Thursday, August 25, 2011

labuan 2011


tahukah anda, selain pulau pinang, labuan juga dikenali sebagai pulau mutiara.. pulau mutiara laut china selatan.

setelah hampir 7 tahun berlalu, akhirnya aku kembali ke labuan.. sebuah pulau yang penuh dgn kenangan suka duka dalam lipatan hidup aku.. tempat aku transform daripada seorg kanak2 yg comel kpd seorg remaja yg hensem..

namun perjalanan sekembali ku ke labuan tidak lah semudah yg di sangka.. penuh dgn dugaan, halangan dan rintangan..

menurut perancangan asal, bergerak pagi dari kg. smpai dalam pkul 3 4 ptg kat kl. berbuka dan bermalam d rumah mmber. keesokkannya pagi2 lepas sahur atau sahur terus d lcct.. pkul 7.50 pagi flight ke labuan.. jalan2 d labuan, buka puasa d sekolah. esok nya abiskan lagi masa d labuan dgn mmber2.. pusing2 labuan.. lusa 10.15 am flight ke kl.. kesimpulannya 3hari 2mlm d labuan.

dugaan bermula seawal perjalanan ke KL lagi.. dekat2 area gumusang, tetiba kereta aku buat hal.. tarkandas d kawasan jalan yg d kelilingi semak samun dan hutan belantara.. kalo setakat tayar pancik aku tak heran.. ini benda yg mmg org biasa tak boleh nak repair.. kene pegi workshop jgk.. nasib baik la kete masih boleh jln slow2 smpi ke rnr guamusang.. last2 sampai kl dalam pukul 8.30 mlm.. buka pose pun dalam kete je kat area bentong.. beli roti dgn air kat stesen mnyk petronas.. time turun keta kat petronas bentong tu baru aku perasan kat bontot kete aku masih tergantung "on tow"..


keesokkan nya, selepas sahur aku dgn semangat terus pergi mandi.. pakai baju bersiap2.. sedikit eksaited dalam diri.. maklumlah, dah lebih kurang 7 tahun tak ke labuan.. mlm sblum tu pun mmber aku dah call, siap suruh aku tdo awa lgl.. katanya "nnt tak bgn, terlepas flight ko.. jgn ko tak dtg plk tau, aku bkn senang nak dpt cuti ni.." namun....

ini satu lagi perkara yg menyakitkan kati aku untuk d kenang.. akibat lambat sampai ke lcct, aku tak d benarkan checkin, walaupun masih ada 20 minit sebelum masa penerbangan.. situasi ni betul2 menguji tahap kesabaran aku.. abis burn tiket aku beli.. mmg hampeh la airasia ni.. bkn aku sorg je, ada sorg lagi brader same nasib dgn aku.. di bulan ramadan yg mulia ini, mmg pelbagai dugaan yg Allah turunkan utk menguji hambanya...itu sja cara aku memujuk hati yg sakit ketika itu..

balik rumah mmber aku, mmber dari labuan call.. mcm soalan dan perbincangan berlaku.. last2 aku beli jugak tiket esoknya ke labuan.. melayang duit aku beberapa juta rupiah.. sesungguhnya ketika ini aku adalah seorang penganggur yg hensem, lebih anggur drpd biasa.. duit dah la tak berapa nak ada ni.. tp mmber punye pasal.. huhu

esoknya, sebelum sahur aku dah mandi.. bak kata org tua2, taknak pisang berbuah 2 kali.. lepas je sahur terus gerak ke lcct.. terus check in, solat subuh pun kat surau dlm checkin area tu.. hmm.. tak ingat bila last aku naik flight.. rasanya time 1st year keje aku pernah balik kg raya (tak pasti pose atau haji) naik flight, sbb tiket bas dah abis.. itu rasanya last naik burung besi ini.. eksited masih ada sedikit dalam diri, berserta dgn perasaan sakit mengenangkan tertggl flight & abis berjuta2 rupiah beli tiket baru ini..

sampai ke labuan agak lewat ckit dari jadual, akibat kesesakan trafic d runway d kl.. itu yg menyebabkan kami lambat berlepas.. begitu menurut pengunguman oleh en pilot.. sampai di labuan, aku di sambut oleh 2 org mmber aku yg sedia menanti d apot..

masa aku tak banyak d labuan, esok pkul 10 lebih dah flight balik ke KL.. aku cuma da masa lebih kurang 24 jam je kat labuan.. walaupun lebih kurang 7 tahun, tak bnyk perubahan.. menyusuri jalan raya d labuan membuatkan aku tersenyum sendiri.. terkenang kembali pelbagai peristiwa kenangan pahit manis sepanjang lebihkurang 6 tahun aku d sana.. dalam 24jam yg singkat ini, beberapa temapt berjaya aku lawati antaranya hospital labuan, klinik suria, SMSL, UK, balai polis, rumah mmber aku, bazar ramadan, tiara beach resort, McD, dll..

namun semua perubahan atau tidak berubah keadaan d labuan itu sedikit pun tida menarik perhatian aku.. apa yg lebih penting aku dapat berjumpa dgn kawan2.. daripada kwn time form 1, sampai lah kwn time kat U.. semua ada kat sana.. taksangka budak kosmate aku kat UPM dlu skrg dah 2 thn lebuh bermastautin kat labuan.. mmber yg aku sempat kenal setahun pun bejumpa jgk.. junior aku kat skolah & kat U pun ada kat sna jgk.. best2..

satu lagi perkara yg best kali ni aku sempat test drive kete mmber aku, mercedes C230 kompressor coupe.. kete merc 2 pintu.. selama ni dapat naik kete merc pun dah rasa best, ini plk bleh bwk.. kete 2 pintu plk tu.. huhu.. ini yg mmbuatkan aku nak keje kuat, kumpul duit bebanyak, nak beli kete spot sebijik!.. hehe.. utk pengetahuan kat labuan harga kereta lebih murah drpd biasa.. ambik contoh kete lancer gt harga dia lagi murah drpd kete proton isnpira kat semenanjung ni.

..(layan jap lagu cinta kristal versi awie/hantu kak limah balik limah)..

waktu yg singkat d labuan di gunakan sepenuhnya.. mlm tu lebih kurang pukul 3.30 pagi baru balik rumah mmber aku utk tido.. huhu..

nak kata puas tu mmg tipu la.. bkn setakat mmber aku, mak bapak mmber aku pun ckp aku dtg ni kejap sngt.. huhu.. nak buat mcm mna, aku plan 3hari 2mlm, tp dah tertinggal flight.. huhu.. apa pun aku berpegang dgn pepatah yg aku cipta sendiri;

'makan aiskrim semangkuk cukup, jangan smpai setapaware'
-kalo mkn semangkuk tak puas, kita pasti akan cari lagi lain kali.. kalo mkn setapaware konfem muak, lps tu tak nak mkn dah sampai bile2..

picture taken 10 minutes after "please switch off all your electronic device.."


kesimpulan, lain kali aku dtg lagi labuan!..... tp tak tau lagi bila.. maybe lagi 7 tahun??.. huhu

No comments:

Post a Comment