mengikut kajian dan pemerhatian aku, menu wajib atau sinonim dgn hari raya:
1. ketupat/ nasi impit
2. rendang
3. lemang/dodol
4. dll
ketupat dgn rendang ni kat mana2 negeri dlm malaysia ni mesti ada tiap2 kali raya. nak2 sekarang ni dah ada ketupat segera yg main rebus je.. tapi aku rasa ketupat dgn nasi impit ni mcm same je.. pada aku la.. hmm
rendang pulak besanya akan menjadi pasangan kepada ketupat ni la, tapi kadang2 org makan jgk dgn kuah kacang je.. kalo ketupat pulut tu org makan mcm tu je pun ada, cuma ketupat nasi kene ada pencicah dia sbb dia tawar..
lemang/dodol ni pulak, pada aku dia cuma popular d sebabkan selalu keluar kat tv je.. jarang dah org buat lemamg/dodol time raya ni.. maybe sbb nak buat dia susah & makan masa.. kalo ada pun yg beli punya.. yg buat sendiri ada jgk, tapi amat lah jarang nak jumpe.. nak2 kat area kelantan ni.. kat negeri lain aku tak tau la.. huhu
hmm.. tapi kat rumah aku ni, menu yg wajib mak aku buat tiap2 raya ialah sate!.. seingat aku dari zaman arwah nenek aku ada lagi, mlm raya mmg aktiviti utama ialah cucuk sate.. skrg ni nenek dah lama takde, mak still buat sate tiap kali raya.. hmm..
tahun ni buat 2kg ayam, 2 kg daging
No comments:
Post a Comment