Sunday, February 23, 2014

meditation room


Suatu hari tu kecoh satu negara sbb ada org cina buat upacara sembahyang diorang (budha) kat dalam surau kat area sebuah chalet d terengganu. Selepas diselidik, orang-orang (cina) tu merupakan warga singapura dan pengusaha chalet tu pun orang (melayu) singapore jugak (kalau tak silap aku la).

Pengalaman aku pegi singapore (singgah airport je), kat aport dorang tak ada surau, yg ada cuma prayer room je. masa mula2 aku nak travel pegi PNG dulu, ayah aku dah pesan, "nnt kat changi takde surau, yg ada cuma prayer room je", pesan ayah yg mana bermaksud jgn tinggal solat!.

1st time aku transit kat changi, nak p solat jamak masuk2 je prayer room tgk ada makcik dok ambik wuduk. kesian plk aku tgk makcik tu, mcm serba salah plk. dah tempat wuduk cuma 1 je. maksudnya area wuduk tu tu campur laki dgn pompuan, takde asing2.

Lepas-lepas pada tu mmg tak jumpa dah kelibat org pompuan kat surau (tgh wuduk) tiap kali aku singah Changi, cuma yang terbaru kali ni aku p prayer room, sekali tgk ada org putih dok dalam tu. Orang pompuan. Aku masuk letak beg, tengaok sorg ddk kat atas kerusi, sorg dok kat bawah. Ntah la apa dorang dok buat? Duduk diam2 je kat situ. Ada sorg mamat tgh solat kat saff depan. 2 org minah salleh ni dok kat belakang. Macam pelik pulak rasanya. Aku pun keluar balik nak ambik wuduk, kebetulan ada sorg brader (airport staff kot?) baru lepas berwuduk. Dia masuk je tgk 2 org minah salleh ni dia pun bg tau, suruh dia dok kat sebelah sana (tempat perempuan-sebelah tabir), kat sini bahagina lelaki. "Oh, yeke? Sori2 kami tak tau. Terima kasih lah ye", kata salah sorg omputih tu dalam bahasa org putih. Lps tu aku tgk dorang bukannye pegi kat sebelah tu, dorang terus keluar blah dari situ.


pandangan dari luar kat tempat ambik wuduk. tempat pompuan kat sebelah sana sebelah tabir nuh.


Pada aku, yang mula2 aku terlintas dalam kepala otak bila dgr cerita org budha sembahyang dalam surau ni.. "dah org islam sendiri tak p solat kat dlm surau, tu yg org lain p sembahyang kat situ". pastu nak bising2 pulak.

Jadi rajin2 kan lah diri solat jemaah di surau atau pun masjid.. muhasabah diri..


No comments:

Post a Comment