Wednesday, September 1, 2010

tips2 nak matikan alam kete..

23 august 2010 (isnin)
tengah2 aku kelam kabut nak pegi keje, cari2 kunci dmax tak jumpe.. aku call amin (housemate/roomate/skoolmate/klassmate) tnye mana dia letak kunci kete, sbb dia last guna dmax aku smlm, pegi buang sampah..
dia ckp dia letak kat tempat besa, kat atas rak baju aku.. tapi aku cari2 takde jugak.. tgk2 jam dah dekat 7.45.. pegi keje naik saga je la dulu, ptg nnt baru cari balik..

petang tu kitaorg mengeledah satu rumah.. sambil amin cuba melakonkan balik aksi dia turun dari keta smlm, dia jalan kat mana, dia buat apa.. kitaorg ikut balik jejak dia, but still cannot jumpe ..

24 august 2010 (selasa)
aku call kompeni kete sewa tu, cita pasal kunci hilang then mintak kunci spare.. siap suruh call org tu, pastu org tu suruh call org ni..
last2 dorg ckp esok boleh dapat kunci

25 august 2010 (rabu)
hampir setengah hari berlalu, still tak dapat apa2 berita.. then aku call dorg tnye apa status, dorg ckp kunci courier dari kl smlm, sampai penang harini.. ptg tu baru dorg call balik ckp esok org dia hantar, kebetulan ada staff dorg nak pegi kangar, jadi boleh singah sp kejap hantar kunci kat aku.. janji dalam pukul 10 dorg sampai sp.

26 august 2010 (kamis)
aku pegi kerja dgn penuh harapan.. jam dah pukul 10.. pukul 11.. pukul 12.. tapi masih takde apa2 berita.. last2 aku yg call tnya apa cite?.. tak lama staff dorg tu call aku, ckp dlm pukul 2.30 dorg sampai.. ni yg aku hangin ni.. aku dah la ada keje time tu, aku kat site.. lain kali kalo tak boleh dtg time yg janji tu bg tau la.. takde la org ter tunggu2.. nak buat keje lain pun tak boleh.. last2 aku suruh tggl kunci tu kat budak opis aku.
balik je dari site, dlm pukul 4.30 shanti bg tau kunci spare aku ada kat dia.. hehe.. berbunga2 hati aku.. hehe

mlm tu aku ada majlis berbuka kat kelab cinta sayang.. ingat nak naik dmax la.. sekali tekan2 remote alam tu takde respon.. dah puas aku tekan2 tapi tek jadi pape jugak.. last2 aku decide bukak je pintu guna kunci.. aku masuk anak kunci, takde apa2 bunyi.. aku pusing je anak kunci, kereta menjerit!.. huh! time tu dlm lagi 20 minit nak masuk waktu berbuka kot.. aku terus masuk kete, nak stat tapi tak dapat.. alam masih menjerit2..then aku buka bonet kete.. dlm kepala otak aku nak kene cabut betri ni, baru diam.. amin keluar dari rumah tgk aku terkial2.. dia try nak tolong tapi tak alam tak nak diam jugak.. brader depan rumah pun dtg nak tlg tapi still alam tu menjerit2.. amin dah disconnect betri pun alam tak brenti2 jugak.. pening kejap kitaorg.. lebih kuang 5 minit lps disconnect betri baru alam tu diam..
lagi 5 minit nak berbuka.. aku terpaksa naik saga jugak.. still tak dapat guna dmax walaupun dah ada kunci.. HUH!!

27 august 2010 (Jumaat) - 29 august 2010 (ahad)
aku balik kamping.. berpuasa n berbuka dgn family.. dulu ustat aku ada cakap, kita tgk muka ibu bapa pun dah dapat pahala..

30 august 2010 (isnin)
baru aku dpt berita harini rupa2nya boleh cuti, sepa2 yg keje harini boleh dpt replacement cuti hari lain.. kalo aku tau tak pyh la aku balik mlm2 smlm..

31 august 2010 (selasa)
Merdeka-cuti

1 september 2010 (rabu=harini)
aku dtg opis, anuar guna pc aku.. terpaksa la aku merempat kat mana2 yg kosong.. then aku call org kete sewa tu, cita pasal masalah dmax aku tu.. mula2 dia suruh aku try pusing kunci 5kali.. tapi dia pun mcm tak sure, dia ckp dia cek dulu nnt dia call aku balik.. dlm 15minit dia call aku. dia bg tau dekat dgn wiper tu (sebelah kiri stereng) ada satu button, tekan button tu 4 kali, nnt alam tu akan berenti..
aku pun yg tengah takde keje ni, balik rumah semula.. pegi la try.. mula2 aku sambung connect balik betri kete.. alam tak bunyi, tapi hazard light menyala2.. aku tekan la 4 kali.. still menyala2 lampu.. tak lama alam menjerit2 lagi..aku try sekali lagi, tekan 4 kali, tapi takde apa2 perubahan.. okeh, kali ni aku tekan dgn lebih tenang, tekan dgn sekali..sekali..sekali..sekali..
tet tet.. alam tu brenti!..
pastu aku try stat enjin.. okeh!
denga gembira nya aku drive dmax ke opis.. aku call balik andrew bg tau dia kete dah ok, alam dah tak menjerit2 lagi, kete dah boleh stat.. cuma skrg ni aku nak lock kete kene maually guna kunci, sbb alam aku still tak boleh detact guna remot yg dia bagi tu.. dia pun ckp sementara waktu ni aku kene kunci manually la. aku ok je, asal boleh guna kete ni ok dah la.. hehe
dalam pukul 11.30 andrew call aku, dia ckp try pegi dekat kete, pastu tekan 2 2 button kecik n besar kat remot to dlm masa 5 saat.. nnt alam aku ok.. aku terus turun bwh pegi kat kete.. mula2 try takde apa2 respon pun..dlm 4 5 kali aku try, akhirnya alam aku dah berfungsi dengan jayanya.. yeyy!!


p/s: sesuai tak tajuk karangan aku ni?

No comments:

Post a Comment