ada kek, kalo tak tahan makan la kek ni”. Tapi aku tak makan pun. Balik rumah pun aku tak makan sampai waktu berbuka. Itu yg aku ingat peristiwa 1 puasa penuh aku. Hari2 biasa cuma puasa separuh hari je, tapi hari tu aku puasa cukup satu hari. Sebab tu sampai hari ni kalau aku tgk ada org dah tua bangke pun tak reti nak puasa, tak tahan lapar, aku rasa mcm "engko ni dgn budak tadika pn kalah". 1990.

*****

Aku kaya.
Suatu malam masa solat terawikh kat masjd negeri sabah, mcm biasa lepas habis solat semua Jemaah akan saling bersalam salaman antara satu sama lain, tak kira kenal ke tidak. Tiba-tiba sorang pakcik ni time salam dia picit-tangan aku. Mula-mula aku ingat pakcik ni aku kenal, tapi lepas aku perati muka dia baik-baik, tak kenal pun. Aku pun senyum sengeh kerang busuk sambil tengok muka dia. Lepas dia lepas je tangan aku, dia cakap “suatu hari nanti ko akan jadi kayai”, dan terus berlalu pergi. Aku terkesima. Tersedar dari lamunan aku cuba cari pakcik tu, tapi tak nampak dah, tenggelam dek lautan manusia menuju keluar masjid. Esoknya aku cerita dekat mak pasal kejadian mlm tu. Sambil jemur kain (ke angkat kain??) mak pun cerita, masa dia kecik dulu ada jugak cerita lebih kurang mcm ni. Sorg nenek bagi tau kat sorang budak, “ko akan jadi kaya”. Budak ni pun gembira tak terkira, terus berlari ke rumah, menuju ke bilik, diambil tabung dan dipecahkan tabung tu. Abis tuit tabung tu dibelanja. Maka betul lah apa yg nenek tadi tu bagi tau, budak tu telah pun jadi kaya dgn duit tabungnya itu. p/s: masa ni aku baru je tggl kat sabah, maybe apa yg pakcik tu cakap lain, aku dgr lain. tak berapa fasih lagi slang sabah. 1998.

*****

Ramadan sedih.
Sebelum ni ayah selalu smart kalo pegi masjid. Pegi smyg kat masjid mesti ada baju khas, tak pakai baju ni utk hari2 biasa. Kalo smyg terawih mesti 20rakaat sampai habis. Tapi bulan ramadan kali ni, ayah p smyg pakai baju kemeja dgn sluar slack (baju kerja) je. Smyg pun setakat 8 rakkaat je. Satu hari ternampak ayah dari jauh, terasa sedih pulak. Aku dgn baju melayu, kain pelikat tgk ayah dok smyg witir lepas 8 rakaat terawih. Lepas tu ayah terus blah.. tiba-tiba terasa sebak, sbb aku tau ayah terkejar-kejar, nak jaga mak kat hospital. Tahun ni kitaorg beraya kat hospital. 2001.

*****

Masjid ke masjid
Entah kenapa tiba-tiba tahun ni aku semangat betul nak pergi terawih. Tahun lepas rasanya aku pergi terawih 2@3 kali je kot? Mungkin tiba-tiba timbul kesedaran dalam diri (sbb dah tua). Tahun ni je, 9 hari puasa dah 9 masjid/surau aku p terawih kat sekitar sg.petani ni. ada masjid BN, ada masjid Pas, ada yg baca laju, ada yg baca pelahan, ada yg buat 4rakaat+ceramah+4rakaat, ada yg buat witir 3 rakaat 1 salam, ada yg imam terawih budak je lagi (budak tahfiz rasanya) & macam-macam lagi. Bulan puasa ni jgk aku resign keje lama aku sbb aku dpt offer nak pergi Papua New Guinea. Jadi lagi 2nd half Ramadan tahun ni aku smyg masjid/surau kat kg je. Haa! Baru aku ingat kenepa aku semangat nak terawih. Sbb aku terpkir mgkn tahun2 depan aku tak berpeluang utk solat terawih lagi. Betul la orang cakap, kita akan menghargai sesuatu itu apabila kita kehilangannya.2011.

*****

PS2 & TV

Tahun ni aku dapat housemate baru. Actually dia ni kosmate aku time study dulu jgk, Cuma dulu dia dok kat site, skrg dia dah balik opis,  jadi dia tggl dgn aku la. Jadi takde la baru berkenalan. Masa ni aku bujang lagi (eh, skrg pn bujang lagi) dok rumah sewa sorg2 je (sblum dia masuk). Disebabkan kitaorg masing2 bujang, maka makan utk berbuka bukanlah masalah. Org lelaki (terutamanya bujang) tak cerewet sngt bab makan2 ni. Hampir setiap hari kitaorg buka puasa kat masjid berdekatan dgn rumah. Dan hampir setiap hari jugak kitaorg berterawih kat masjid tu. Disebabkan bulan puasa adalah bulan tak banyak aktiviti yg boleh dilakukan, maka housemate aku ni rasa boring kat ruamh, sehinggalah dia mengcadangkan kitarg kongsi beli ps2. Zaman ni ps2 dah murah dah, RM300 dah boleh dapat dah +10cd. Jadi kitaorg tong-tong RM150 sorg. Sampai rumah dah tak sabar nak main, sekalinya tak boleh. Sbb tv kitaorg (tv mmber aku) tv lama. Takde port AV. Disebabkan tak boleh blah dgn situasi tu, esoknya kitaorg tong2 pulak beli tv. harga pun lebih kurang RM300 jgk rasanya, tv besar gedabak. Seksa nak mengagkut pegi tingkat 3. Maka semenjak hari tu kitaorg pegi masjid utk buka puasa dgn solat magrib je. lps tu dok rumah main ps2 je kejenye. 2008.

*****