Sunday, January 1, 2012

pemuda (petua).. hidung tersumbat

entah mcm mana, secara tak sengaja aku 'terdiscover' cara2 utk menghilagkan masalah hidung tersumbat..

hidung tersumbat, atau lebih dikenali sebagai 'ketat hidung'  di sesetengah tempat d malaysia merupakan masalah yg sering mengganggu kehidupan seharian. Lebih2 lagi jika disertai dengan selsema.. higus meleleh perlahan2 keluar dari lubang hidung tanpa sempat untuk menyedutnya semula ke dalam lubang hidung akibat hidung yg ketat.. keadaan lebih memeritkan apabila anda tidak mempunyai sapu tangan atau tisu, dan anda berada khalayak ramai seperti tgh meeting, dalam lift, dalam lrt, dalam bas, dalam flight, dan lain2 lagi yg di fikirkan sesuai..

berbalik kepada cara2 utk mengatasi masalah ketat hidung, petuanya (pemudanya) mudah saja.. tak perlukan anda makan atau minum benda2 yg pahit & busuk.. tak perlu membaca / menghafal mentera2 yg karut & marut.. tak perlu tunggu berjam2 atau berhari2 utk melihat kesannya..

bahan2nya:
1. dapatkan ketat hidung secukup rasa.
2. secubit selsema.

cara2nya:
1. pumping (tekan tubi) 10 kali.

anda akan dapati hidung tak ketat lagi.. untuk kesan yg lebih best, tambah bilangan tekan tubi..

secara saintifiknya aku merasakan akibat daripada seaman / aktiviti ini secara semulajadi badan anda memerlukan oksign yg lebih daripada biasa, menyebabkan hidung yg ketat menjadi longgar.. mungkin aktiviti tekan tubi boleh d tukar kepada aktiviti lain seperti sit up, lari setempat, lompat bintang, dll (atau lain2 yg d fikirkan sesuai) utk mengesahkan teori aku ini..

~





p/s:  new year 2012??.. apa tu??

No comments:

Post a Comment