Assalamualaikum
WBT & Selamat Sejahtera.
Masa aku umur
5 tahun, masa aku mula2 masuk tadika dulu.. aku pernah terfikir, menyesal sebab
tak menggunakan masa sebaik mungkin semasa dok kat rumah.. tgk skrg dah tak
boleh nak rilek2 kat rumah, tiap2 hari kene pegi tadika.. pukul 11 baru boleh balik..
aku berfikir sambil melihat jam yg belum pukul 11 lagi.
Masa aku umur 13 tahun, masa mula2 aku berjauhan dgn
family, masa aku stat masuk skolah asrama penuh.. sambil dok lepak atas bukit, sambil
bayu laut menampar2 manja pipiku, sambil mata memandang pantai.. terdetik d sudut kecil hati
aku.. satu perasaan yg sama apa yg aku pernah pkir time aku umur 5 tahun dulu..
menyesal tak menggunakan masa dok kat rumah sebaik mungkin, skrg dah kene dok
asrama, selain cuti panjang, paling kerap sebulan sekali je boleh balik.. itu
pun 2 hari je (sabtu & ahad).. entah dari mana tiba2 satu suara membisik
ketelinga aku.. satu semangat yg mengatakan aku tak boleh berfikiran seperti
budak 5 tahun tu lagi.. daripada asyik menoleh ke belakang, aku mengalih
pandangan ku ke hadapan.. aku melihat ke masa hadapan, apa yg bakal aku lalui
selepas ini.. aku cuba rangkakan bagaimana perjalanan hidup aku selepas ni..
apa yg aku dapati, selepas dari saat itu.. rumah bukanlah tempat tinggal aku
lagi.. rumah merupakan persinggahan aku sahaja.. lepas sekolah aku akan sambung
belajar asasi/metrik, lepas tu masuk U, lepas tu kerja.. jadi dah tak ada masa
utk aku d rumah.. maka sejak dari hari itu aku tak pernah pun terfikir rumah
(rumah parents aku) merupakan tempat tinggal aku.
Ini bukanlah
bermaksud aku dah taknak tinggal dgn mak bapak aku.. bukan aku dah tak sayang mak
ayah aku.. tapi aku kena rasional.. aku kena sedar yg aku semakin hari semakin
dewasa.. aku dah tak boleh bergantung kepada kedua org tua aku utk teruskan
hidup.. aku kena jadi manusia.. untuk apa aku belajar bersungguh2?.. supaya mak
bapak aku boleh belikan hadiah sbb dapat no.1?.. supaya balik rumah nnt boleh
mintak apa2 je dgn mak ayah?.. supaya boleh jadi anak kesayangan?.. huhu..
jawapannya d samping dapat membanggakan kedua org tua, matlamat utamanya adalah
utk diri aku sendiri.. supaya aku boleh terus hidup. dan kalo boleh boleh hidup
senang d masa hadapan..
Sembang pasal
kerja ni, esok akan bermulalah satu episod baru dalam kehidupan aku menempuhi alam
pekerjaan ini.. mungkin ada mmber aku yg dah tau, mungkin jgk ada mmber aku yg
tak tau lagi. Dan mungkin ada mmber aku yg tau ckit2, tapi tak tau hal yg
sebebnarnya.. maka d sini dgn rasa rendah diri yg teramat sangat, aku ingin memberi
tahu bahawa esok aku akan memulakan perjalanan menuju ke negeri org.. aku akan
bekerja d Papua New Guinea (PNG). Satu Negara yg pada aku, aku tau kat kat sini
ada org makan org.. sebelum2 ni kalo dgn PNG itu je yg terbayang dalam kepala
otak aku.. aku pn tak ingat dari mana aku dapat fakta tu.. tp apa yg penting,
tak pernah pun terlintas d benak fikiran aku yg mana suatu hari nnt aku akan menjejakkan
kaki ke Negara tersebut.. apatah lagi bekerja d sana.. huhu..
Sebenarnya aku
dapat offer secara tidak rasmi sejak awal bulan 6 dulu lagi, tapi aku tak bg
tau siapa2 pun.. sbb benda pun tak official lagi, baru org sembang2 je.. Cuma ada
la mmber2 terdekat yg aku bg tau.. ada jgk mmber yg aku tak bg tau pun dorg dah
tau, sbb bos dorg yg offer aku.. haha.. lama2 benda mcm nak konfem dah aku ada
la bg tau ckit2 mmber lain.. lately ada mmber yg dpt tau dari org lain pasal aku nak p sna,
n drpd cara percakapan dorg, aku rasakan dorg mcm kecik hati sbb aku tak bg tau dorg..
sbnrnye aku bkn taknak bg tau.. sbb benda pun tak konfem lagi, jadi aku taknak
la heboh2.. bak kata pepatah yg mana lebih kurang mcm ni bunyinya, ‘bunyi guruh
d langait, air tempayan sudah d curah’.. jadi aku taknak la membuang air
tempayan tu, hujan tak turun pun lagi.. baru bunyi guruh je.. karang tak pasal2 kene marah dgn mak sbb buang air tempayan, hujan tak turun2 jgak.. mak ckp aku membazir, membazir itu saudara saitan.. paham?.. tak paham?.. bagusss.. lagi
pun, jujur aku katakana aku sbnrnye tak berapa yakin betul ke aku bleh dapat
offer mcm ni?.. mcm tak caya je.. aku rasa aku ni kerje bukan la bagus sngt..
biasa2 je.. aku tgk ada ramai lagi org yg aku rasa dia kerja jauh lagi bagus
dari aku.. lagi pun sbnrnye aku takut timbul perasan riak dalam diri ni.. sbb
aku pnye blog ni cume ada 8 org je yg follow, jd aku anggap dgn tulis kat cni
takde la aku mcm nak menunjuk2 sngt, berbanding kat fb aku ada 443 members..
sbb tu org tnye kat fb aku nak p mna aku tak nak jwb.. aku bg hint2 je.. hehe
D sbbkn aku
dapat offer ni jgk la keluar karangan aku yg bertajuk ‘malang tak berbau, rezeki ada bau ke?’.. walaupun cerita karangan ni takde kenemengena langsung
dgn aku dpt offer p PNG ni (mcm aku ckp td, aku taknak buang air dlm tempayan
selagi hujan belum turun), tapi aku sbnrnye tajuk karangan ini lebih menjurus
kepada aku masih lagi tak percaya yg aku dpt offer ni.. selain itu, karangan
aku bertajuk ‘setahun sudah..’ sebenarnya ada ckit berkait kepada keterujaan aku
terhadap offer yg aku mcm tak percaya ni.. cita2 yg aku target lepas zaman
sekolah dulu, yg aku ckp telah bertukar menjadi angan2 akibat ketidak sampaian
itu sbnrnya ialah, aku berhasrat melanjutkan pengajian ke luar Negara.. aku
selalu tgk dalam paper ucapan2 raya drpd pelajar2 oversea, yg mana tiap kali
aku tgk tu aku berpesan dalam diri aku, “suatu hari nnt aku akan ada kat sini”..
aku nak org tua aku bangga, anak ada jgk anak dorg belajar luar Negara.. dan
setelah aku sangkakan cita2 aku tu telah menjadi angan2 rupa2nya ia kembali
bersinar.. walaupun aku tidak keluar Negara utk belajar, namun berjaya ke luar Negara
jgk.. dapat mencapai cita2 aku utk membuat kedua org tua ku berbangga dgn anak
mereka.. terutama ayah aku, yg mana aku dpt rasa kekecewaan dia time dpt tau yg
aku dpt sambung belajar kat U dalam jurusan yg dia langsung tak d jangkakan.. time
tu aku pun sbnrnye sngt kecewa dgn diri aku.. tu la bnyk main time metrik..
mmber2 lain sume dpt engineer, aku?.. hmm..
Kadang2 aku
masih lagi tak percaya dgn perkara yg menimpa diri ini.. dan selalu membuat
aku berfikir mengapa aku?.. aku rasa aku ni kerja bkn la bagus sngt.. nak kata
aku ni pandai berkata2 tak jugak.. kalo org yg kenal, aku ni tergolong dalam
golongan org yg lebih bnyk berfikir dari bercakap.. kadang2 bercakap pun dalam
kepala je.. namun setelah berfikir panjang, dalam masa sebulan aku menghabiskn
masa kat rumah ni.. aku rasa sebab utama aku d limpahkan rezeki Allah ini ialah
sbb ke2 org tua aku.. aku yakin mak aku sorg yg sngt naif. dalam hati dia takde ckit pun prasangka buruk terhadap org.. kdg2 aku rasa kalo org nak tipu dia senang2 je.. tp Allah itu maha adil, dia temukan mak aku dgn ayah aku, yg mana ayah adalah sorg yg cukup sempurna utk mak.. Doa seorg ibu
terhadap anak2 dia sngt la mustajab.. mak sentiasa mendoakan anak2 dia.. jadi
aku nasihatkan korg2 yg dah jadi mak jgn la terlampau marahkan anak tu kalau
dia nakal.. nak marah tu mmg boleh, dan perlu sbnrnya.. tp jgn lupa doakan yg baik2,
semoga dia berubah menjadi insan yg terbaik.. jgn la sesekali doa yg bukan2 utk anak2 kita(kita?)..sbb doa ibu itu sungguh
mustajab.. kepada anak2 plk jgn la sekali2 terlintas dlm hati utk benci atau marah dgn mak.. sbb dlm alquran pun ada ckp, kita sebagai anak tak boleh membantah ckp mak walaupn dgn berkata 'ah' sekali pun(betulkn kalo silap).. kalo tidak jadi la si tanggang.. itu la contoh paling mudah.
satu lagi yg aku nak ingatkan (termasuk diri sendiri), kita bekerja ini kerana Allah.. rezeki itu datang drpd Allah.. kalo tak silap aku, sesungguhnya ajal maut, rezeki, jodoh setiap org itu telah d tulis d loh mah fuz sebelum dia lahir ke muka bumi ini lagi(betulkn kalo salah).. jadi apa2 kerja yg kita lakukan kerja lah dgn ikhlas, dan niat kerana Allah taala.. kalo dah tak dpt tahan dgn bos yg perangai mcm pelik tu, baik kita cari keje lain je.. kita pergi keje dok maki2, mengutuk, mengumpat bos hari2, tak pasal2 kita dpt dosa free je tiap2 hari.. g keje pun tak ikhlas, mcm mna rezeki nak berkat.. sesunggunya rezeki itu dtg drpd Allah, n melalui tmpt kita kerja tu je.. pkir mcm tu je senang..
satu lagi yg aku nak ingatkan (termasuk diri sendiri), kita bekerja ini kerana Allah.. rezeki itu datang drpd Allah.. kalo tak silap aku, sesungguhnya ajal maut, rezeki, jodoh setiap org itu telah d tulis d loh mah fuz sebelum dia lahir ke muka bumi ini lagi(betulkn kalo salah).. jadi apa2 kerja yg kita lakukan kerja lah dgn ikhlas, dan niat kerana Allah taala.. kalo dah tak dpt tahan dgn bos yg perangai mcm pelik tu, baik kita cari keje lain je.. kita pergi keje dok maki2, mengutuk, mengumpat bos hari2, tak pasal2 kita dpt dosa free je tiap2 hari.. g keje pun tak ikhlas, mcm mna rezeki nak berkat.. sesunggunya rezeki itu dtg drpd Allah, n melalui tmpt kita kerja tu je.. pkir mcm tu je senang..
gambar pribumi PNG (cubaan utk menakut2kn diri sendiri) |
Huh.. pnjg
dah aku mengarut kali ni.. rasanya cukup setakat ini hulu.. brg2
pun tak abis packing lagi ni.. mcm yg aku ckp sblum ni (karangan sblum ni), maybe lepas ni aku akan
sangat lah jarang update blog ni.. sbb atas nasihat org ramai, aku tak bwk la
laptop ni.. lagi pun sbnrnye PNG ni bukan lah satu Negara yg best utk d
kunjungi.. utk pengetahuan, dah mcm2 cerita aku dgr pasal PNG ni.. selain ada
org mkn org.. ada yg ckp negara ni takde polis la, ada askar je.. ada yg ckp ko
g kedai mkn pun, dah mcm kat kedai emas. Ada jaga siap bwk senapang lagi.. bos
compeni aku sblum ni siap ckp kat mmber aku, keje kat PNG ni sngt bahaya, “u can come
back in a box”.. huhu.. jadi kwn2 semua, aku harap doa korg semua mengiringi
pemergian aku ke negara org ini.. moga2 penghijrahan aku ini dapat menjadikan
aku seorg yg lebih beriman kepadaNya.. dapat menjadi manusia yg lebih baik drpd
yg korg kenal skrg ini..
Sampai sini
dulu kot?.. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.. aku g nak try tgk..
Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera.
p/s: ini pun aku risau jgk gebang2 cite aku p keje PNG ni.. karang tgk2 keje tak sampai berapa bulan dah kene hantar balik.. huhu.. skali lagi doakan la aku akan jd best kat sna ye kwn2.
owh, dpt keje jauh rupanya...
ReplyDeletegood luck, semoga berjaya...semoga selamat pergi dan selamat kembali semula ke malaysia, inshaAllah
i'll pray for your safety there
pdn la teda org mo ajak beraya...sibuk sudah mo gi keja jauh...