Tuesday, January 25, 2011

ajaran sesat??


petang tadi time driving balik aku terdengar berita dlm radio cakap..

"JAKIM, majlis agama islam pantau sidang parlimen roh"


dulu time belajar dulu aku penah tgk cd pasal ayah pin.. ntah mana dorg dpt cd tu.. time tu terdetik kat dlm hati, mcm mna la org2 ni boleh percaya dgn ayah pin ni.. kita tgk pn dah tau benda ni sesat.. boleh d katakan bende paling basic kita sebagai org islam patut tau, Nabi Muhammad SAW adalah nabi@rasul yg terakhir. lepas dia tak akan ada nabi@rasul lain lagi..

tapi, d sebabkan kita berada d sudut pndngan org ke-3, boleh la kita ckp mcm tu.. cuba kita berada d sudut pnndngan org ke-2. maksud aku org yg d tarbiah/menghadapi ahli2 ajaran mcm ni.. aku boleh konfem, tak mustahil kita pun boleh follow ajaran yg dorg bawak ni..

aku pernah kene sekali dulu.. mmg seminggu dua tu hidup aku tak tenteram.. apa yg dorg cakap tu sebijik, tepat kene kat batang hidung, mmg betul apa yg berlaku kat sekeliling kita, mmg tak boleh nak nafikan.. ditambah plk dorg bukan ckp2 kosong je, siap tunjuk apa yg dorg ckp ada dlm Al-Quran.. kita ni yg baca Al-Quran pun setakat baca je, ntah paham ke tak apa yg kita baca tu (itu pn nasib baik kalo ada baca).. mcm mna nak betah apa dorg ckp..

memula aku dgr dorg cita sumenya betul, mcm kita dgr kuliah subuh@magrib kat mesjid.. smpi last2, dorg ckp kat aku, "aku cita ni semua bkn setakat nak ingat memperingati kat ko pasal bab2 agama ni.. ada hal yg lebih besar sbnrnya aku nak bg tau ni. kalo setakat nak dgr ceramah agama ni baik pegi kat mesjid je".. aku mula dah tak sedap hati dgr dorg ckp mcm tu.

dorg ajak aku jumpa selang 2 hari, dorg akan cita lebih lanjut.. walau dlm keadaan was2, aku g jgk jumpa dorg.. nak tau apa sbnrnya nak disampaikan ni.. aku jumpa kali ni mmg lagi open dorg cita kat aku.. kalo aku nak rumuskan, dorg ckp apa yg kita praktikkan selama ni salah. ustat2 yg jd imam kat mesjid2 tu, yg bagi ceramah2 agama tu semuanya salah. semuanya sesat. tak mengikut ajaran islam yg sebenar.

tapi apa yg dorg ckp tu semuanya ada dlm Al-Quran, dorg bukan ckp bodoh2 je.. dorg bwk terjemahan Al-Quran. tp dorg tak bwk buku, dorg bwk PDA yg ada software terjemah Al-Quran dlm tu.. dia siap bg tau aku lagi, kalo nak belajar, jgn beli "tafsir", beli "terjemah".. sbb kalo tafsir sesuatu ayat tu dah di olah, jadi kalo ko dah tau apa maksud ayat tu boleh la ko baca tafsir. kalo terjemah dia stright terjemah perkataan drpd sesuatu ayat tu sebijik2, baru ko betul2 tau apa maksud sesuatu ayat tu, lps ko tau maksud ayat2 tu baru ko boleh baca tafsir..

aku boleh katakan apa yg dorg sembang kat aku lebih 90% betul.. mmg tak boleh nak d nafikan.. yapi smpi dorg ckp yg ustat2 semua tu tak betul, dorg ckp kat aku jgn tnya ustat2 kat luar sana psl apa yg dorg bg tau aku ni.. bab ni aku dah mcm ragu2 ckit..

dorg ckp arab saudi tu bukan betul2 negara islam yg sebenar.. ada satu negara islam yg sebenar, yg betul2 mengamalkan ajaran&hukum islam 100%. kalo ko pegi sana ko akan rasa lain, akan rasa tenang je.. tapi dorg tak bg tau negara mana.. dorg ckp kat aku tak pyh dok pkir sngt negara mana tu.. tapi kalo betul2 nak tau, join la dorg.. dorg bukan ajar ajaran baru pun, dorg cuma nak ajar Al-Quran je.. sbb nabi pesan selagi kita berpegang pada sunah dan Al-Quran kita takkan sesat smpi bila2..

huh, takut doh kalo aku ingat2 balik.. tp benda ni dah lama dah, rasanya 2 ke 3 tahun lps kot.

p/s: aku kene ni bkn dgn org ayah pin, atau org al-arqam.. bukan jgk org tabligh..

No comments:

Post a Comment