Monday, June 13, 2011

buah

dalam perjalanan ini, ali berjumpa dengan bermacam2 jenis buah..

ada yg bulat, ada yg panjang, ada yg pendek, ada yg bersegi2.. ada yg merah, ada yg hijau, ada yg kuning, ada yg oren.. ada yg tajam, ada yg keras, ada yg lembik, ada yg busuk.. ada yg hodoh d luar, tapi manis d dalam.. ada yg cantik d luar, tapi tawar d dalam.. ada yg busuk baunya, tapi sedap isinya.. dan ada jugak yang cantik d luar, manis isinya.. pendek kata ada berjuta juta jenis buah yang ali jumpa sepanjang dia berjalan..

dalam berjenis2 buah yg ali jumpa sepanjang perjalanan itu, ada pulak beberapa jenis buah yang di gemarinya.. ada yg wangi baunya, ada yg manis isinya, ada yg cantik warnanya, dan bermacam2 lagi.. pendek kata lagi, buah yang baik2 saja yang menjadi kegemaran ali..

di sebabkan ada berbuah2 buah yang d gemari, ali menjadi keliru.. buah mana sebenarnya yang menjadi kesukaan nya?.. dia risau kalau2 ada awek2 meminta biodata dia utk d tulis dalam buku catitan mereka.. "buah kegemaran: ........." apa dia nak isi kat sini?? sampai sekarang ali masih tidak dapat memberikan jawapan yang pasti kepada buah kegemarannya.. dia risau, jika dia memilih buah kuning, dia akan menyesal kerana buah merah adalah sebenarnya lebih sedap.. dan sekiranya dia memilih buah merah, sebenarnya buah oren adalah jauh lebih manis dan sedap.. perkara ini sentiasa berlegar2 di fikiran ali..

pada suatu petang, ali mendapat berita daripada sahabatnya bahawa abu menggemari buah merah, dan tak lama lagi dia akan makan buah merah itu.. ali terkejut mendengar berita itu.. perasaannya bercampur baur.. rasa marah ada, rasa menyesal ada, rasa memberontak ada, rasa rugi ada, rasa nak pukul2 c abu pun ada.. pendek kata lagi sekali, semua perasaan yg tak best ada pada ali sekarang.. nampaknya lepas ni, dia tak berpeluang utk menikmati buah merah itu.. nak buat mcm mna, dia kena terima kenyataan itu.. sbb sebelum ini dia pun tak pernah ckp yang dia menggemari buah merah itu.

setelah lama befikir secara waras dan rasional, ali telah membuat keputusan.. mulai hari ini, ali kena tetapkan pendiriannya.. dia kena pilih buah apa yg menjadi kegemarannya.. sebagai manusia, dia kene membuat keputusan buah mana yg menjadi kegemarannya.. ini kerana buah itu tak akan boleh memilihnya, dia yg perlu memilih buah2 itu.. agar perasaaan takbest seperti ini tak akan berulang lagi kepadanya.

dapatkah ali membuat keputusan yg tepat?.. sama2 kita nantkan sambungannya pada minggu hadapan di episod yg akan datang!

p/s: harap maklum entry kali ni maybe kurang menarik sbb takde gambar.. aku type "buah" kat google, lain2 pulak yg keluar.. hoho!

No comments:

Post a Comment