keseronokan memandu ku tergangu oleh satu bunyi dentuman yg agak kuat.. ku sangkakan sesuatu objek keras telah ku terlanggar tanpa disedari.. oleh kerana bunyi datang dari arah belakang kereta ku, terlintas jgk d benak fikiran aku adakah spoiler kereta aku tercabut?.. jelingan pada cermin pandang belakang mengasahkan sang spoiler masih setia memeluk bonet kereta ku ibarat 'aur dgn tebing, isi dengan kuku' yg sentaisa bersama dan tak mungkin berpisah..
oleh kerana aku sorang yg sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berprangsangka buruk terhadap org lain, ku andaikan tiada apa2 yg berlaku, mungkin batu2 yg entah darimana datangnya menghentam bhgn bwh kereta ku.. ku cuba sambung keseronokan memandu dgn menekan padel minyak.. namun penekanan padel minyak ku tersendak dek suatu bunyi asing.. seperti bunyi kapalterbang/jet pejuang tak jauh daripada ku.. "ngongggggggg.." ku perlahankan suara jeritan radio, semakin jelas bunyi asing itu kedengaran..
"sah, bunyi itu dtg dari kereta aku".. ku petik suis lampu signal, aku bertukar dari lorong paling kanan ke lorong paling kiri seterusnya menuju ke lorong kecemasan.. setelah kereta dalam keadaan pegun, ku petik pula suis signal kecemasan yg bertanda segitiga utk memberitahu pengguna lebuh raya yg lain bahawa aku dalam kecemasan, sila jgn langgar aku.
aku gagahkan diri, keluar dari kereta.. menuju ke belakang kereta.. henpon ku keluarkan lalu ku nyalakan lampu dan ku arahkan cahaya putih itu ke arah tayar.. flat.. hahaha.. aku ketawa d dalam hati.. ketawa tanpa perlu lawak daripada peserta raja lawak, ketawa tanpa perla geletak d celah ketiak ku.. ketawa tanda hampa..
..........
layan awek chating kat fb jap.. hehe
..........
sambung..
otak ku ligat berfikir, seperti menjawab soalan bahasa melayu pmr 2000.. apa tindakan terbaik yg harus aku lakukan?
sila pilih langkah yg paling sesuai untuk d lakukan dlm situasi sekarang:
A) call talian bebas tol plus highway 1800 88 000, suruh dorg tukarkan tayar kete.
B) call mmber yg ada dekat2 area ni, mintak tolong.. atau mintak simpati.
C) buat mcm iklan pewangi kete dlm tv tu.. koyak lengan baju, pastu tunjuk ketiak ku yg putih.. nnt tak smpi 5 saat ada la 3-4 org mamat2 yg konon2nye hensem tolong tukarkan tayar.
D) tukar sendiri.
aku hampir2 pasti utk memilih jawapan (C), namun setelah aku buat semak semula sebelum mengsubmit kertas jawapan d atas, aku telah tukar jawapan ku kepada (D).
bukak bonet belakang penuh barang2.. 1 beg baju, 1 beg laptop, 1 beg recycle utk soping weekend, 1 kotak air meneral 500ml, 4 pasang kasut bersama 1 pasang stokin, 1 safety helmet, 3 reflecting vest, surat kabar lama, pisau dapur.. ??
setelah alih kan semua barang2 ke tampat duduk belakang baru la boleh bukak bhgn tmpt tayar spare.. berjaya keluarkan tayr spare, kerja ku beralih kepada keluarkan tyar yg pancit plk.. tgh aku syok buat kerja terpkir plk tntg keselamatan diri.. dah la kete, lori, moto yg lalu semenye laju2.. rasanya ada aku pernah terbaca dalam 4 5 kes pasal org mati kene langgar kat emergancy lane ni, org tgh tukar tyar mati kene langgar.. dah la tgh2 mlm, dah la kat tepi highway ni, dah la aku takde warning signage (yg segi tiga merah tu).. aku putuskan untuk mengenakan reflecting vest supaya pengguna lain dapat menyedari akan kewujudan aku d tepi highway tu.. baju tshirt hitam, seluar pendek askar, sandal dan reflecting vest kuning merupakan uniform aku pada ketika itu.. nasib baik je aku tak paki safety helmet sekali..
rasanya tak sampai 20 minit aku dah masuk dlm kete.. sambil minum air mineral, sambil lap2 peluh jantan yg masih membasahi dahiku yg licin ini d samping menikmati hembusan angin aircond kereta yg sejuk.. siap kerja2 menukar tayar spare aku.. huh.. terima kasih kepada ayah yg mana suatu ketike dahulu telah mengarahkan aku dgn abg ku utk ikut dia tukar tayar kete unser suatu ketika dahulu.. rasanya time aku ambik lesen kete kira-kira 8 tahun lepas pun dorg tak ajar cara2 tukar tayar kete.. dia cume pangil 2 3 org volintier utk tukar tyar, yg lain2 sekadar pemerhati sahaja.. pernah sekali tu time kitaorg satu family keluar beridah d bandar kk, tetiba tayar kete pecah, terlanggar suatu bende tajam.. take team aku dgn ayah rasanya tak sampai 10 minit siap kitaorg tukar tayar.. mcm pit crew f1 rasanya time tu.. hehe
setelah semuanya ok aku sambung perjalanan.. tak semena mena lampu signal kete aku plk tetiba tak menyala.. sepnjg hujung mggu lepas aku driving dlm kesesakan kl tanpa lampu signal.. hebat!
**********
td sampai rumah dalam pukul 9.00pm, tengah aku arrange barang dari blkg pikap ku masuk dlm kete tetibe terdengar bunyi.. "ssssssssssttttttt..." ku cari darimana datangnya bunyi itu.. aku aku tunduk ke bawah bunyi semakin kuat.. ku raba2 tayar kete yg besar itu tapi tak temui apa2.. org selalu berkata naluri keibuan selalunya tepat.. sekali lagi ku raba2 tayar yg besar itu akhirnya tapak tangan kanan ku terasa pancutan angin yg kuat daripada tayar itu.. terdapat paku d situ.. rasanya baru je kene paku ni, sbb tayar tak berubah bentuk lagi.. masih bulat seperti donat big apple.. "ahhh, persetankan semua ini. aku dah penat, aku nak masuk mandi, pastu nnt mlm nak kene tulis blog pasal tayar pancit ni".. bentak hati kecil ku.
picture taken at 12 midnight.. totally flat.. mcm mna nak g keje esok ni..
p/s: tahukan anda:
kalo telefon number beginning with '1800' = talian bebas tol - free of charge
kalo telefon number beginning with '1300' = talian cekik darah - try tgk iklan2 ringtone ke service apa2 ke semuanya stat dgn no ni.
No comments:
Post a Comment