Monday, January 31, 2011

tipu sunat


aku bukanlah pakar agama, tapi aku hampir pasti dalam agama islam tak pernah ada istilah tipu sunat.

perbuatan sunat adalah perbuatan yg di tuntut melakukannya dan mendapat ganjaran pahala.. mana mungkin kita dituntut utk menipu dan mendapat pahala melakukannya.. dua perkara yang bercanggah.

biasanya yang di kaitkan dengan perkataan tipu sunat ini adalah situasi d mana kalo kita bercakap penar akan mendatangkan mudarat kepada org lain atau kepada sesuatu keadaan atau utk menyelamatkan diri sendiri..

jadi aku rasa istilah yang sesuai adalah 'tipu harus'..

namun, ada aku pernah mengalami situasi yg aku boleh terima ia dikenali sebagai tipu sunat.

kejadian berlaku semasa aku darjah 3.. kejadian berlaku d HKL.. sebelum pergi ke hospital pakcik aku pesan, "kalau Dr. tanya darjah berapa, ckp darjah 4 tau".. aku ingat pesan pakcik aku tu.. semasa berjumpa dgn Dr. aku berharap dia tak akan tnya aku darjah berapa, kerana aku tak mahu menipu, aku diajar bahawa tipu itu salah, tipu itu berdosa.. namun Dr. ada jgk tnya dan aku terpaksa menipu dgn mengatakan aku darjah 4.

apa yg menjadikan situasi di sini adalah tipu sunat..



adalah...



time tu aku sembang dgn Dr. yg tengah nak sunatkan aku.




No comments:

Post a Comment