Saturday, March 5, 2011

akak


ramai wanita merasa tersinggung jika seorg lelaki kacak menyapa mereka dgn pangilan 'akak'.. tapi akan lebih tersinggung jika lelaki yg tidak kacak menyapa mereka dgn panggilan yg sama.

ada seorg kwn prempuan aku, wanita A pernah meluahkan isi hati nya yg terpendam selama ini.. bunyinya lebih kurang mcm ni la.. "aku suka tgk booth2 yg jual2 tudung cantik kat shoping mall ni, tapi sekali dia pnye pekerja panggil aku 'akak', terus aku blah dari ctu.. terus takjadi nak tgk2 tudung kat situ"..

seorg lagi wanita B selalu bertnya kepada aku adakah dia kelihatan tua daripada usianya yg sebenar?.. jika pelayan kedai mkn bertanya, "minum kak?.. makan kak?.. apa kak?"..


ptg tadi, sambil membayar tiket tol d plaza tol sp utara, aku bersuara, "mintak reset sekali ye kak", lantas opismate aku, wanita C yg dok d tempat duduk sebelah menegur, "apsal u pangil dia kak? entah2 dia lagi muda dari u"..

oleh yang demikian, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan keadaan yg sebenarnya, ingin d tegaskan d sini bahawa saya, mewakili lelaki2 kacak sesungguhnya tidak bermaksud utk menyatakan bahawa anda wanita, adalah tua apabila disapa anda dgn panggian 'akak'.. senang utk menjelaskan, kita ambil contoh, Polis.. kalo seseorg anggota lelaki itu berpangkat lebih tinggi dari kita, kita akan menyapa dgn panggilan 'Tuan!'.. begitu jgk dgn seseorg anggota wanita, beliau akan d sapa dgn panggilan 'Puan!',walaupun beliau belum mendirikan rumahtangga lagi.. jadi panggilan atau sapaan itu adalah sebagai tanda hormat terhadap anggota wanita tersebut..

jadi.. kesimpulkan boleh di simpulkan di sini.. berbalik kepada situasi; aku dgn wanita A, pekerja itu sbnrnya menghormati pepbeli yg meugunjung kedainya; aku dgn wanita B, pelayan menghormati pelanggannya kena mengambil pepatah omputih 'customer is always wright'.. dan; situasi aku dgn wanita C, aku menghormati toll gate girl kerana kalo dia tak bg reset aku tak bleh nak claim!

jadi kepada para wanita, jgn lah kecik hati atau merajuk jika ada org manyapa anda dgn panggilan 'akak'.. kalo anda disapa dgn panggil 'makcik'.. dan baru berumur 20an.. silalah terasa.

2 comments: